of lokie and more...

of lokie and more...

Tuesday, July 19, 2011

Fikirkanlah...




Apakah punca or sebabnya para remaja pada hari ini kurang meminati Bahasa Melayu?
Renungkahlah...

16 comments:

Nurul Atiqah said...

Pada pendapat saya, kebanyakkan remaja kurang meminati bahasa melayu kerana terdapat banyak pengaruh seperti pihak media dan sebagainya. Pihak media kerap menggunakan bahasa inggeris untuk berkommunicasi. Remaja kurang minati bahasa melayu kerana selalunya kelas bahasa melayu yang diadakan di sekolah dianggap membosankan. Bagi saya, bahasa melayu ialah mata pelajaran yang hanya bergantung kepada pengetahuan am sahaja. Bahasa melayu berlainan di bandingkan dengan mata pelajaran yang lain yang memerlukan para pelajar untuk menghafal fakta-fakta dan sebagainya. Adakala, para remaja malu bertutur dalam bahasa melayu. Selalunya, masyarakat melayu dikaitkan dengan jenayah, masalah sosial, keciciran dari sekolah dan penceraian. Para remaja yang mempunyai pemikiran sebegini takut jikalau mereka dipandang rendah oleh remaja yang berbangsa lain. Sebenarnya, zaman sekarang ramai orang melayu yang telah berjaya dan tidak dikaitkan lagi dengan masalah-masalah sosial dan jenayah. Ramai para remaja juga tidak meminati bahasa melayu kerana mereka rasakan bahawa mereka lebih fasih dalam bahasa inggeris daripada bahasa melayu. Tetapi, kebanyakkan daripada mereka yang lebih cemerlang dalam bahasa melayu daripada bahasa inggeris dalam peperiksaan mereka. Bagi saya, kelas bahasa melayu yang menarik harus mengadakan kelas diluar bilik darjah untuk mengajar murid-murid bahasa dan budaya melayu. Dengan cara ini, murid-murid dapat bergerak sambil belajar. Selalunya, murid-murid harus duduk di bilk darjah dan membuat latihan semasa kelas bahasa melayu. Cara ini boleh membosankan murid-murid.
(215 perkataan)

muhd syafiq said...

Bahasa melayu tidak diminati oleh remaja sekarang kerana mereka menganggap bahasa itu seperti bosan dan tidak penting. fikiran itu harus ditukar kerana kami tidak boleh lupakan asal usul kita,bahas yang digunakan oleh nenek moyang kita. Jika kita tidak mengambil berat tentang bahasa kita, bahasa melayu akan hilang. Mereka sepatutnya bangga dan gunakan bahasa itu tetapi ada di kalangan remaja melayu berasa malu apabila menggunakan bahasa melayu kerana menganggapnya seperti bahasa "low-class". Bagi saya, saya bangga dengan kecantikan bahasa melayu dan tidak kisah untuk menggunakannya selalu. Saya akan menantikan kelas melayu kerana kelas melayu tidak bosan bagi saya.Saya akan memberi perhatian kepada pengajaran yang diajar dengan cara interaktif dan motivasi untuk berjaya juga menjadi pendorong untuk berjaya dalam hidup dan membangkitkan nama baik melayu di Singapura. woohoo^^

FIRST~

Seha Mohamad Nor said...

Pada pendapat saya, para remaja pada hari ini kurang meminati Bahasa Melayu kerana mereka sudah terbiasa bertutur dalam bahasa Inggris sejak kecil lagi ; dari sekolah tadika ke sekolah rendah dan menengah, sehinggalah mereka masuk universiti. Bahasa Inggris merupakan bahasa utama di negara Singapura ini. Tidak hairanlah jikalau sesetengah daripada pelajar-pelajar melayu zaman sekarang lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggris dan tidak meminati bahasa melayu. Selain daripada itu, filem-filem hollywood yang sudah semakin popular ini juga telah banyak mempengaruh cara pelajar melayu sekarang berfikir. Ramai para pelajar yang ingin mengikut trend terkini dan mereka rasa amat "kental" apabila mereka bercakap dalam bahasa melayu. Ramai pelajar melayu juga malu ingin bertutur dalam bahasa melayu. Bagi mereka, bahasa melayu sudah purba dan tidak penting untuk dipelajari kerana dunia sudah bergerak maju dan suatu hari nanti, kita tidak perlukan bahasa melayu untuk berkomunikasi dengan orang lain. Saya rasa kita, sebagai orang melayu, tidak sepatutnya berfikiran seperti ini. Bahasa melayu itu adalah bahasa ibunda kita dan patut dibanggakan oleh setiap orang yang berbangsa melayu.

