Wednesday, August 17, 2011
Selamat Beraya! - 2E
Yehyeh... Hari raya dah nak sampai!!!
Betul betul betul kawan-kawan! Tak lama lagi!!!
Dalam keghairahan kita membuat persiapan beraya, boleh tak kalau kawan-kawan semua berkongsi sedikit tentang perasaan dan persiapan yang telah kawan-kawan lakukan sempena menjelang perayaan yang dinanti-nantikan ini? Jangan terlalu pendek ya? 150 patah perkataan memadai...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
assighment ni macam tak ada orang buat je.
renungan saya,saya rasa persiapan yang telah keluarga saya lakukan ialah buat kuih raa,beli banyak perabot baru,baju raya siang siang sudah beli. Saya rasa kami selalu mengomel tentang 'lapar','haus',''bila nak buka?' di bulan ramadan ini, tetapi bulan yang suci ini semakin pantas belalu dan sekarang sudah tinggal lebih kurang sepuluh hari lagi sahaja~ Jadi persiapan yang lagi penting adalah pergi taubat dan pergi solat terawih jika belum lagi. Saya akan rindu keberkatan bulan ramadan ini tetapi tetap ghairah menanti ketibaan aidilfitri~
BAIK AH FIRST! -SYAFIQ
Dalam kesibukkan persekolahan, saya tidak menyedari bahawa hari raya akan menjelang. Beberapa hari lagi, menjelang raya. Keluarga saya sibuk membersihkan dan menghias rumah. Saya berasa gembira kerana bulan ramadhan akan berakhir tidak lama lagi. Kami sekeluarga telah membeli perhiasan untuk rumah kami supaya ia akan kelihatan lebih menarik. Untuk persiapan hari raya, keluarga saya sibuk mengantikan langsir baru dan kami telah membeli-belah untuk membeli baju raya dan kasut yang baru. Ramai umat islam akan membeli perabot yang baru dan sibuk membuat kuih muih. Selalunya, ramai umat islam yang akan pergi ke masjid untuk beribadah di hari-hari yang terakhir bulan ramadhan yang dikenali sebagai ‘malam ganjil’. Setiap hari selepas berbuka, ramai orang melayu akan menghidupkan lampu hiasan mereka yang berwarna-warni. Saya tidak sabar untuk menyambut aidilfitri kerana kita boleh mengunjung rumah saudara saudari, berjumpa dengan sepupu, menjamu kuih muih yang disediakan dan kita dapat mengumpul duit raya! Kita juga dapat memohon kemaafan dari saudara saudari di hari raya.
Perasaan saya menjelang musim perayaan ini tidak seperti yang dilalui diri saya pada tahun-tahun yang lalu. Ia kerana bulan-bulan Ramadhan sebelum tahun ini tidak sebanyak berkat yang diberi kepada diri saya. Saya tidak melihat bulan Ramadhan sebagai sesuatu cabaran tetapi sebagai peluang yang diberi olehNya. Bagi saya, saya lebih suka mempunyai bulan Ramadhan ini pada tiap-tiap bulan disebabkan kemanfaatannya. Sesiapa yang tertinggal peluang ini pasti rugi kerana siapa tahu dia tidak dapat memelalui bulan penuh berkat ini pada tahun hadapan.
Untuk persiapan saya sekeluarga bagi Hari Raya yang akan menjelang tidak lama lagi, semuanya berjalan dengan lancar. Kami berada di dalam proses membuat kuih-kuih kami yang akan dijamah oleh tetamu pada musim perayaan. Semuanya enak-enak belaka. Tidak lama lagi kami akan bermula merapikan rumah kami supaya ia kelihatan menarik. Perkakas-perkakas yang lain semuanya sudah didapati.
Saya tidak begitu sabar untuk menyambut kedatangan Aidilfitri yang akan menjelma 8 hari lagi. Saya tetap akan rindu dengan bulan Ramadhan ini. Ia telah menjadi pengalaman yang baik bagi diri saya.
