Saturday, September 20, 2008
Salam sejahtera wahai peminatku sekalian!!!
Nampak-nampaknya, adik-adik semua kelihatan riang gembira menghitung hari menjelangnya suatu acara yang begitu gah sekali. Tersenyum-senyum ghairah ya adik-adik apabila terkenang akan kemunculan musim ini? Saya cukup faham dan mengerti apa yang dirasakan semua. Memang tidak salahnya merasakan sedemikian kerana pada suatu masa dahulu, saya juga seperti adik-adik sekalian. Macam tak sabar! EXCITED!
Dalam adik-adik sibuk mempersiapkan diri untuk hari yang ditunggu-tunggukan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari, meminta ampun dan maaf jika ada sebarang kesilapan dan kekurangan pada diri saya dalam saya mengendalikan kelas.
Selamat menjalani IBADAH PUASA & SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN!!!
Bukankah itu musim yang adik-adik tunggukan? SELAMAT MAJU JAYA!!!
LETIH!!! PENAT!!! TAK LARAT!!!
Kini tibalah masanya untuk adik-adik sekalian memberi hamba peluang untuk beristirehat. Maklumlah, sudah letih tubuh badan ini mengajar dan menghiburkan semua.
Di bawah ini ada terdapat beberapa perkataan yang seringkali mengelirukan semua.
Beleklah ejaannya dan carilah maksudnya supaya adik-adik tidak lagi terperangkap dalam kekhilafan.
Beransur vs Berunsur
Menimba vs Menimbang
Mengimbangi
Mempertimbangkan
Menentang vs Membentang
Menginap vs Menghinggap
Meraih vs Merai
Menebas vs Mengebas
Mengimbas
Toko vs Tokoh
Tapa vs Terpa
Pesak vs Pasak
Digoda vs Dinoda
Kalau anda bijak bistari,
Telek perkataan dengan teliti!!!
Sunday, September 14, 2008
GEMPAQ raya di Suria!
YOK BUAT KUIH RAYA YOK!!!
Kami adik-adik comel ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada MUMMY, DADDY dan semua ahli keluarga yang tersayang. Ucapan khas juga kami tujukan kepada kawan-kawan dan guru-guru dari Sekolah Menengah Pasir Ris terutama sekali buat Cikgu LOKHMAN HARIS.
Kalau kami NAUGHTY minta maaf ya?
SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR & BATIN!!!
* Beginilah bunyinya ucapan yang telah digubah...
Kalau ada rezeki, dapatlah kita kelihatan JAMBU di Layar Suria...
Saturday, September 13, 2008
Di bawah bulan purnama
Assalamualaikum Anakbuah sekalian...
Sekali lagi pertemuan kita berjalan dengan lancar. Walaupun niat di hati untuk bermidautmnfestival, kita telah mencapai lebih daripada itu. Bersama-sama, kita telah mengecapi kemanisan dan kemeriahan beriftar dan merasai kesyahduan solat berjemaah. Saya cukup senang kerana semua begitu taat menunaikan ibadah puasa dan solat, tanpa dipaksa. Saya cukup bangga kerana ada yang di dalam keadaan darurat tidak segan silu untuk sanggup menyarungkan kain batik demi menutup aurat buat menyempurnakan solat. Inilah semangat yang ingin kita lihat. Syabas!
Mungkin ada baiknya kalau disyorkan agar Majlis Iftar diadakan tahun hadapan untuk pelajar-pelajar Melayu Islam. Bukan sekadar menjamu selera di perkarangan sekolah yang diinginkan, tetapi beramah mesra dengan adik-adik yang kurang bernasib baik di rumah-rumah tumpangan. Biarlah kita meraih kemenangan dengan berkongsi keceriaan dan kebahagiaan di bulan Ramadan yang mulia. Saya pasti pengalaman yang bakal dilalui akan lebih mewarnai kenangan hidup semua. Setuju tak semua?
Semoga impian ini akan dapat dijadikan suatu realiti.
Tentang malam tadi...
Tidak mengapa kalau kuih bulan tidak sesedap yang disangkakan...
Tidak mengapa kalau tanglung dan bunga api tidak dapat dinyalakan...
Tidak mengapa kalau aturcara tidak sehebat disangkakan...
Yang paling penting, kita dapat beramai-ramai berinteraksi dan merapatkan silaturrahim sesama bangsa dan agama.
Itulah yang paling penting...
Inilah antara wajah-wajah insan yang mengukir kenangan manis di Iftar 2008.