Muhd Rafiqi said...

Saya sebenarnya suka bahasa melayu sebagaimana saya suka bahasa Inggeris. Saya suka kedua-duanya kerana setiap bahasa mempunyai keunikan and keistimewaannya sendiri. Saya sukakan bahasa melayu kerana ia merupakan salah satu mata pelajaran yang boleh mendapat markah yang lebih bagus berbandingkan dengan subjek lain. Ia juga senang difahami kerana saya dibesarkan di dalam keluarga yang bertutur di dalam bahasa melayu sejak saya kecil lagi. Tetapi, ia juga sering susah bagi saya kerana terdapat perkataan-perkataan, frasa-frasa dan juga peribahasa-peribahasa yang tidak pernah saya lihat atau dengar. Ia juga mempunyai puisi dan sajak yang menarik tetapi kadangkala memerlukan pemahaman yang lebih mendalam.

Saya rasakan remaja pada hari ini tidak sukakan bahasa melayu kerana mereka menganggap bahawa ia merupakan bahasa yang "low-class". Mereka juga kemungkinan malu berbangsa melayu kerana melayu selalu dikaitkan dengan pengambilan dadah, pembunuhan, penciciran, kegiatian samseng, pengangguran dan sebagainya. Tetapi itu semua hanya tanggapan mereka. Terdapat ramai orang melayu yang telah berjaya pada hari ini.

Bagi saya, saya sukakan kelas bahasa melayu jikalau cikgu itu menyeronokkan, menarik dan mengunakan kaedah pengajaran yang berbeza selain daripada hanya melakukan latihan di dalam buku kerja. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti ataupun memberikan pengalaman untuk beberapa perkara.

Nurul Asilah said...

Pada pendapat saya,para remaja tidak meminati bahasa Melayu kerana mereka banyak berbahasa Inggeris.Ada para remaja juga rasa malu untuk berbual dengan mengunakan bahasa Melayu dan kebanyakannya beranggapan bahasa Melayu membosankan dan tiada 'class'.Di sekolah pula keseemua mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris.Oleh itu para pelajar perlu banyak bertutur,menulis dan membuat semua kerja-kerja rumah serta latihan yang diberi dalam bahasa Inggeris.Mereka perlu banyak mengunakan bahasa Inggeris untuk mengukuhkan penggunaan bahasa Inggeris.Mereka juga rasa seperti guru-guru yang mengajar mereka bahasa Melayu membosankan kerana guru-guru itu selalu membuat routin yang sama dan mereka rasa yang ini tidak menolong mereka.Bagi saya,bahasa Melayu tidak membosankan dan saya lebih suka bahasa Melayu daripada bahasa Inggeris kerana bahasa Melayu adalah bahasa ibunda kita.Bahasa Melayu juga lebih senang bagi saya dan tidak begitu susah daripada subjek lain seperti bahasa Inggeris atau Mathematik.(150 patah perkataan)

Nur'Iffah Zakiah said...

Pada pendapat saya,para remaja hari ini kurang meminati bahasa Melayu kerana mereka terlalu menggunakan bahasa Inggeris dalam percakapan harian.Ramai berfikir bahawa bahasa ibunda mereka tidak penting kerana di sekolah mereka,kebanyakkan mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris.Tetapi,saya tidak setuju dengan kata-kata tersebut.Bagi saya,bahasa melayu amat penting apatah lagi kita ini orang melayu.Kita tidak patut benci bahasa ibunda kami dan juga tidak patut berasa malu apabila menggunakan bahasa tersebut.Ini boleh merosakkan nama baik orang Melayu.Mungkin mereka berasa begitu kerana terlalu terpengaruh dengan idola-idola mereka seperti pelakon dan penyanyi.Saya perhatikan bahawa penyanyi atau pelakon kegemaran mereka kebanyakkan dari barat.Mereka juga fikir bahawa bahasa tersebut susah untuk difahami.Ada yang mengterjemahkan bahasa Inggeris terus ke bahasa Melayu.Perbuatan ini memang salah kerana tiap bahasa ada susunan tatabahasa mereka sendiri.Kami harus cuba segala upaya untuk mencintai bahasa ibunda kami dan sentiasa menyokong bahasa dan budaya Melayu. Sebenarnya,guru bahasa Melayu juga memainkan peranan.Mereka harus cuba menggunakan teknik pengajaran yang lebih menarik supaya para remaja tidak cepat bosan. :)

Natasha Amaleen said...

