of lokie and more...

of lokie and more...

Friday, October 31, 2008

GEMUK = GEMPAL = GEDEK = GEDEMPOL



Tahniah saya ucapkan kepada anda semua yang telah menyokong dan mengikut serta menonton drama GEMUK GIRLS. Saya ingin memuji anda semua atas kalakuan anda yang begitu membanggakan. Tertib dan sopan, anda semua memanglah ambassadors sekolah PRSS yang baik. SYABAS!!!

Tentang drama GEMUK GIRLS, saya memang terhibur dengan lakonan, taraf professionalisme dan kewibawaan para pelakon yang telah mendalami watak dengan begitu baik. Mereka seolah-olah wujud hanya untuk memegang watak itu.

Tentang drama GEMUK GIRLS, saya dapat perhatikan ada beberapa isu-isu dan mesej penting (samada tersurat atau tersirat) yang telah diketengahkan. Persoalan relevan... Apakan isu sebenar? Mengapakah ia diketengahkan? Apakah tujuan isu ini ditekankan? Siapakah (golongan manakah) yang telibat dalam isu ini? Adakah kaitan drama ini dengan realiti sebenar?

*jawablah…*

Tentang drama GEMUK GIRLS, pelbagai teknik drama yang telah digunakan. Antaranya ialah monologue, satire, soliloquy dan flashback. Tidak perlulah untuk anda membebankan diri dengan mengingati kesemua teknik ini. Yang lebih penting... anda telah memberikan tumpuan kepada props yang telah digunakan.

Setiap props yand digunakan memang ada maknanya. Gelaran Simbolism atau Simbolic Meaning (ataupun makna yang diberikan kepada sesuatu benda) memanglah ketara jika kita duduk dan memikirkan tentang ia.

*Simbolism = Perlambang benda untuk menimbulkan sesuatu makna
Contoh – bunga mawar melambangkan cinta, etc.

1. Mengapakah KARTINI memakai topi seperti itu? Mengapa dia tidak bertudung sahaja?
2. Mengapakah ayah Kartini menyuruhnya mengira hingga seratus? Mengapa seratus?
3. Mengapakah carpet hijau dibentang di merata pentas pada akhir drama?
Ia Melambangkan?
4. Mengapa video gambar semut dipilih di dalam salah satu babak?
Mengapa bukan anjing atau arnab?
5. Mengapa JULES (atau Juliana) mengenakan pakaian sopan menutup aurat pada akhir
drama? Sedangkan pada mulanya pakaiannya agak menjolok mata?
6. Apakah tujuan pengarah menggunakan papan-papan kayu yang boleh disorong dan
digerakkan? Melambangkan?

*jawablah…*

Tentang drama GEMUK GIRLS,apakah pandangan kamu? Suka? TIdak? Faham? Mengelirukan? Terhibur? Membosankan? Mahukah anda menonton drama atau pementasan seperti ini pada tahun hadapan? (Tuliskan renungan buat bahagian ini sebanyak 50 patah perkataan)

Para pelajar 2HML diminta menjawab soalan-soalan yang diajukan di atas dengan menggunakan kekreatifan anda. Jangan takut untuk menjawab kerana tiada jawapan yang betul ataupun salah di sini. Kesemuanya bergantung kepada pemerhatian dan pandangan setiap individu. Taipkan respons anda dan muatnaikkannya sebagai komen di blog ini.

17 comments:

Anonymous said...

