
Hawa, seorang nenek tua, dihimpit keperitan hidup, diuji ketabahan dan keimanannya terpaksa mengharungi onak duri, ranjau kehidupan yang zalim ini. Puncanya, anak-anak yang jauh tersasar, terjerumus dalam sangkar kedaifan hidup, yang buta dan bebal akan pengertian pengorbanan dan keihsanan seorang insan berhati mulia yang bergelar ibu. Hidup tiada berkat, hidup tiada rahmat, hidup luput daripada segala kemanisan, dan keindahan. Azab... begitulah jalan hidup insan yang bergelumang dengan maksiat dan dosa... Hati nenek redam, menjerit tanpa suara... menjerit dalam sepi... Anak dusta sesal, meraung tanpa suara... meraung dalam sepi...
inilah kisah JERITAN SEPI...
Mengapa kita tertarik untuk menonton drama JERITAN SEPI?Kerana...
Ianya membuka mata kita menonton gelagat ORANG KITA sendiri
buruk baik semuanya mencerminkan realiti kehidupan
bukan sahaja yang miskin dan merana tetapi juga yang kaya dan berpendidikan tinggi
semuanya dibelenggu masalah sama... seks di luar nikah... perjudian... kekeluargaan...
Adakah telah menjadi suatu trademark ataupun lambang ORANG KITA begitu bermasalah pada hari ini?
Fikirkanlah...Ada di antara kita yang resah gelisah apabila menonton drama ini
Sudahkah terbuka pintu kesedaran?
Atau kita semakin lari dari realiti dengan menidakkan segala-gala yang dicerminkan?
Adakah kita telah menjadi Si Tanggang? Berdusta kepada ibu bapa?
Atau
Adakah kita rasa kita ini begitu canggih hingga pergaulan bebas dan perhubungan seks suatu perkara yang OK?
Fikirkanlah...Baik atau buruk drama ini?
Dua parti berbeza wujud di kalangan ORANG KITA:
Yang pertama menyokong
Supaya ianya mencelikkan biji mata ORANG KITA yang selama ini CELIK tetapi BUTA!
Supaya dijadikan pedoman... dijadikan tauladan... diambil iktibar...
dibetulkan yang salah... dijernihkan yang keruh...
dikembalikan kesucian dan kemurnian ORANG KITA
Yang kedua mengkeji
Kononnya drama JERITAN SEPI BAK MEMBUKA PEKUNG DI DADA
Menonjolkan keaiban ORANG KITA terang-terangan tanpa segan silu
Membodohkan dan memalukan diri sendiri BAK MENCONTENG ARANG KE MUKA
atau MENCOLET NAJIS KE MUKA ORANG KITA?
Dengan adanya tayangan drama seperti ini di layar SURIA, kita menyediakan jalan untuk ORANG LAIN mengutuk, mengeji, mempersendakan dan memperkecilkan ORANG KITA
Kini, kalau ORANG LAIN memandang rendah terhadap ORANG KITA, siapakah yang boleh dipersalahkan?
Adakah ORANG KITA sendiri yang menggalakkan tanggapan negatif terhadap diri sendiri?
Paling penting, adakah patut KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA?
Fikirkanlah... * Bagi anda yang mungkin jiwanya gusar digodam kekejaman realiti, dijemputlah anda menghulurkan satu dua kata buat renungan ramai. Fikirkanlah tentang kekhilafan yang menjalar menutupi cahaya murni kemanusiaan...