Pada pendapat saya, mungkin remaja pada hari ini kurang meminati bahasa melayu ialah kerana mereka terlalu biasa dengan menggunakan bahasa Inggeris di dalam kelas lain. Mungkin juga mereka bergaul dengan kawan-kawan mereka yang berbangsa Cina dan mereka harus berinteraksi dengan menggunakan bahasa Inggeris. Mungkin juga, remaja-remaja Melayu menganggap bahawa bahasa Melayu tidak penting di dalam hidup mereka dan jikalau mereka bertutur dalam bahasa Melayu, ia amat 'tak cool'. Lagi satu sebab ialah mungkin kelas bahasa Melayu amat membosankan. Mungkin setiap hari, mereka harus membuat aktiviti yang sama setiap hari, iaitu membuat kertas latihan. Ia amat membosankan jikalau saya disuruh membuat kertas latihan setiap hari. Adakala juga, masalah ini ialah guru. Mungkin guru terlalu garang? Atau gurunya amat membosankan sehingga para pelajar boleh tertidur di dalam kelas? Walaubagaimanapun, kita tidak harus menganggap ini sebagai alasan untuk tidak menggunakan bahasa melayu. Bahasa melayu ialah bahasi kami dan ia amat penting dalam hidup kami.

:)

Zakirah said...

Pada pendapat saya, kebanyakkan remaja-remaja zaman kini, kurang meminati bahasa melayu kerana mereka menggangap bahasa melayu sebagai bahasa yang tidak penting untuk mereka atau kerana bahasa melayu sering dikaitkan dengan perkara yang buruk. Bahasa melayu merupakan bahasa ibunda kami tetapi remaja-remaja kini merasakan ia tidak penting, lebih lagi kerana kita diajar untuk bertutur dalam bahasa inggeris sejak usia yang kecil.
Guru bahasa melayu juga memainkan peranan yang besar bagi memupuk rasa minat dalam bahasa dan budaya melayu dalam para pelajar. Jikalau kelas bahasa melayu menarik dan cara atau teknik mengajar luarbiasa para pelajar akan merasakan bahawa bahasa melayu unik dan bukan bahasa yang tidak penting. Bahasa melayu juga merupakan subjek yang ramai boleh mendapat markah yang tinggi kerana kita terbiasa dengan penulisan dan perbualan bahasa melayu.
Bahasa melayu yang sering dikaitkan dengan perkara yang buruk juga membuat remaja-remaja merasakan malu untuk menggunakan kerana dipandang seperti sampah masyarakat. Walaupun perkara-perkara ini tidak melibat melayu sahaja dan terjadi pada masa yang lalu, ramai yang mempunyai fikiran negatif ini. Pada masa sekarang, melayu semakin maju dan terdapat lebih lagi yang cemerlang dan berjaya.
Saya rasa pemikiran remaja zaman kini harus ditukar supaya bahasa melayu tidak akan hilang atau diperkecilkan oleh bangsa lain. Kita sepatutnya bangga dengan bahasa melayu kerana ia bahasa ibunda kami.

Saifudin Ali said...

Pada pendapat saya, remaja-remaja masa kini kurang meminati bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Melayu kerana ia dikatakan tidak seiras dengan kemajuan dalam masa ini. Bahasa Melayu sering dikaitkan dengan
bahasa yang tidak 'hip' dan bahasa yang sudah tua. Bertutur dalam Bahasa Melayu juga membuat mereka berasa bermartabat rendah jikalau dibandingkan dengan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ini berlaku kerana pandangan mereka terhadap masyarakat Melayu kini. Masyarakat Melayu pada masa kini penuh dibelenggui dengan masalah-masalah daripada masalah kewangan ataupun penceraian. Disebabkan masalah-masalah tersebut, remaja-remaja kini akan bertutur dalam Bahasa Inggeris supaya mereka tidak akan berasa malu. Dengan bertutur dalam Bahasa Inggeris ataupun bahasa-bahasa yang lain, remaja-remaja anggap bahawa mereka tidak akan dipandang rendah oleh rakan rakan mereka. Malah, ia menunjukkan beberapa kurangnya kebanggaan mereka terhadap bahasa ibunda mereka. Selain dari perkara itu, para remaja juga menganggap Bahasa Melayu tidak penting pada masa kini. Sebagai contoh, bahasa yang para remaja sering membaca ialah Inggeris. Dimana-mana terdapat Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Disebabkan perkara itu, para remaja menganggap bahawa Bahasa Melayu tidak ada tempat lagi di dalam dunia yang sudah maju jauh ini. Para guru juga sepatutnya memberi lebih tumpuan terhadap bahasa ibunda para pelajar dan juga memberi lebih galakkan kepada para pelajar. Melalui ini, Bahasa Melayu dapat mengukuhkan posisinya sebagai satu-satunya bahasa yang terindah di dalam dunia ini

Aiman said...

