of lokie and more...

of lokie and more...

Sunday, January 25, 2009

Buat projek SPICE BAZAAR

Rempah ialah bahan perisa makanan yg terdiri daripada kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, dan lain-lain. Ia kadangkala juga digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan bakteria.
Kebanyakan bahan ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik, pewangi atau dimakan sebagai sayuran.

Tugas anda buat kali ini...

Mencari remedi ataupun kegunaan rempah ratus dalam
1.PERUBATAN
2. KECANTIKAN (kosmetik) / KESIHATAN
3. MEMBERSIHKAN PERALATAN RUMAH

Anda diminta mencari SEKURANG-KURANGNYA 15 remedi / kegunaan (kalau lebih lagi baik!) dan mengemelkannya kepada lokhmanharis@gmail.com.
Tugasan ini haruslah dilaksanakan selewat-lewatnya pada hari Selasa, tanggal
27 Januari 2009, jam 11.59 malam.

Jikalau anda berminat inilah diantara lelaman web yang boleh anda terokai...

http://www.pickles-and-spices.com/household-tips-using-spices.html
http://www.herbalremediesinfo.com/best-herbal-remedies.html
http://www.asianonlinerecipes.com/herbs-health/cardamom.php

SeLAMAT MeNCUBA!!!

Friday, January 23, 2009

Musim ini...



Wahai peminatku sekalian...

Sempena musim perayaan ini, inginku ucapkan SELAMAT BERISTIREHAT!

Jangan lupa akan pelajaran dan tugasan yang telah diamanahkan kepada semua!!!

Sunday, January 11, 2009

Adakah ini REALITI?



Adakah ini cerminan realiti?

Fikirkanlah...

Terokai dan kupas tentang kisah ini di...

http://english.aljazeera.net/focus/war_on_gaza/

Semoga Insan yang tidak berdosa diselamatkan daripada cengkaman SI JAHIL...

Semoga SI JAHIL diberikan hidayah dan petunjuk untuk berubah dan berkiblat ke arah yang benar...

Insyallah

BON VOYAGE!




Selamat jalan diucapkan buat pelajar sekalian...

Mengapa BON VOYAGE ataupun ucapan selamat jalan?

Hhhmmm... janganlah keliru.. jangan bermanggu...

Kerana sememangnya kita bersama-sama akan melayari kehidupan yang baru pada tahun 2009 ini.

Seolah-olah ianya sudah menjadi suatu cliche, kehidupan ini terlalu sering diibaratkan sebagai sebuah pelayaran. Di mana kadangkalanya begitu tenang dan tenteram, aman damai, makmur bahagia, jauh daripada keperitan, penuh dengan cucuran rahmat dan kesyukuran.

Namun, kadangkala pula, ianya bergelombang, berkecamuk, bergelumang dengan pelbagai onak duri ranjau yang mencabar segala ketabahan, kekukuhan, kesabaran dan keimanan seorang insan yang lemah.

Oleh itu, ingin hamba di sini sekali lagi mengunjukkan ucapan selamat buat semua pelajarku yang tersayang. Semoga pelayaran di dalam kehidupan baru ini akan membawa pengertian bermakna kepada semua dan ianya akan membesarkan dan mematangkan kita.

Insyallah...