of lokie and more...

of lokie and more...

Sunday, January 11, 2009

BON VOYAGE!




Selamat jalan diucapkan buat pelajar sekalian...

Mengapa BON VOYAGE ataupun ucapan selamat jalan?

Hhhmmm... janganlah keliru.. jangan bermanggu...

Kerana sememangnya kita bersama-sama akan melayari kehidupan yang baru pada tahun 2009 ini.

Seolah-olah ianya sudah menjadi suatu cliche, kehidupan ini terlalu sering diibaratkan sebagai sebuah pelayaran. Di mana kadangkalanya begitu tenang dan tenteram, aman damai, makmur bahagia, jauh daripada keperitan, penuh dengan cucuran rahmat dan kesyukuran.

Namun, kadangkala pula, ianya bergelombang, berkecamuk, bergelumang dengan pelbagai onak duri ranjau yang mencabar segala ketabahan, kekukuhan, kesabaran dan keimanan seorang insan yang lemah.

Oleh itu, ingin hamba di sini sekali lagi mengunjukkan ucapan selamat buat semua pelajarku yang tersayang. Semoga pelayaran di dalam kehidupan baru ini akan membawa pengertian bermakna kepada semua dan ianya akan membesarkan dan mematangkan kita.

Insyallah...

No comments: