of lokie and more...

of lokie and more...

Wednesday, August 17, 2011

Jeritan Si Anak Afrika - 1E/NA



Di bulan Ramadhan ini, kita hanya berpuasa, berlapar dahaga buat seketika. Namun, kebanyakan daripada kita yang mengeluh panjang. Pernahkah kita merenung sejenak dan memikirkan tentang nasib mereka yang terpaksa berpuasa tanpa kesudahan akibat kemiskinan? Bayangkan kamu seorang kanak-kanak di SOMALIA, AFRIKA yang sedang hidup dalam suasana kebuluran. Tuliskan sebuah renungan untuk meluahkan perasaan, pandangan dan harapan kamu di ruang ini dengan menggunakan tidak kurang daripada 150 patah perkataan.

11 comments:

Kamil Gimik said...

Orang miskin di Afrika dan Somalia tiada kesudahan kepada puasanya tetapi kita bernasib baik kerana berpuasa sebulan sahaja dan bila kita buka,kita dapat bermakan makanan lazat yang telah disiapkan.Saya berasa kasihan dan simpati kepada mereka kerana tidak bersyukur macam saya.Mereka tidak boleh berbuka dan puasanya tidak habis.Kita semua patut berasa bersyukur kerana selalu ada makan dan minum yang sudah disiapkan oleh ibu bila tiba masa berbuka.Untuk menolong mereka, kita boleh sedekah dan walaupun duit yang disedekah tidak ke orang miskin Afrika, ia juga akan menolong orang miskin yang lain dan kita juga mendapat pahala.Saya berharap bahawa semua orang akan bersetuju dengan saya dan bersama, akan bersedekah ke masjid atau tempat lain.Dengan melakukan perkara ini, beliau akan mendapat pahala dan pasti akan berasa lebih tenang kerana tahu kita menolong orang dari kebuluran walaupun sedikit.Ini ialah apa saya rasa,saya harap semua bersetuju.;)

Flawless Firzan said...

Saya berasa sangat bersyukur kerana kita hanya puasa sebulan. Orang - orang di Afrika tiada kesudahan kepada puasa mereka. Saya berasa sedih terhadap orng - orang di Afrika kerana mereka tidak ada makanan yang mengenangkan. Kita pula ada makanan yang lazat dan enak yang kita dapat makan untuk berbuka. apabila kita berpuasa, saya rasa puasa kita jauh lagi berbeza daripada puasa mereka yang tidak ada kehabisan. Pada pendapat saya, kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada. Apa kita ada, berbanding dengan apa orang - orang di Afrika ada, jauh bezanya. Kita harus menghargai makanan - makanan kita dan cuba untuk menjauhkan diri daripada membazir makanan. Saya rasa juga yang kita harus menderma kepada yang susah.

Fatimah Zailudin said...

Saya berasa bersyukur kerana saya hanya harus puasa untuk satu bulan. Di Singapura, bila hari-hari yang biasa, saya dapat makan apa-apa saya nampak seperti coklat dan gula-gula. Tetapi, di Somalia, saya tidak boleh makan makanan seperti Nasi Lemak dan gula-gula bila-bila masa saya mahu.Saya perlu berjalan kaki untuk jarak yang panjang sekali untuk megambil bahan-bahan makanan seperti Nasi. Kami, sebagai orang-orang yang boleh makan pada bila-bila masa kita mahu, harus membantu orang-orang yang memerlukan seperti yang tinggal di Somalia dengan ikhlas. Kami juga akan mendapat pahala. Saya berharap semua orang akan menderma dan membantu golongan yang memerlukan dan sentiasa akan bersyukur atas apa yang telah kita dan berfikir tentang orang-orang yang tidak mendapatkan hal-hal seperti yang kita lakukan. Ini adalah apa yang saya benar-benar merasa tentang orang-orang yang memerlukan di Somalia, Afrika dan saya Berharap semua orang yang dapat benda-benda yang kami hendak termasuk saya dapat menderma kepada orang-orang ini.

Zik123 said...

Kita mesti berasa sukur kerana kita hanya berpuasa sebulan sahaja. Ramai orang di Afrika tiada kesudahan terhadap puasa mereka. Mereka mesti mencari makan dan minum untuk keluarga mereka. Kita juga mesti berasa syukur kerana kita dapat makan semasa hendak berbuka puasa dan mendapat makanan yang lazat. Kalau kita seperti mereka di Afrika, kita akan berasa lapar dan hendak mencari makanan untuk keluarga. Kita haru bersyukur apa yang kita ada. Apa yang kita ada, berbeza dengan orang Afrika. Pada pendapat saya, kita harus menolong untuk mengelakkan daripada membazir makanan dan minuman. Saya rasa kita harus menderma wang kepada orang yang di dalam kesusahan supaya kita mendapat pahala yang banyak.

Siti Nur 'Aferra :) said...

Memanglah jika kita berbandingkan puasa kita yang hanya sebulan dengan kanak-kanak di Somalia, Afrika yang berpuasa tanpa kesudahan akibat kemiskinan, kami lebih bertuah. Kami boleh makan makanan yang enak bila-bila masa kami mahu tetapi, kita tidak pernah memikirkan apa yang orang-orang di Somalia boleh memenuhi perut mereka yang kebuluran. Nasib mereka agak buruk kerana jika mereka mahu makan, mereka harus berjalan jarak yang agak jauh untuk mendapatkan bahan-bahannya. Tetapi, jika mereka benar-benar miskin, harapan mereka untuk makan setiap hari tidak menjadi realiti. Saya rasa kami yang sungguh bertuah, haruslah ikhlas menderma barang-barang yang perlu kepada golongan miskin di Afrika. Jikakalau saya seorang kanak dari Somalia, saya betul-betul tidak mahu hidup di dalam merana. Saya berasa amat kasihan dan sedih untuk golongan yang berkurang nasib baik. Jadi, haruslah kita menolong mereka sedaya-upaya. Dengan itu, kami boleh menolong kanak-kanak daripada menemui ajal. Saya amat berharap yang kanak-kanak di sana boleh hidup bahagia seperti kami.

Firzanah :> said...

Saya kesiankan orang-orang di Afrika. Kita hanya puasa sebulan. Walaupun, kita hanya puasa sebulan, ada yang ngadu lapar dan haus. Kita harus bersyukur yang kita hanya puasa, satu bulan sahaja. Kita patut bersyukur atas apa yang ada, makanan dan minuman. Kita pun harus menjauhi diri daripada membazir makanan. Saya rasa, kita patut menolong orang-orang yang kebuluran dan merasakan apa yang mereka melalui. Kita harus menolong, menderma kepada orang-orang miskin dengan seikhlas hati. Saya berasa kasihan dan simpatikan orang-orang di Afrika itu :<

Omar suka ermmm tak tahu said...

Saya berasa amat syukur kerana kita di Singapura boleh dapat makanan di mana-mana untuk 24 jam sehari tidak seperti orang-orang di Somalia dan Afrika yang juga berpuasa tetapi tidak dapat berbuka puasa seperti kita. Saya berasa kasihan dan simpati kepada rakyat-rakyat di Afrika dan Somalia yang berpuasa tetapi jarang sahur. Kita menjadi tamak apabila mahu membeli makan tetapi rakyat-rakyat di Afrika dengan Somalia tidak dapat membeli makanan. Saya rasa kita boleh menolong mereka dengan menderma makanan dalam tin kerana makanan itu boleh tahan lama. Masalah bahawa rakyat Afrika dan Somalia yang kini dihadapi boleh mengajar kita untuk menghargai makanan yang kami ada sekarang. Kita tidak harus bertamak dan mula berjimat dengan makanan.

ilyas tenga minum air bandung said...

"Kasihan kepada orang-orang di situ," kata hati saya.Selepas berbuka puasa maghrib tadi, saya ternampak berbagai-bagai jenis makanan yang telah disiapkan di meja ruang tamu. Saya terfikir bagaimanakah orang-orang seperti di dalam gambar ini boleh mendapat makanan-makanan seperti ini.Saya berasa sangat kasihan dan simpati kepada mereka kerana kurang bernasib. Saya pun berasa kecewa kerana tidak semua orang di dunia ini membantu mereka. Hanya sedikit orang yang membantu mereka ini seperti memberi makanan, membuat sedekah dan bermacam-macam lagi. Saya selalu meminta dua kepada Tuhan untuk selamatkan orang-orang yang kurang bernasib ini. Saya harap krisis ini akan berhenti tidak lama lagi. Saya mempelajari yang kita sepatatnya berasa bernasib baik kerana mampu mengada televisyen, komputer yang mahal, air dan juga makanan.

Firdaus (: said...

Saya akan sentiasa menghargai kehidupan saya di negera Singapura kerana Singapura bukan negara miskin. Kami boleh berbuka puasa tepat pada waktu senja tetepi orang-orang miskin di Afrika akan berbuka puasa sehingga mereka dapat makanan. Saya berasa amat kasihan terhadap mereka kerana mereka akan merana dan boleh mati bila-bila masa kerana kelaparan. Pada pendapat saya, ramai orang Afrika akan mati kerana mereka mungkin akan berebut untuk makanan. Negara Afrika juga miskin. Cuacanya panas, tiada cukup air. Mereka juga tinggal dalam rumah-rumah yang tidak sempurna. Kita harus bersyukur kerana kita ada banyak air dan makanan. Saya berpuasa hanya beberapa jam sahaja tetapi orang-orang miskin di Afrika berpuasa sepanjang masa. Kehidupan mereka tidak akan berubah selagi pihak berkuasa di Negara itu tidak buat apa-apa. Saya selalu merungut tentang kelaparan ketika berpuasa. Saya juga tidak sabar menunggu azan Maghrib. Setelah melihat gamabar di dalam blog ini, saya sedar saya telah melakukan satu kesilapan dan saya akan sentiasa memperbaikinya.

Afiq said...

Orang-orang di Afrika yang kurang duit,makan dan tidak mempunyai rumah.Mereka bukan hanya puasa sampai waktu maghrib,tetapi mereka terpaksa tahan sampai mereka dapat makanan yang begitu susah untuk dapat.Kami orang-orang yang berhidup dengan sederhana harus bersyukur apa kita mempunyai.Mereka yang di Afrika tidak dapat makanan yang lazat atau yang bersih.Mereka hanya makan apa yang dapat dicari.Saya sangat kesian pada mereka.Kepada saya mereka itdak patut berhidup dalam keluarga yang melarat.Mungkin,mereka yang sngat cerewet harus rasa bagaimana mereka di Afrika rasa setiap hari.Kita sebagai manusia,haruslah tahu keadaan orang-orang lain yang hidup sebegini.Sedikit sebanyak saya rasa kita boleh menolong meraka bukan hanya saja duit tetapi berdoa akan mereka hidup dalam sebaik mungkin.Inilah apa saya rasa terhadap mereka yang berhidup susah.

Sheikh Omar said...

Kami semua bernasib baik kerana kita dapat makan untuk sahur dan buka walaupun kami puasa.Orang-rang di Afrika kadang-kala dapat makan.Kami semua harus berasa kasihan untuk mereka kerana mereka tidak makan untuk beberapa hari atau bulan.Di afrika.Budak-budak kecil dan orang dewasa semua mati kerana kelaparan.Ada yang kurus hingga boleh dinampak tulang-tulang mereka.Kami harus memberi makana kami yang kami tidak makan lagi kepada mereka kerana mereka akan berasa gembira untuk makan dan minum kerana makana- makanan itu boleh memberi tenaga untuk bekerja lagi.