Gemuk Girls merupakan sesuatu pementasan yang amat menarik tetapi ceritanya agak mengelirukan untuk saya. Pada pendapat saya, pementasan ini menitikberatkan isu-isu masyarakat Melayu sedang hadapi sekarang. Apa yang diajukan sangat relevan dengan apa yang berlaku pada masa kini.
Pelakon-pelakon drama ini, Aidli ‘Alin’ Mosbit, Najib Soiman dan Siti Khalijah, begitu menjiwai watak-watak yang diberikan kepada mereka.
Props yang digunakan terutama sekali papan-papan kayu yang boleh disorong dan digerakkan. Papan-papan kayu ini menimbulkan tanda tanya kepada saya dari mula hingga ke akhir pementasan ini. Apa tujuan mereka mengunakan papan-papan kayu tersebut? Sepanjang drama itu, saya berpendapat bahawa kayu itu digunakan untuk mengekspresikan perasaan. Ia seperti suatu bab Kartini menjerit dan satu papan digerakkan dengan penuh kuat sekali oleh ayah Kartini.
Kartini memakai topi daripada memakai tudung. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu Islam ramai tidak dididik dengan apa yang wajib dalam agama Islam iaitu menutup aurat.
Secara keseluruhan, Gemuk Girls merupakan pementasan yang sangat baik dan saya amat suka dan juga terhibur. Saya harap pementasan seperti ini dapat diadakan pada tahun hadapan supaya murid-murid Melayu dapat mempelajari di luar bilik darjah bukan sekadar latihan dan lebih latihan..

Khalishah Nadhirah Bte Abu Bakar
2E7

Anonymous said...

Pada pendapat saya, dalam drama ini ada tersirat beberapa isu dan mesejyang hendak disampaikan. Contahadalah seperti isu politik, isu keluarga dan isu communist. Isu politik yang tersirat di dalam drama ini melibatkan golonganmelayu. Keluarga melayuyang mempunyai ramai anak tetapi anakmereka tidak berpelajaran tinggi. Isu keluarga ialah isu tiga ahli keluarga yang berlainan fikiran mereka. Isu communist juga tersirat dalam drama ini. Pada hemat saya, mesej yang hendak disampaikan ialah untuk menyedarkan orang tentang realiti sekarang ini.

1) Saya rasa bahawa kartini memakai topi seperti itu kerana mahu kelihatan lebih feminin.Ini juga menunjuk bahawqa ramai juga wanita melayu yang tidak mengenakan tudung 2) Ayahnya suruhnya kerana tidak mahu beliau mengetahui perkara sebenar. nombor kegemarannya nombor 100.3)untuk menceriakan lagi pentas itu atau untuk menunjukkan taman Kartini.4) Mungkin kerana mereka suka binatang semut dan bukan arnab atau anjing.5)Dia sudah bersedia untuk menutup aurat.6)Ia digunakan untuk menunjuk lebih dekat ekspresi pelakon.

Pada hemat saya, saya suka drama ini. Ia menarik, lain dari yang lain dan penuh jenaka.Saya memang terhibur menonton dan saya rasa pelakon drama ini cukup berbakat dan pandai menjiwai watak watak mereka tersendiri. Saya juga rasa bahawa pementasan seperti ini harus diadakan tahun hadapan sebagai aktiviti di luar darjah.

Siti Nur Aliah (2e7)

Anonymous said...

Isu-isu yang sebenar adalah tentang keadialan dalam masyarakat dan ia diketengahkan untuk menyedarkan pada para penonton bahawa kita perlu bersyukur akan keadaan negara kita yang aman damai dan tiada lagi berlakunya peperangan atau kekecohan . Sudah tentu , props yang digunakan amat menaraik , seperti video gambar semut yang dimainkan mungkin untuk menggambarkan kerajinan dalam 'kalangan' semut yang perlu kami memumpuk sebagai masyarakat/negara demi masa depan negara . Jules pula mula memakai pakai yang sepan pada akhir drama mungkin kerena setalah melitbatkan diri sebagai "minister" dalam hal ehwal malayu , beliau sedar bahawa pakaiannya tidak elok dan tidak nenutupi aurat .


Pada pandangan saya, permentasan itu amat mengacewekan kerena saya tidak berjaya memahami isu-isu yang diketengahkan.Ia amat mengelirukan dan pada separuh jalan dalam permentasan itu, saya telah hilang minat untuk menonton . Walaubagaimanapun , para pelakon berjaya memainkan watak mereka dengan penuh emosi yang berkesan . Lakonannya amat hebat sehingga membuat saya terpegun .