Saya rasa ada banyak alasan mengapa ramai remaja pada era ini tidak berminat bertutur dalam bahasa melayu. Pertama, mereka rasa bahawa bertutur dalam bahasa melayu membutakan mereka dipandang rendah di tempat awam atau di mana mana pun. Malah mereka lebih berminat bertutur dalam bahasa ingeris kerana mereka rasa bahawa Bahasa Ingeris mereka lebih bagus daripada Bahasa Ibunda. Pada pendapat saya, ini tidak betul kerana kebanyakan pelajar medapat markah yang lebih bagus dalam peperirksaan melayu berbanding daripada bahasa Ingerirs. Saya juga rasa bahawa Ingeris penting di dalam sekolah kerana jika kita gagal dalam bahasa ingeris maka kita akan gagal semua mata pelajaran kita tetapi ini tidak boleh dijadiakan alasan untuk kita bertutur dalam bahasa Ingeris. Jika kita tidak bahasa Melayu akan pupus pada suatu masa. Selain itu, melayu asik dikayitkan dengan perbuatan yang tidak elok. Sebagai contoh, melayu sering megambil dada,mendera, mencuri dan lain-lain lagi. Oleh itu, masayarakat melayu amat malu untuk menggunakan bahasa melayu.

Shakir Bin Saifuddin said...

Saya rasa sebab mengapa para remaja pada hari ini kurang meminati Bahasa Melayu kerana mereka menganggap Bahasa Melayu sebagai "low-class". Mereka berfikiran bahawa bahasa melayu memalukan diri seseorang kerana bahasa melayu, dahulu, dihubungkan dengan perkara yang buruk seperti jenayah, dadah(subuteks), perciciran sekolah dan perceraian. Pada zaman ini, ramai orang melayu telah maju dan berjaya. Kaum melayu juga sudah kurang ditangkap melakukan perkara buruk. Saya rasa ini adalah satu sebabnya.

Para remaja sekarang juga berkata bahawa kelas bahasa melayu tidak seronok seperti kelas lain. Ini mungkin kerana pelajar itu suda menetapkan fikiran bahawa kelas melayu bosan. Salah satu sebab juga mungkin mereka memilih sekolah yang tidak begitu baik. Remaja sekarang juga berkata bahawa mereka lebih fasir bertutur bahasa inggeris kerena mereka telah diajar dalam bahasa inggeris sejak kecil lagi. Seperti dibincangkan tadi, jika kita dibandingkan dengan orang putih asli, mereka tidak akan faham inggeris kita.Ini menunjukkan bahawa kita tidak fasir bertutur bahasa inggeris. Saya rasa, kita harus kenali bahasa ibunda kita dan kita harus mencintanya. Bagi saya, saya suka kedua-dua bahasa ibunda saya, Thai dan juga Melayu.

-S.B.S

suzairi said...

Pada pendapat saya, saya rasakan remaja melayu harus meminati bahasa melayu kerana mereka akan mengingati bahasa ibunda mereka. Jika mereka selalu menggunakan bahasa inggeris dalam perbualan mereka, mereka tidak akan fasih dalam bahasa melayu lalu mereka tidak akan rasa senang membicara dalam bahasa ibunda mereka dengan bangsanya sendiri.

seterusnya, mereka telah mempelajari bahasa inggeris dari kecil lagi di tadika. mungkin sebab itu mereka menyukai bahasa inggeris daripada bahasa melayu. tetapi mereka harus menetapkan minda mereka untuk menyukai bahasa ibundanya kerana mereka sekurang-kurangnya harus mengetahui bahasa bangsanya...

Nur Hidayah said...

Pada pendapat saya, tidak ramai pelajar suka bertutur di dalam bahasa melayu kerana mereka lebih selesa bercakap di dalam bahasa Inggeris. Ia juga bahasa utama di Singapura kerana semua orang faham apa yang hendak di sampaikan. Pelajar - pelajar juga lebih senang berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris kerana kami hidup di dalam negera yang berbagai bangsa dan media di Singapura juga mempertengahkan bahasa Inggeris daripada bahasa - bahasa lain. Dalam zaman ini, lebih banyak lagu Inggeris telah dikeluarkan dan remaja - remaja baya saya lebih sukakan lagu Inggeris dan lagu Korean kerana ia sudah menjadi satu trend. Reaksi mereka apabila mendengar lagu Melayu, mereka akan memikirkan bahawa artis Melayu hendak menjadi seperti artis Inggeris dengan lagu mereka yang rancak dan mereka tidak memahami lirik lagu Melayu.

