of lokie and more...

of lokie and more...

Saturday, September 13, 2008

Di bawah bulan purnama

Assalamualaikum Anakbuah sekalian...

Sekali lagi pertemuan kita berjalan dengan lancar. Walaupun niat di hati untuk bermidautmnfestival, kita telah mencapai lebih daripada itu. Bersama-sama, kita telah mengecapi kemanisan dan kemeriahan beriftar dan merasai kesyahduan solat berjemaah. Saya cukup senang kerana semua begitu taat menunaikan ibadah puasa dan solat, tanpa dipaksa. Saya cukup bangga kerana ada yang di dalam keadaan darurat tidak segan silu untuk sanggup menyarungkan kain batik demi menutup aurat buat menyempurnakan solat. Inilah semangat yang ingin kita lihat. Syabas!

Mungkin ada baiknya kalau disyorkan agar Majlis Iftar diadakan tahun hadapan untuk pelajar-pelajar Melayu Islam. Bukan sekadar menjamu selera di perkarangan sekolah yang diinginkan, tetapi beramah mesra dengan adik-adik yang kurang bernasib baik di rumah-rumah tumpangan. Biarlah kita meraih kemenangan dengan berkongsi keceriaan dan kebahagiaan di bulan Ramadan yang mulia. Saya pasti pengalaman yang bakal dilalui akan lebih mewarnai kenangan hidup semua. Setuju tak semua?
Semoga impian ini akan dapat dijadikan suatu realiti.

Tentang malam tadi...

Tidak mengapa kalau kuih bulan tidak sesedap yang disangkakan...
Tidak mengapa kalau tanglung dan bunga api tidak dapat dinyalakan...
Tidak mengapa kalau aturcara tidak sehebat disangkakan...
Yang paling penting, kita dapat beramai-ramai berinteraksi dan merapatkan silaturrahim sesama bangsa dan agama.
Itulah yang paling penting...

Inilah antara wajah-wajah insan yang mengukir kenangan manis di Iftar 2008.
Buat tatapan semua...





W'salam.

No comments: