of lokie and more...

of lokie and more...

Sunday, August 31, 2008

le premier septembre...



inilah detik permulaan hidupku...

semoga selamat segala-galanya...

insyaalah...

Bon fete!

yok ber-MODEL yok!!!



Seperti yang dikatakan oleh anak kecil comel di atas, anda perlu membawa pakaian tradisional anda yang paling cantik ke kelas pada hari Selasa nanti. Bagi yang dara jelita, bawalah baju kurung / kebaya lengkap dengan selendang/ tudung (jika mahu). Bagi si teruna, bawalah baju kurung dan samping / songkok.

NAK BUAT APA?

Kita akan bergaya dan bergambar lah... apa lagi?

Jangan tidak tidak ya? MEsti Bawa!

*Sebagai peringatan... Kelas tambahan akan diadakan pada hari SELASA & RABU, 2/3 hb Sept pada jam 9-11 pagi di MT RM 1.

Jangan lambat. Jangan tidak datang.

Jumpa nanti!

Akhlan Wasahlan... ya Ramadhan!



Bonjour semua!!!

Ingin hamba ukirkan kuntuman senyuman indah, susunkan ungkapan kata dan lahirkan rasa keghairahan dan kegembiraan demi menyambut kedatangan bulan suci dan mulia, Bulan Ramadhan.

Semoga Ramadhan ini akan mendekatkan diri kita kepada Islam, Iman dan Ihsan. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat beribadah. Jangan puasa yok yok ya? Nanti Allah murka!

Mengapa kena puasa?
1. Dapat pahala
2. Dapat rasa kemanisan Ramadhan
3. Dapat rampingkan badan (tak perlu beli slimming products!)
4. Dapat kumpul fulus (boleh beli ticket GEMUK GIRLS!)

JADI... TUNGGU APA LAGI? YOK PUASA YOK!!!

Wednesday, August 27, 2008

PANAS!!! PANAS!!! PANAS!!!



Wahai peminatku sekalian, janganlah gusar kerana kini akan diumumkan perkara yang telah lama dinanti-nantikan.

JENG JENG JENG...

KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH SEPTEMBRE akan diadakan pada
2hb & 3hb SEPTEMBRE (Selasa / Rabu), 9-11 pagi, MT RM 1 / HOMEC RM 1.

Mesti Datang supaya anda tidak terkilan...

Jangan lupa beritahu Mummy dan Daddy ya?
* Sila maklum bahawa surat kepada ibu bapa tidak akan dicetakkan kerana saya ingin menyokong KEMPEN GO GREEN!!! Faham faham sahajalah... setiap kertas yg digunakan akan tentu membunuh lebih banyak lagi pokok-pokok dan menjahanamkan alam yg kita cintai ini. Sekiranya ada kemusykilan sila hubungi CG HARIS di 90671200.

Terima kasih.

Tuesday, August 26, 2008

Semalam... Tugasan semalam...



Topik 2 – Sebuah Hobi Yang Bermakna Bagi Diri Saya

Hobi yang anda minati menyerlahkan tentang diri anda. Anda mengorbankan banyak masa dan kegiatan itu merupakan sesuatu yang anda senangi dalam kehidupan harian anda. Hal ini juga menunjukkan kecenderungan dan ruang yang anda pilih untuk merehatkan diri. Anda mungkin menyisihkan masa-masa senggang anda untuk menjalankan hobi tersebut. Perihalkanlah mengenainya.

Pencetus Kenangan

- Bagaimanakah anda menceburkan diri dalam hobi itu? Bila, dan pada usia berapakah anda memulainya? Mengapakah anda seronok melakukannya?

- Bagaimanakah anda menambah pengetahuan dalam hobi anda itu? Anda menyertai sebuah kelab atau persatuan? Perlukah anda menjalani sebarang latihan khusus? Adakah anda melanggani bahan-bahan yang diterbitkan mengenai hobi anda itu? Pernahkah anda menyumbang sebarang artikel untuk penerbitan tersebut?

- Adakah hobi anda itu memerlukan sebarang peralatan yang khas? Adakah hobi anda itu memerlukan peruntukan wang yang banyak?

- Pernahkah anda diminta berucap mengenai hobi anda pada sebarang kumpulan sasaran? Pernahkah hasil hobi anda itu dipamerkan untuk tontonan khalayak ramai?

- Pernahkah anda menerima sebarang anugerah atau pengiktirafan berhubung dengan hobi anda itu? Pernahkah ada sebarang bahan yang ditulis dan dicetak yang menampilkan anda dan hobi anda?

- Pernahkah anda menikmati sebarang ganjaran wang dan meraih pendapatan daripada hobi anda itu? Jika tidak dalam tempoh terdekat, mungkinkah pada masa hadapan?