Anonymous said...

Pementasan ini memaparkan banyak isu berat yang boleh dipelajari para penonton. Saya jangkakan ia satu sketsa komedi. Namun, sebenarnya, Gemuk Girls mengetengahkan isu-isu politik, keluarga dan tentang perilaku orang melayu dan cina zaman sekarang. Ia memberi perhintungan bahawa ibu bapa Melayu kini, inginkan ramai cahaya mata tetapi tidak ramai pelajar kita yang berjaya menarih gading...manakala orang cina pula terlalu gopoh-gapah menyertakan anak-anak mereka ke klass-kalss tuisyen. Kiasukan namanya!
Saya akur saya tidak faham dialog Inggeris,yang saya gelarkan "high class language", yang digunakkan pelakon-pelakon di dalam pemantasan ini. Walaubagaimanapun, saya rasa mereka telah berlakon dengan penuh emosi dan keseriusan, sehinggakan seorang teman baik saya menangis! Secara keseluruhan, saya rasa terhibur. Namun, saya fikir ayat-ayat ataupun skrip yang ditayangkan di skrin sungguh mengelirukan kerana ia digerakkan ke kiri dan kanan. Pada lain kali, mungkin, pelakon-pelakon yang terlibat boleh berdialog dalam bahasa Inggeris sepanjang pementasan supaya penonton-penonton yang tidak berbangsa Melayu tidak perlu menoleh ke skrin setiap kali mereka ingin mengetahui isi dialog yang diterjemahkan!

Anonymous said...

Gemuk Girls adalah suatu pementasan yang baik dan menarik. Jalan ceritanya amat memeningkan dan mengeluarkan isu-isu yang masyarakat Melayu sedang hadapi. Pelakon-pelakon Gemuk Girls dapat melakonkan watak mereka dengan baik dan mementaskan sketsa ini dengan lancar. Kartini memakai topi untuk menunjukkan bahawa umat Islam Singapura kini tidak didik dengan betul oleh ibubapa mereka dan tidak menutup aurat mereka, sesuatu yang wajib dalam Islam. Ayah Kartini menyuruhnya mengira sehingga seratus kerana nombor seratus itu mungkin nombor kegemaran Kartini. Carpet hijau dibentangkan untuk melambangkan aktiviti kegemaran Kartini, iaitu bertanaman. Jules memakai pakaian yang amat menonjolkan pada saat saat pertama cerita ini untuk memberitahu orang bahawa dia sewaktu itu tidak hormatkan agama Islam dan tidak menghiraukan perkara perkara yang halal dan haram. Pada pendapat saya, papan papan itu digerakkan untuk mengetengahkan lagi ekspresi dan emosi pelakon pelakon.

Secara tuntas, pementasan ini amat mearik walaupun ia amat membingungkan. Ia menitik beratkan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakt melayu Islam Singapura yang akan menjejas generasi akan datang. Aktiviti ini patut dilakukan lagi untuk murid murid pada tahun yang akan datang.

Ahmad Johan,
2e7

Anonymous said...

Pada hemat saya, drama Gemuk Girls merupakan pembuka mata.Dibandingkan dengan Kusumawangi, ia lebih relevan dengan realiti kerana ia mengetengahkan isu-isu seperti politiks and keluarga.Saya rasa pelakon-pelakon Gemuk Girls amat profesional dan merekalah yang membuat Gemuk Girls berjaya.Pelakon-pelakon Gemuk Girls dapat mengendalikan situasi sirius dan lucu yang dilalui oleh watak mereka dengan baik. Saya amat terpegun. Walaupun secara kesuluruhan saya tidak memahami drama Gemuk Girls, saya amat terhibur dengan pementasan ini kerana ia amat menggelikan hati. Saya juga tertarik dengan idea papan-papan kayu kerana ia adalah sesuatu yang berbeza dan saya amat kagum dengan pementasan ini kerana mereka berjaya mengendalikan pementasan ini dalam ruang yang terbatas dengan hanya tiga pelakon dengan sedikit props.Saya harap pementasan seperti ini dapat diadakan pada tahun hadapan kerana ia amat menarik dan sesuatu yang berbeza.