Persiapan Hari Raya slow sikit tahun ini. Maklumlah, bapa penat berkerja dan ibu pula sibuk menyiapkan makanan untuk buka. Saya dan adik-beradik pula selalu pulang lewat dari sekolah/kerja. Tidak ada waktu untuk menghiaskan rumah. Masih berselerak seperti selalu.
Tetapi, ibu baru sahaja buat biskut suji dan Coklat Cip! YUM YUM YUM! KEGEMARAN SAYA! Tetapi masih banyak lagi biskut/kuih yang harus dibuat sebelum tibanya Hari Raya. Kasihan ibu saya, harus buat dalam kuantiti yang banyak kerana ramai budak-budak yang datang ke rumah dan serang makanan-makanan yang ada, terutama sekali biskut Coklat Cip, MnN, Cornflakes dan kerepek kentang. Yang ada pula sampai minta tambah beberapa kali. Dalam hati saya, tidak tahu malu langsung.
Keluarga saya pun siang siang sudah pergi ke Geylang Serai kerana telah serik pada tahun-tahun yang lepas pergi lambat dan banyak masalah yang kita hadapi seperti kesesakan jalan-raya/lalulintas, tidak ada saiz baju yang sesuai dan sebagainya. Pergi awal juga tidak ada ramai orang di bazaar/pusat membeli-belah. Kalau pergi pada hari hari terkhir ramadan, nak jalan pun susah.
Pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan pun akan berakhir tidak lama lagi dan Hari Raya akan menjelang. Saya tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri tetapi pada masa yang sama, saya rasa macam tidak puas berpuasa...
Hari raya hampir menjelang, saya tidak perasan akan bertapa cepat bulan berpuasa telah berlalu. Saya masih ingat akan tahun-tahun saya berpuasa dan haus, lapar saya rasa. Bulan ini berlalu dengan cepat sekali kerana kesibukan sekolah tetapi kita tidak harus lupa untuk beribadah. Keluarga saya telah membersih dan mengecat rumah. Kuih muih dan kerepek-kerepek seperti kuih tart dan suji juga dipesan oleh ibu saya. Pelbagai macam kuih memenuhi meja depan. Hanya baju raya belum lengkap. Saya dan adik saya telah membeli baju kurung berwarna hitam. Dalam bulan mulia ini kita juga harus ingat untuk beribadah. Solat terawih, menderma makanan dan wang adalah beberapa cara untuk mendapat pahala. Seperti contoh, bubur masjid atau membayar zakat. Kita harus sentiasa membuat baik jika ia bulan ramadhan atau tidak. Selamat berpuasa dan beraya! :)
saya rasa, saya sekeluarga tidak membuat persiapan hari raya dengan sesunggguhnya. bermakna, kami tidak membeli banyak perabot untuk dihias,kuih-muih tidak bnyak dibeli dan kami juga tidak buat kuih raya. baju raya, tiga helai sudah dibeli sebelum tibanya bulan ramadhan.
saya berasa sangat ghairah, tidak sabar menunggukan tibanya hari lebaran. tetapi sebelum itu, saya harus bertaubat dan berdoa kepada allah s.w.t. supaya kami keluarga hapus dari dosa dan terselamat di lindungan illahi. saya juga mesti menunaikan solat fardhu dan menunaikan solat terawih. tetapi banyak yang telah saya tinggalkan kerana sibuk membuat kerja sekolah. satu lagi, saya sekeluarga hingga sekarang masih belum lagi ke bazaar geylang kerana kami tidak memerlukan barang-barang lagi untuk raya.
bulan puasa hanya tinggal beberapa hari lagi dan bula syawal,hari raya, akan tiba dengan sekelip mata. sungguh gereknya terbayangkan hari raya aidilfitri, keluar berjalan raya, mendapat duit raya. saya sungguh-sungguh berharap hari lebaran tahun ini akan tiba dengan secepat mungkin.
Tahun ini, saya tidak semangat untuk menyambut hari raya memandangkan nenek saya baru meninggal dunia tiga bulan yang lalu. Saya sekeluarga sedang sibuk mengemas barang-barang di rumah arwah nenek saya untuk dipindahkan ke rumah saya. Sebenarnya, tiada orang di keluarga saya yang semangat untuk berhari raya. Tahun ini tahun pertama yang ibu tidak jahit baju raya sendiri. Semuanya beli sahaja di Geylang. Ramadhan kali ini juga saya rasa amat sepi. Dahulunya, makcik dan pakcik saya akan ke rumah saya untuk berbuka bersama kami tetapi tahun ini, saya hanya berbuka bersama adik-adik dan ibu saya sahaja.
Perasaan saya terhadap Hari Raya tahun ini seperti tahun-tahun yang lain. Saya tidak sabar untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga dan saudara-mara saya.
Saya rasa Hari Raya dapat mengeratkan tali silaturrahim antara keluarga saya, terutamanya dengan sepupu-sepupu yang kami rapat dan juga dengan saudara-mara yang jarang kami berjumpa.
Ibu dan bapa saya amat sibuk menyiapkan rumah untuk hari raya. Bapa saya telah memasangkan langsir baru dan ibu saya pula sudah habis membuat kuih-muih. Saya pula harus menghabiskan kerja sekolah saya sebelum menolong ibu bapa.
Saya sudah pergi ke Geylang dan keadaan di situ amat sesak, tetapi amat meriah. Saya suka jikalau ada ramai orang di Geylang kerana ia menambahkan kemeriahan di tempat itu.
Lampu kelap-kelip dan radio yang memutarkan lagu hari raya telah dihidupkan, baju raya sudah siap, kuih sudah dibuat, langsir sudah dipasang, saya cuma harus menunggu Hari Raya tiba sahaja.
Saya juga tidak sabar untuk Hari Raya kerana dapat duit!(tak tahu malu :p)
Saya tidah sabar dan berasa ghairah untuk hari raya. Maklumlah, itulah masa kita boleh mendapat pendapatan lebih. Bulan Ramadhan pon menarik kerana ada DengDeng. Tak best kalau tak ade DengDeng. Bulan Ramadhan ini juga say dapat berpeluang untuk beriftar dengan kawan dan keluarga. Bazaar Geylang pon sudah banyak kali saya tawaf. Bazaar Geylang seperti biasa kecoh, sesak tapi meriah.Maklumlah Geylang sahaja tempat tempat orang melayu berkumpul tak kita tinggal di Jurong ataupn Sembawang. Mak Saya sudah beli banyak kueh raya berbagai rasa dan kueh lapis berbagai warna dan rasa. Semuanya dibeli di simpang Renggam, maklumlah barang-barang Malaysia semuanya murah tetapi Malaysia takde DengDeng. Botol air pon sudah dibeli dan juga Baju Kurung. Di dalam bulan ramadhan ini juga saya telah banyak berubah. Pertama kali say selalu pergi solat terawih. Saya ni bukanlah alim sangat. Rumah saya tidak ada perubahan. Sama sahaja. Semua malas nak mengecat rumah. Semua ade hal sendiri. Tak sabar Raya!!!
- Faiz
Persiapan buat Hari Raya yang akan menjelang tahun ini bagi keluarga saya lebih perlahan dari tahun-tahun yang lain kerana ayah saya sedang sibuk bekerja di KL selama 2 tahun dan abang saya pun sedang melalui NS. Jadi, takdalah pertolongan 'macho' di rumah saya ni. Semua perempuan, nak angkat barang pun tak kuat. Ayah dan abang saya pun jarang pulang balik ke rumah. Paling-paling, mereka pulang ke rumah pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. O.o
Ibu saya pula sedang sibuk membakar kuih tart yang ditempah oleh orang lain sampai dia harus membakar sekira-kiranya seribu keping kuih tart. Kakak saya pula, sibuk bekerja. Jadi, saya ajalah yang tinggal untuk mengemas rumah dan bilik saya sendiri. Open house pun pada hari raya yang pertama. Haiy, sempat ke kita kemas rumah? Ayah saya pun sudah tempah rempeyek and saya pasti dia akan membeli air F&N buat Hari Raya tahun ini. :P
Persiapan untuk hari raya ini sama seperti tahun-tahun lepas.Kita beli baju kurung baru,buat kuih,pasang langsir dan sebagainya.Saya paling suka bila ibu,kakak dan saya buat kuih sama-sama.Kita buat macam-macam kuih, ada kali kakak saya akan ambil resipi kuih dari belakang kotak bijiran sarapan!Agaknya dah tak de resipi lagi!Bila saya pergi ke sekolah pun ibu saya akan buat kuih tanpa tolong saya atau kakak.Sekarang juga,ibu dan kakak saya sedang membuat kuih.Sedapnya,nak makanlah.EH,Tapi puasa,mesti tahan nafsu. Keluarga saya juga membeli langsir baru tetapi belum lagi pasang.Baju kurung sudah beli satu minggu sebelum puasa.Tahun ini keluarga saya semua pakai baju kurung atau baju melayu warna biru,warna biru warna kegemaran saya.Puasa tahun ini tidak penat pun,ada kali terlupa puasa kerana saya tidak haus atau lapar.Saya rasa sungguh ghairah sangat bila tahu Hari Raya nak datang.Saya hendak jumpa sepupu-sepupu saya yang lain.Selamat Hari Raya!(Sekarang saya hendak membuat kuih dengan ibu saya.Bye!)