- Sering kali sesebuah hobi berkembang menjadi sebuah kerjaya yang serius. Adakah hobi anda yang pada asalnya itu berkembang dan menjadi sebuah perusahaan yang besar?

- Adakah anda dapat menjalin ramai sahabat dengan melakukan hobi anda itu? Mahukah anda melihat anak-anak anda melakukan aktiviti hobi yang serupa?

Adakah hobi anda ini dapat dilakukan pada usia yang lebih lanjut? Mahukan anda meneruskan hobi itu setelah anda bersara kerak?


* Tuliskan sebuah renungan mengenai tajuk di atas dengan menggunakan tidak kurang daripada 150 patah perkataan. Gunakan soalan-soalan yang disertakan sebagai pencetus idea.

GEMUK GIRLS 2008

Et voila! Je vous presente un spectacle 2008!

Jeng.. jeng.. jeng...





Wahai darlingzku sekalian... kita akan menonton pementasan ini... yeay!
Jadi, mulai hari ini, tugas anda adalah untuk mengumpul fulus secukupnya supaya mampu membeli tiket pementasan. TAK PERGI RUGI TAU...

Wednesday, August 20, 2008

Projek Mem-BROWNIE

Demi pengorbanan untuk si kecil yang ku sayangi dan ku simpati...

Wujudlah Projek Mem-BROWNIE!!!

Jeng jeng jeng...

Inilah antara babak-babak yang boleh dipaparkan buat tatapan ramai...


Gempaq di dapur


Mak Bedah, Pe'ah & Petum di dapur? Kecoh!!!


BROWNIE BELLOz...


Tuan Tanah beraksi...

Jangan lupa untuk terus membeli brownies kami ya?

Tuesday, August 19, 2008

buat tontonan semua...



Hawa, is a mother of two children, Shafie and Shahidah. Shafie and Shahidah are married to Maria and Hisham respectively and live with their own families. Hawa leads an independent life staying with her bed-ridden husband. She works as a canteen helper. While Hawa is away at work, her neighbour, who regularly sends food to her husband discovers that Aziz has passed away.

After Aziz’s funeral, Shafie as the eldest son, invites his mother, Hawa, to stay with him. He feels that his late father’s CPF money will not be enough to support her. Shafie coaxes Hawa to stay with him and move out of her rental flat. Shahidah, on the other hand, makes no attempt to invite her mother to live with her, although that would be what Hawa prefers. Shahidah is worried that her conservative mother will find out about her husband’s carefree lifestyle.

Shahidah’s husband, Hisham is a club manager. He socializes with his clients regularly. He drinks and keeps a few girlfriends without Shahidah’s knowledge. Shahidah, on the other hand, later meets with Rizal.

They begin to see each other. Shahidah takes Rizal home to introduce him to her family. What started as a simple friendship soon develops into something more between Shahidah and Rizal. Deprived of love from her husband, Shahidah turns to Rizal for affection. Rizal, who is much younger, willingly gives in to Shahidah as she showers him with money but with a plot in mind.

Unlike Shahidah, the elder brother, Shafie, is plagued with money problems as his savings are running low. He has barely enough money to tide him over until the end of the month. He secretly takes money from his wife, Maria. The latter, disturbed that she is losing her money, does not suspect that her husband is actually the culprit. She believes that a ‘toyol’ (spirit) is responsible for her loss.

Aisyah, Shafie’s daughter and a junior college student, occasionally sacrifices the money she needs for her tuition and books and gives it to her father, thinking that he needs the money more to pay the bills. Little did they know... Shafie has a gambling addiction.

The plot thickens...

Wednesday, August 13, 2008

Ada apa dengan TANDA?



Tanda orang beradat,
elok perangai sempurna sifat.

Tanda orang beriman,
perangainya elok berbicaranya sopan.

Tanda orang berilmu,
cakapnya tidak menyingkap malu.

Tanda orang terpuji,
bercakap tidak mengeji,
berbicara tidak memfitnah,
menyanggah tidak menyumpah.


(Tenas Effendy- Seuntai Kata Seindah Bahasa)

Sesucinya Nisfu Sya'ban...



Bonjour!!!

Nisfu Sya’ban.
Nama yang sering kali dikaitkan dengan Islam dan Ibadah. Memang tidap dapat dinafikan bahawa kedatangan Nisfu Sya’ban disambut dengan penuh keghairahan dan kesyukuran oleh umat Islam.

Apa ada sebenarnya dengan Nisfu Sya’ban?