1)Kita semua dapat lihat bahawa Kartini bukan seseorang yang beragama. Dia memakai pakaian yang menunjukkan lurah dada dan dia minum arak pada satu babak. Walaubagaimanapun, dia mengenakan gaun panjang dengan topi mungkin untuk menunjukkan bahawa dia mempunyai "class" dan untuk menunjukkan kepada masyarakat Melayu bahawa skurang-kurangnya, dia tidak memakai pakaian yang menjolok mata.
2)Dia menyuruhnya mengira sehingga seratus kerana untuk seorang budak mengira sehingga seratus,ia mengambilmasa yang lama dan itu yang ayah Kartini mahu. Masa - untuk dia menyelesaikan masalah dan untuk pulang ke rumah sebelum Kartini mengira sehingga seratus.
3)Carpet hijau itu melambangkan rumput.Ia dibentangkan untuk memberikan gambar yang lebih jelas bahawa Kartini sedang berkelah.
4)Video gambar semut dipilih kerana di mana jua kita pergi,semut tentu ada.Kita sudah biasa melihat semut.Saya rasa jikalau mereka menggunakan anjing atau arnab atau binatang lain, ia akan kelihatan pelik dan lucu kerana ia tidak sesuai dengan babak itu.
5) Pada mulanya, impian Julianna adalah untuk menjadi seorang Perdana Menteri dan jikalau pada waktu itu dia memakai tudung, ia akan menjejas impiannya kerana orang bangsa lain tidak mungkin dapat menerimanya sebagai seorang Perdana Menteri yang memakai tudung.Selepas Julianna mendapat tahu tentang kematian datuknya, mungkin dia telah insaf dan mula memakai tudung.
6) Tujuan menggunakan papan-papan kayu adalah untuk menunjukkan bahawa dalam ruang yang terbatas, mereka masih dapat mengekspresikan watak mereka.Papan-papan kayu itu menguji kreativiti mereka dan bagaimana mereka membawa watak mereka menggunakan papan-papan kayu.

Anonymous said...

Maaf. Ter-send dua kali. Ooops.

Anonymous said...

Gemuk Girls merupakan suatu pementasan yang mempunyai jalan cerita yang amat mengelirukan. Walau bagaimanapun, saya berasa amat kurang senang dengan bahasa yang digunakan yang amat kesat. Terdapat suatu babak apabila Kartini memaki Juliana dan anaknya memaki ibunya sendiri. Pada masa itu, Juliana sedang memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan. Ini tidak berapa elok kerana asyik memaki-hamun bukannya cara seorang Muslim. Pada pendapat saya, isu yang ditekankan ialah masyarakat Melayu yang terlalu mementingkan kuasa dan juga hak sebagai seorang individu yang tidak bersalah.

1) Kartini memakai topi seperti itu mungkin kerana dia masih belum insaf. Oleh kerana dia tidak dibesarkan oleh seorang bapa, mungkin perkara mengenai agama tidak dititik beratkan oleh ibunya kerana dia sendiri menggelarkan anaknya sebagai "Anak Jahanam."

2) Seratus merupakan angka yang amat besar dan mengambil masa yang lama untuk dikira daripada nombor satu. Ini akan memberikan masa untuk Encik Mazaki dibawa ke tempat tahanan.

3) Pada pendapat saya, carpet hijau melambangkan rumput, mungkin situasi di luar rumah.

4) Saya dapati bahawa pergerakkan semut di dalam salah satu babak itu agak laju. Mungkin ini melambangkan masa yang berlalu dengan pantas.