Bagi saya pula, saya cinta bahasa ibonda saya kerana saya lebih fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Ia juga lebih senang untuk saya faham dan saya sudah biasa berbicara dalam bahasa Melayu dengan keluarga dan kawan - kawan saya juga. Kadangkala, saya berbual dalam bahasa Inggeris terlalu banyak hingga rakan saya dari bangsa lain juga memahami apa yang saya ingin mengsampaikan. Pada pendapat saya, lagu - lagu Melayu sama seperti lagu Inggeris. Ia hanya bahasa yang ditukarkan. Lagu melayu juga lebih emosi dan bermakna. Lagu yang saya amat suka ialah: Superman - Lucky Laki, Matahariku - Agnes Monica dan juga Terlalu Cinta - Rossa.

Nur Hidayah said...

Pada pendapat saya, tidak ramai pelajar suka bertutur di dalam bahasa melayu kerana mereka lebih selesa bercakap di dalam bahasa Inggeris. Ia juga bahasa utama di Singapura kerana semua orang faham apa yang hendak di sampaikan. Pelajar - pelajar juga lebih senang berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris kerana kami hidup di dalam negera yang berbagai bangsa dan media di Singapura juga mempertengahkan bahasa Inggeris daripada bahasa - bahasa lain. Dalam zaman ini, lebih banyak lagu Inggeris telah dikeluarkan dan remaja - remaja baya saya lebih sukakan lagu Inggeris dan lagu Korean kerana ia sudah menjadi satu trend. Reaksi mereka apabila mendengar lagu Melayu, mereka akan memikirkan bahawa artis Melayu hendak menjadi seperti artis Inggeris dengan lagu mereka yang rancak dan mereka tidak memahami lirik lagu Melayu.

Bagi saya pula, saya cinta bahasa ibonda saya kerana saya lebih fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Ia juga lebih senang untuk saya faham dan saya sudah biasa berbicara dalam bahasa Melayu dengan keluarga dan kawan - kawan saya juga. Kadangkala, saya berbual dalam bahasa Inggeris terlalu banyak hingga rakan saya dari bangsa lain juga memahami apa yang saya ingin mengsampaikan. Pada pendapat saya, lagu - lagu Melayu sama seperti lagu Inggeris. Ia hanya bahasa yang ditukarkan. Lagu melayu juga lebih emosi dan bermakna. Lagu yang saya amat suka ialah: Superman - Lucky Laki, Matahariku - Agnes Monica dan juga Terlalu Cinta - Rossa.

Nada Nabiilah said...

Pada pendapat saya, mereka sudah terlalu biasa bertutur dalam Bahasa Inggeris
setiap hari. Remaja-remaja pada hari ini kurang meminati bahasa melayu kerana mereka
sudah dipengaruhi oleh kaum masyarakat Amerika dan British. Mereka telah dipengaruhi
dengan budaya mereka seperti pakaian, makanan, lagu dah banyak lagi. Justure, ini
menggalakkan mereka untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lebih kerap lagi daripada
bahasa Melayu. Remaja pada hari ini pula sudah tidak tahu banyak tentang
budaya mereka. Ramai yang masih keliru dengan budaya melayu kami. Mereka sudah terlalu biasa dengan
budaya Inggeris sehingga mereka sudah tidak mengendahkan tentang bahasa Melayu. Mereka
juga berasa malu menjadi seorang melayu kerana masyarakat melayu pada hari ini dipandang rendah
oleh masyarakat yang lain. Masyarakat melayu telah banyak membuat masalah untuk Singapura seperti,
pergaduhan di antara geng, samseng-samseng dan banyak lagi. Namun, hal-hal sebegini semakin kurang.
Fikiran minda masyarakat tentang budaya melayu sudah terguris yang kami sudah tidak hebat lagi.
Dan itulah yang menyebabkan remaja-remaja melayu malu kerana takut dicaci and dipandang rendah
oleh masyarakat. Mereka juga menganggap yang bahasa Inggeris itu sangat hebat dan sesiapa yang mampu
bertutur dalam bahasa Inggeris dengan bagus adalah hebat.

Lokhman Haris said...

Sila jenguk sebentar ke lelaman blog Mat Melayu ini dan baca rintihan hatinya. Boleh tahan juga penulisan Mat ini...


http://amiowgilew.blogspot.com/2011/02/melayu.html