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Jadi, maksudnya, perkara baik dan buruk yang telah anda lakukan telahpun dicatakan dan dihantarkan ke offis Allah. Semuanya telah ditetapkan dan tidak boleh diubahkan lagi. (The damage is done, mate! Time for no regrets!)

Kini, buku rekod baru telah disiapkan dan apa yang anda harus lakukan ialah buat perkara yang baik dan hindarkan diri daripada perkara yang buruk. Jangan NAUGHTY-NAUGHTY lagi ya? Nanti buku rekod yang bersih dan cantik itu akan menjadi kotor dan cacat.

Selaku umat Islam yang baik, mulakanlah jalan hidup yang baru dan perbaiki diri. Semaikanlah di dalam hati niat murni untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan berusahalah dengan gigih untuk mempertahankan diri daripada godaan Syaitan dan kuncu-kuncunya.

Jadilah seorang anak yang baik, pelajar yang lebih baik dan muslim yang cemerlang.

Semoga berjaya!

CODE: BROWNIE ALERT!



Bonjour tout le monde!!!

Salam Sejahtera wahai para peminatku sekalian...

Dengan berbesar hati, inginku mengumumkan suatu berita yang mungkin akan menggemparkan kehidupan anda. Mulai esok, 14hb Ogos 2008, anda yang telah kian lama mengidamkan BROWNIESku, tidak perlu menunggu lagi kerana BROWNIESku sememangnya akan menjelma dan wujud di kalangan kita. Terkamlah peluang keemasan ini untuk memenuhi nafsu naluri anda dengan membeli dan menjamu sekehendak hati.

Lagipun, anda yang membeli skaligus turut membuat amal. Bak membunuh 2 ekor burung dengan seketul batu... , anda selaku pembeli juga menjadi penderma kerana sesen dua sen duit untung insyallah akan disalurkan kepada rumah tumpangan anak yatim. Jadi, ringan-ringankanlah jari-jemari anda dan beli, beli dan terus membeli sambil beramal!

Yok makan Brownie Yok!

Sunday, August 10, 2008

Topik 1 – Peristiwa Yang Tidak Dapat Saya Lupakan

Setiap daripada kita banyak peristiwa yang terkesan dalam diri hingga pada saat ini. Sesebuah peristiwa yang tidak diduga, peluang yang datang bergolek, seseorang yang hadir dalam kehidupan kita – mengubah hala tuju kehidupan anda. Pilihlah satu yang amat terkesan dalam diri anda dan perihalkan mengenainya.

Pencetus Kenangan

- Dapatkah anda ingati kembali akan masalah kehidupan yang pernah anda hadapi dan semua tindakan anda untuk menanganinya? Sering kali, penyelesaian masalah itu membantu anda mengubah haluan hidup anda.

- Adakah sesiapa yang istimewa dalam hidup anda dan banyak mempengaruhi keperibadian atau beliau ada mencari peluang untuk menjalin persahabatan dengan anda? Mengapakah insan ini istimewa dalam hidup anda?

- Adakah sebuah perceraian atau perkahwinan semula membawa kesan yang besar dalam kehidupan kamu? Perihalkan penyesuaian yang anda lalui dan lakukan. Apakah perkembangannya?


Tuliskan sebuah renungan dengan menggunakan tidak kurang daripada 150 patah perkataan dan hantarkannya kepada lokhmanharis@gmail.com selewat-lewatnya pada hari Khamis, 14hb Ogos 2008, jam 10 malam. Selamat mencuba!

Secebis kenangan...



Dikaulah insan yang membawa erti kepada seribu kenangan...

ketika aku dilahirkan
kau memanjatkan kesyukuran
ketika aku dibesarkan
kau menyemaikan ketabahan
ketika aku meraih kejayaan
kau melahirkan kebanggaan
ketika aku dihimpit keperitan
kau menangis bersamaku

Kini...

kau tiada bersamaku
ketika itulah aku
menitiskan airmata
menyemaikan ketabahan
memanjatkan doa semoga kau kentiasa dirahmati Allah

buat ninda tersayang...
dakapan, ciuman, kasih sayang dan doa restu yang kau berikan selama ini,
aku hargai setulus hati...

Saturday, August 9, 2008

Apa yang terpahat di hati?

Bonjour!

Seminggu dalam kehidupanku...

Penuh dengan kemanisan, kepayahan, kehampaan, kesedihan, keghairahan, kebanggaan dan keseronokan. Semuanya dilonggokkan menjadi satu. Aku keliru, aku terharu, namun aku tetap melahirkan kesyukuran akan pengalaman dan pengajaran yang telah kukecapi.

Secebis kenangan manis...



Drama-mamaz



Aksi si badutz...

Selamat beristirehat dan jumpa nanti!