5) Juliana mengenakan pakaian sopan untuk menunjukkan yang dia telah dipengaruh oleh masyarakat dan di babak terakhir, Juliana sudah berumah tangga dan suaminya mungkin ingin dia berpakaian begitu.

6) Papan-papan kayu itu digunakan untuk mempamerkan emosi watak selain daripada hanya digunakan sebagai pentas. Di babak-babak yang menunjukkan perasaan marah, papan-papan itu digerakkan dengan penuh tenaga.

Secara keseluruhannya, Gemuk Girls merupakan sebuah pementasan yang akan membuat penonton fikir secara mendalam untuk cuba memahami jalan cerita yang agak rumit. Penonton-penonton juga boleh mempunyai perspektif yang bebeza dari sudut pandangan masing masing.

Anonymous said...

Marzuki*
Maaf, ada typo. Hehehe

Anonymous said...

1.Kartini memakai topi seperti itu dan tidak bertudung kerana gaya hidupnya dan cara pemakaiannya seperti orang-orang barat. Kartini juga jarang berbual dalam bahasa Melayu.
2.Ayah Kartini menyuruhnya mengira hingga seratus kerana ia seperti sebuah permainan yang Kartini dan ayahnya main bersama. Kartini juga akan fikir yang ayahnya hanya hilang buat sementara kerana mereka berdua sedang bermain tetapi sebenarnya, ayah Kartini telah ditangkap.
3.Carpet hijau dibentang di merata pentas pada akhir drama kerana ia menunjukkan taman Kartini. Pada pendapat saya, ia melambangkan kebebasan. Ini kerana Kartini telah mendapat tahu yang ayahnya sudah meninggal dan dia menyatakan bahawa dia tidak mahu kira hingga seratus lagi.
4.Semut adalah serangga yang kecil, senyap dan senang dimatikan tetapi ia kuat ‘bekerja’. Ayah Kartini telah ditangkap dan dituduh tanpa bukti benar.
5.Juliana mengenakan pakaian sopan menutup aurat pada akhir drama kerana dia sudah mendirikan rumah tangganya dan pulang ke pangkal jalan yang betul.
6.Pengarah telah menggunakan papan-papan kayu yang boleh disorong dan digerakkan kerana ia lebih mudah digunakan bagi membezakan lain babak.

Gemuk Girls adalah sebuah pementasan yang menarik. Ia mempunyai unsur-unsur komedi pada awalnya tetapi semakin lama Gemuk Girls bertukar menjadi sebuah kisah yang menyentuh hati. Jalan ceritanya sungguh menyayat hati. Pada pendapat saya, jalan ceritanya payah untuk diterima kerana babak-babak yang mengelirukan. Jika saya diberi kesempatan, saya ingin menonton pementasan sebegini pada tahun hadapan.

athiraaaa (: said...

Gemuk Girls merupakan sebuah drama yang telah menarik perhatian saya. Drama tersebut mengandungi beberapa iktibar di sebaliknya yang telah menggambarkan sikap-sikap orang melayu pada hari ini. Walaupun pementasan ini mungkin mengelirukan saya, ia tidak membosankan dan telah membuat para penonton geli hati. Pelakon-pelakon mampu menyerlahkan emosi dan perasaan mereka dengan begitu baik. Secara keseluruhan, saya menikmati drama ini dan saya terhibur dengan pelakon-pelakon yang profesional itu walaupun saya kurang memahaminya. Saya berharap kami semua akan diberi peluang sekali lagi untuk menyaksikan pementasan seperti ini pada tahun-tahun yang akan datang.

1) Kartini memakai topi seperti itu pada mulanya kerana dia mahu mempamerkan bahawa wanita-wanita islam pada hari ini berpakaian begitu dan tidak bertudung. Dengan memakai topi itu juga, ia sebuah pembuka mata kepada para penonton tentang perkara-perkara seperti ini yang kini sedang berlaku kepada wanita-wanita melayu pada hari ini.

