Wednesday, July 23, 2008
Pencuci mulut
Bonjour!
Basmallah kuucap pembuka bicara
Syukur nikmat lahir di hati
Membatik sudah bercanting juga
Kini tinggal hanya memori
Biduk berbunyi azan mengaum
Haji dan Hajjah segera bersolat
Janganlah Batik dilupakan kaum
Amanah dipegang begitu ketat
Semoga pengalaman membatik ini telah menceriakan dan memaniskan lagi memori hidup anda semua. Semoga anda akan tetap menyahut seruan untuk melestarikan Seni Batik ini.
Hidup Budaya! Hidup Seni!
PS: Sila kunjungi lokiedokie.multiply.com untuk melihat hasil kerjatangan anda...
Monday, July 21, 2008
Pencuci mulut...
Bonjour!
Sudah...
Cincin berlian manis di jari
Berkilau cahaya intan baiduri
Rangkai pantun digubah berseri
Syabas kuucap saudara saudari
Kini...
Molek sungguh susunan kata
Ikhlas sungguh luahan hati
Hiaslah pantun wahai semua
Tukillah gambar dari multiply LOKIE!
Jeng jeng jeng... Ini contohnya...
Selamat Bersantap!
Sunday, July 20, 2008
Pencuci mulut...
Pencuci mulut...
Bonjour!
Salam sayang kepada pengunjung
Segala kekata harap dijunjung
Pelbagai kata berbentuk mutiara
Diisi mantap dengan perkara
Kalau pelajar ingin berjaya
Duduklah kusyuk dan silalah baca
Karangan mampat isi bahasa
Janganlah dikau hanya berleka
Gerak tangkas tugas dilaksana
Markah berlimpah pelajar kan ceria
Selamat bersantap...
Subscribe to:
Posts (Atom)