Buat tatapan semua...
W'salam.
Sekali lagi pertemuan kita berjalan dengan lancar. Walaupun niat di hati untuk bermidautmnfestival, kita telah mencapai lebih daripada itu. Bersama-sama, kita telah mengecapi kemanisan dan kemeriahan beriftar dan merasai kesyahduan solat berjemaah. Saya cukup senang kerana semua begitu taat menunaikan ibadah puasa dan solat, tanpa dipaksa. Saya cukup bangga kerana ada yang di dalam keadaan darurat tidak segan silu untuk sanggup menyarungkan kain batik demi menutup aurat buat menyempurnakan solat. Inilah semangat yang ingin kita lihat. Syabas!
Mungkin ada baiknya kalau disyorkan agar Majlis Iftar diadakan tahun hadapan untuk pelajar-pelajar Melayu Islam. Bukan sekadar menjamu selera di perkarangan sekolah yang diinginkan, tetapi beramah mesra dengan adik-adik yang kurang bernasib baik di rumah-rumah tumpangan. Biarlah kita meraih kemenangan dengan berkongsi keceriaan dan kebahagiaan di bulan Ramadan yang mulia. Saya pasti pengalaman yang bakal dilalui akan lebih mewarnai kenangan hidup semua. Setuju tak semua?
Semoga impian ini akan dapat dijadikan suatu realiti.
Tentang malam tadi...
Tidak mengapa kalau kuih bulan tidak sesedap yang disangkakan...
Tidak mengapa kalau tanglung dan bunga api tidak dapat dinyalakan...
Tidak mengapa kalau aturcara tidak sehebat disangkakan...
Yang paling penting, kita dapat beramai-ramai berinteraksi dan merapatkan silaturrahim sesama bangsa dan agama.
Itulah yang paling penting...
Inilah antara wajah-wajah insan yang mengukir kenangan manis di Iftar 2008.
Buat tatapan semua...
W'salam.
Thursday, September 11, 2008
KUIH BULAN?
Kuih Bulan kini telah menjelma kembali!!!
Dengan berbesar hati, saya selaku wakil pihak SEKOLAH MENENGAH PASIR RIS ingin mengundang ANAKBUAHKU semua untuk ikut serta di dalam acara MID AUTUMN FESTIVAL yang akan diadakan di perkarangan SEKOLAH MENENGAH PASIR RIS pada 12HB SEPTEMBER 2008, jam 7 MALAM. Bagi yang berpuasa, jangan gusar. Anda boleh membawa bekal makanan sendiri ataupun boleh menjamu selera dengan juadah yang akan disajikan nanti.
Ingin BERSOLAT?
Ruang khas akan disediakan bagi mengerjakan ibadah solat maghrib.
Gusar jangan...
YOK MAKAN KUIH BULAN, YOK!!!
Wednesday, September 10, 2008
Jeritan Sepi? TIDAK!!!
Hawa, seorang nenek tua, dihimpit keperitan hidup, diuji ketabahan dan keimanannya terpaksa mengharungi onak duri, ranjau kehidupan yang zalim ini. Puncanya, anak-anak yang jauh tersasar, terjerumus dalam sangkar kedaifan hidup, yang buta dan bebal akan pengertian pengorbanan dan keihsanan seorang insan berhati mulia yang bergelar ibu. Hidup tiada berkat, hidup tiada rahmat, hidup luput daripada segala kemanisan, dan keindahan. Azab... begitulah jalan hidup insan yang bergelumang dengan maksiat dan dosa... Hati nenek redam, menjerit tanpa suara... menjerit dalam sepi... Anak dusta sesal, meraung tanpa suara... meraung dalam sepi...
inilah kisah JERITAN SEPI...
Mengapa kita tertarik untuk menonton drama JERITAN SEPI?
Kerana...
Ianya membuka mata kita menonton gelagat ORANG KITA sendiri
buruk baik semuanya mencerminkan realiti kehidupan
bukan sahaja yang miskin dan merana tetapi juga yang kaya dan berpendidikan tinggi
semuanya dibelenggu masalah sama... seks di luar nikah... perjudian... kekeluargaan...
Adakah telah menjadi suatu trademark ataupun lambang ORANG KITA begitu bermasalah pada hari ini?
Fikirkanlah...
Ada di antara kita yang resah gelisah apabila menonton drama ini
Sudahkah terbuka pintu kesedaran?
Atau kita semakin lari dari realiti dengan menidakkan segala-gala yang dicerminkan?
Adakah kita telah menjadi Si Tanggang? Berdusta kepada ibu bapa?
Atau
Adakah kita rasa kita ini begitu canggih hingga pergaulan bebas dan perhubungan seks suatu perkara yang OK?
Fikirkanlah...
Baik atau buruk drama ini?
Dua parti berbeza wujud di kalangan ORANG KITA:
Yang pertama menyokong
Supaya ianya mencelikkan biji mata ORANG KITA yang selama ini CELIK tetapi BUTA!
Supaya dijadikan pedoman... dijadikan tauladan... diambil iktibar...
dibetulkan yang salah... dijernihkan yang keruh...
dikembalikan kesucian dan kemurnian ORANG KITA
Yang kedua mengkeji
Kononnya drama JERITAN SEPI BAK MEMBUKA PEKUNG DI DADA
Menonjolkan keaiban ORANG KITA terang-terangan tanpa segan silu
Membodohkan dan memalukan diri sendiri BAK MENCONTENG ARANG KE MUKA
atau MENCOLET NAJIS KE MUKA ORANG KITA?
Dengan adanya tayangan drama seperti ini di layar SURIA, kita menyediakan jalan untuk ORANG LAIN mengutuk, mengeji, mempersendakan dan memperkecilkan ORANG KITA
Kini, kalau ORANG LAIN memandang rendah terhadap ORANG KITA, siapakah yang boleh dipersalahkan?
Adakah ORANG KITA sendiri yang menggalakkan tanggapan negatif terhadap diri sendiri?
Paling penting, adakah patut KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA?
Fikirkanlah...
* Bagi anda yang mungkin jiwanya gusar digodam kekejaman realiti, dijemputlah anda menghulurkan satu dua kata buat renungan ramai. Fikirkanlah tentang kekhilafan yang menjalar menutupi cahaya murni kemanusiaan...
Tuesday, September 9, 2008
Wahai peminatku sekalian... Salam sejahtera ku ucapkan!
Anda telahpun diberikan keratan akhbar mengenai Kaum Adam Berdandan. Banyak yang telah diperkatakan di dalam artikel itu di antaranya, stigma yang menyelubungi kaum Adam yang berdandan dan juga perkara-perkara yang dilakukan oleh kaum Adam apabila bersolek dan berdandan.
Perspektif yang berbeza mengenainya juga turut dibentangkan. Sudah menjadi suatu lumrah kehidupan bagi setiap insan untuk membentuk tanggapan sendiri. Oleh itu, pelbagai perspektif boleh diambilkira mengenai tajuk ini. Anda sudah tentu tidak dikecualikan. Kini, anda dijemput menuliskan sebuah renungan untuk mengekspresikan diri, meluahkan perasaan dan fikiran anda. Gunakanlah peluang ini untuk memuntahkan segala-galanya yang telah anda pendam selama ini.
Pencetus idea:
1) Patutkah kaum Adam digalakkan berdandan atau menjaga keterampilan diri?
2) Adakah garisan halus yang memisahkan / membezakan dandanan dan penjagaan/ kebersihan diri? Jika ya, bagaimanakah membezakannya?\
3) Tanggapan masyarakat?
4) Adakah anda mengenali seseorang/ mempunyai contoh untuk dikongsi sama?
5) Tahukah anda tentang Mertosexual / Metrosexuality?
6)Adakah Metrosexual / Metrosexuality ini suatu phenomena yang baru tercetus kebelakangan ini ataupun anda rasa ianya sudah wujud sejak zaman lalu?
7) Kalau pasangan anda seorang metrosexual, adakah anda selesa dengan caranya itu?
Fikirkanlah...
Tuliskanlah...
* renungan anda mestilah sekurang-kurangnya 150 patah perkataan dan memenuhi syarat-syarat sah renungan iaitu mesti ada pendapat (pespkektif), pengajaran, pengalaman dan perkara-perkara yang sewaktu dengan apa yang telah dikatakan.
Selamat berbuka...
Tuesday, September 2, 2008
Project M
Wooohooo!!!
Satu lagi project berjaya dihasilkan oleh pelajarku yang tersayang!!!
Tahniahku ucapkan khas buat pelajar 2HML 2008 kerana mampu membuat muffin yang begitu menggiurkan. Tahniah juga kuucapkan kerana berjaya menghapuskan segala nafsu dan keinginan untuk menjamah muffin itu tadi.
Selamat beristirehat, selamat berbuka puasa dan selamat menjamu selera!
Bismillah...
Subscribe to:
Posts (Atom)