2) Ayah Kartini menyuruhnya mengira ke seratus kerana seolah-olahnya, ayahnya menjangka bahawa dia tidak akan hidup lama apabila diseksa. Dengan itu, dia menyuruh anaknya mengira ke seratus kerana masa untuk mengira segenap-genap buat dia hidup.

3) Carpet hijau dibentang di merata pentas pada akhir drama itu kerana kononnya, hijau melambangkan rumput serta taman Kartini. Oleh itu, Kartini mengimbas kembali kenangan manis yang dia telah alami bersama ayahnya.

4) Gambar semut telah dipilih kerana dia mahu menunjukkan bahawa semut seekor serangga yang bekerja keras untuk memperolehi apa yang diinigini. Oleh itu, semut cocok dengan babak tersebut.

5) Juliana telah memakai pakaian yang bersopan pada akhirnya kerana dia telah mengetahui latar belakang tentang datuknya serta mempelajari kesalahan-kesalahan yang datuknya telah lakukan. Oleh itu, dia insaf, bertaubat dan menjadi seorang wanita yang beragama.

6) Papan-papan yang boleh sorong itu melambangkan masa yang berlainan dan watak yang lain seperti ayah Kartini yang sedang berduduk dan menceritakan tentang apa yang telah berlaku kepadanya.

Athirasari Diyana
2E7

Anonymous said...

1) Oleh kerana Kartini dibesarkan tanpa didikan seorang ayah dan pengetahuannya tentang agama tidak begitu sempurna, kemungkinan beliau memakai topi dengan fikiran bahawa ia adalah sesuatu yang dapat diterima oleh semua, terutama lagi orang islam.

2)Angka seratus itu memang adalah suat angka yang agak besar. Bapa kartini tahu ia akan mengambil masa buat Kartini untuk habis menghintung. Beliau cuba mengambil kesempatan ini untuk melepaskan diri dari tahanan dan berada di sisi anaknya sebelum Kartini habis mengira. Tetapi beliau gagal.

3)Karpet itu melambangkan rumput hijau. Ia digunakan untuk memberi penonton sedikit gambaran bahawa Kartini berada di taman dan sedang berkelah.

4)Saya dapat mengenal pasti bahawa Marzuki adalah juru kamera. Mungkin, semasa beliau masih aktif berligat sebagai juru kamera, beliau gemar memetik gmbr semut. Oleh itu, gambar semut ditayangkan sebagai background.

5)Kami semua dapat memahami bahawa Juliana telah berkahwin pada penghujung pementasan ini. Mungkin, dengan didikan suaminya beliau terpengaruh untuk patuhi agama islam dan memakai tudung. Beliau jugak telah bekerja keras untuk mendapatkan keadilan datuknya dan hak orang orang melayu.

6)Selain ia digunakan sebagai pentas dimana pelakon pelakon beraksi di atasnya, ia juga digunakan sebagai suatu 'props' dimana pelakon boleh mengguna dengan pelbagai cara untuk mengekspresikan watak mereka dengan baik lagi.

Anonymous said...

Pementasan GG mengetengahkan isu yang memang sedang berlaku di kalangan masyarakat Melayu dan juga di Singapura. Ia menonjolkan lagi adegan-adegan yang sedang berlaku untuk memberi kesedaran bagi kami .

1. Kartini telah dibesarkan tanpa didikan agama yang kukh dan dia telah membesar tanpa pengetahuan tentang adab Islam dan telah di'westernized'kan/

2. Seratus ialah nombor yang selalu digunakan untuk banyak perkara. Ia juga digunakan supaya Kartini beranggapan bahawa ayahnya sedang bermain-main bersamanya.

3. Ia sebenranya tumbuh-tumbuhan yang Kartini telah menyuburkan dan menjaga dan terus menjaga, hingga ia menjadi banyak, merata-rata.

4. Semut-semut melambangkan silaturrahim yang rapat antara satu sama lain. Semut selalu boleh dilihat dalam se'kumpulan. Mereka lihat seperti bergotong-royong, bekerjasama. Inilah yang tidak dapat dilihat dalam keluarga Kartini.

5. JULES telah berkeputusan untuk bertaubat. Dia telah mendidik dirinya menjadi seorang yang warak, dihormati, juga rendah diri. Ini juga kerana beliau sudah berumah tangga dan beranak-pinak. Dia mahu keluarganya menjadi satu yang sempurna dalam semua segi dan aspek. Dia juga tidak mahu masa silamnya yang tidak begitu baik menjadi penghalang.

6. Ia boleh menunjukkan kemarahan seseorang itu, apabila ia ditolak dan membuat bunyi yang kuat. Ia juga boleh menjadi prop untuk melambangkan suatu kelainan, kerana ia hanya papan-papan yang kelihatan sama, tetapi impak nya memang baik dan setaraf dengan prop-prop yang biasanya digunakan.

Pada hemat saya, GG memang pementasan yang amat baik, walaupun ada juga adegan yang saya tidak berapa faham. Ia mengeluarkan mesej yang boleh saya kaitkan dengan banyak perkara. Ia juga satu pementasan yang kelakar dan sambil menggarap apa yang dipentaskan, saya juga terhibur. Saya mahu menonton pementasan seperti ini pada tahun hadapan.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, Gemuk Girls merupakan sebuah pementasan yang cukup menarik.Pementasan ini juga telah menunjukkan ape yang sebernanya berlaku di kalangan kaum kita. Isu-isu seperti politik, agama dan keluarga diketengahkan dalam pememtasan ini.

1) Kartini memakai topi mungkin kerana dia berlagak kerana kedudukannya tinggi. Ini juga menunjukkan bahawa dia bukan seorang yang beragama

2)Cik Marzuki menyuruh anaknya mengira hingga seratus kerana untuk seorang budak kecil, angka 100 itu mungkin sebuah nombor yang besar dan mereka mempunyai kesusahan untuk mengiranya dan meraka akan mengambil masa yang lama untuk mengira hingga seratus. Ci kMarzuki tahu bahawa dia akan diambil lama daripada keluarganya lalu menyuruh anaknya kira hingga 100.

3) Karpet hijau itu melambangkan rumput-rumput. Ini adalah kerana Kartini iatu mencucuk tanam.

4) Semut-semut digunakan di babak tersebut kerana pengerakkan semut cepat dan pantas dan ia melambangkan betapa cepatnya masa berlalu

5)Juliana memakai tudung keana mungkin dia telah insaf setelah mendapat tahu tentang kematian datuknya. Mungkin juga kerana dia mahu menunjukkan bahawa wanita bertudung juga boleh menjadi seorang Perdana Menteri.

6)Papan-papan kayu digunakan untuk mempamerkan lagi ekspresi watak-watak tersebut. Ia juga mungkin kerana papan-papan itu digunakan hanya bila ia diperlukan

Secara keseluruhannya, saya mendapati bahawa pementasan ini cukup hebat dan menarik kerana ia mengetengahkan isu-isu yang berkontrevesi namn isu-isu inilah yang rakyat-rakyat mahu membicarakan tetapi mereka tidak mempunyai kebebasan,kebebasan untuk meluahkan isi hati mereka.

Anonymous said...

oh dan maaf lambat. Ada camp ah. heh

Anonymous said...

1)Dia memakai topi keran tidak ingin kelihatan seperti seorang yang berbangsa melayu kerana pada mereka orang melayu itu bodoh dan kerana itulah dia tidak mahu kelihatan seperti seorang yang berbangsa melayu.

2)Pada seorang anak gadis yang kecil seratus itu adalah nombor yang besar dan agak lama untuknya kira sampai habis.Ia juga mungkin ingin melambangkan berapa lama dia akan dipisahkan oleh keluarganya.

3)Ia dibentangkan kerana ingin melambangkan harapannya suadah musnah seperti tamannya yang dulu penh dengan bunga dan kini hanya tinggal rumput.

4)Mereka ingin menunjukkan bahawa dia berasa keseorangan di dalam penjara itu dan hanya semut lah yang ingin dilihat kerana semut ada di merata-rata tempat.

5)Mungkin dia sudah insaf setelah berkahwin dan ingin menjadi contoh baik kepada masyarakat kerana pendudukannya itu.

6)Tujuannya ialah untuk membantu para penonton untuk mengvisualasikan tempat yang ingin mereka paparkan itu.


Gemuk Girls merupakan sebuah pementasan yang amat menarik walaupun ia agak mengelirukan.Pada pendapat saya isu-isu yang diketengahkan lebih ditumpukan pada kami rakyat Singapura seperti percakapan "Singlish" dan politik.Ia juga ada mengetengahkan masalah keluarga. Ini memanglah ada kena mengena dengan masalah-masalah yang dihadapi kita pada zaman sekarang.Permentasan ini dapat membuka mata masyarakat dengan masalah-masalah yang membelenggu kami sekarang. Tetapi permentasan ini tidak mungkin berjaya tanpa pelakon pelakon yang sangat handal.Saya berasa sangat kagum dengan pelakonan mereka.Syabas pada pelakon-pelakon Gemuk Girls.Jika diberi peluang memnglah saya ingin melihat permentasan seperti ini lagi.Secara keseluruhan saya terhibur dengan drama ini walaupun saya tidak begitu faham.

Anonymous said...

Setelah menonton pementasan Gemuk Girls, saya telah memerhatikan bahawa pementasan ini bukan hanya menghala ke satu topik, tetapi ia juga mengadungi isu-isu lain yang tersirat di dalam setiap aksi yang mereka (pelakon) lakukan. Jika penonton tidak menangkap makna yang tersirat dengan pantas, senang untuk mereka keliru tentang jalan cerita Gemuk Girls. Pementasan ini juga menarik kerana ia satu pementasan yang luar biasa. Selain daripada pentas aneh
ataupun papan kayu,
bahasa yang digunakan agak kasar. Cerita Gemuk Girls ini cerita yang memerlukan setiap penonton untuk berfikir pada setiap babak. Pada pendapat saya, makna dan isu-isu yang tersirat di dalam cerita itu membuat pementasan itu sangat baik.

1)Kartini memakai topi seperti itu untuk menunjukkan statusnya itu. Mungkin, pada masa dahulu, pakaian mereka sangat penting untuk membezakan orang yang sederhana dengan orang yang kaya. Dia tidak memakai tudung mungkin kerana pengetahuannya tentang agama Islam agak cetek dan dia tidak bangga untuk menjadi seorang Islam.

2)Mengira hingga seratus agak lama dan dalam jangka masa yang lama itu, ayah Kartini cuba untuk menyelamatkan dirinya dari masalah itu dan dia tidak mahu anaknya tahu tentang kisah sebenarnya.

3)Karpet hijau itu melambangkan rumput. Ia dibentang di merata pentas untuk menunjukkan mereka di luar rumah, ataupun rumput yang ditanam Kartini akhirnya berjaya untuk hidup selama bertahun-tahun sejak dia mula hobinya itu.

4)Video gambar semut dipilih kerana semut bekerja keras, sama seperti Juliana, yakin dan bekeja keras untuk mendapatkan keadilan untuk datuknya.

5)Setelah Juliana semakin tua, dia mempelajari, memahami dan mempercayai agama Islam dengan lebih dalam. Oleh kerana itu, Juliana mula memakai pakaian yang lebih sopan dan pakaian yang tidak menjolok mata.

6)Pengarah membuat begitu supaya setiap papan kayu boleh melambangkan tempat, masa dan babak yang baru ataupun berlainan.


Muhammad Yassar Bin Zainal