Perasaan saya terhadap hari Raya ini tidak sama seperti tahun lepas kerana keluarga saya belum lagi membuat kuih dan membeli barang-barang dekorasi seperti karpet, langsir, perabot dan kuih muih juga kami belum sempat beli. Selalunya kami sekeluarga pergi ke Geylang Serai untuk memborong kuih muih dan baju tetapi tahun ini semua orang dalam keluarga saya sangat sibuk dengan pekerjaan mereka. Sebagai contoh, ibu saya terpaksa menjaga bayi anak saudaranya pada tahun ini. Ayah saya sibuk mengecat rumah warna hijau kerana sudah 2 tahun kami tidak mengecat rumah jadi kami rasa ia sangat elok. Bagi keluarga saya, kami selalu megupah orang di batam untuk menjahit baju raya kami kerana dengan cara ini kami akan mendapat petak dan juga saiz yang kita inginkan. Kami hanya harus membeli kain dan warna yang kita inginkan dan memberi contoh kepada orang yang menjahit baju itu supaya dia boleh menigkuti petak yang sama. Harganya juga tidak terlalau mahal, ia amat perpatutan. Yang paling malah saya pernah upah jahit adalah 30 dollar. Setakat di sini sahaja renungan saya buat kali ini. Sekarang saya hendak membuat kerja sekolah saya yang lain.
-Aiman :)
Tidak lama lagi,Hari Raya akan datang!Memang saya telah membuat persiapan untuk hari raya yang akan menjelang ini.Saya tidak sabar untuk menyambut perayaan tersebut.Keluarga saya baru sahaja mengemas rumah,tukar langsir dan memasang lampu kelap-kelip.Saya lebih gembira melihat kuih kuih semua telah dibuat.Semuanya memang sedap!Yang buat saya amat suka akan bulan Syawal adalah duit yang akan saya dapati! :D
ALAMAK! Sudah nak raya? Saya tidak sabar untuk raya...ketupat, makanan, bunga api dan jangan lupa duit! Saya rasa gembira kerana sudah menjelang hari raya tetapi saya berasa agak penat bulan ramadhan ini kerana banyak benda di sekolah dan di atas itu juga saya mesti menolong bapa saya di bazaar, tetapi, ini semua berbaloi kerana ia hanya berlaku setahun sekali. Saya dan kelurga belum buat persiapan kerana terlalu sibuk meniaga di bazaar. Saya juga tidak sabar untuk raya kerana saya ingin berjumpa dengan saudara-mara saya..
Bulan Ramadhan ini sungguh cepat dan saya tidak berpuas berpuasa lagi...saya ingin bulan Ramadhan ini untuk berlepas dengan perlahan kerana bulan inilah bulan suci. Saya juga akan rindukan bulan Ramadhan ini kerana tidak ada lagi kelas gamelan. Saya mahu berterawikh lagi kerana saya berasa amat tenang apabila saya berterawikh...
Saya tidak membuat persiapan untuk raya kerana tidak ada masa...sudah dua tahun saya sekeluarga tidak menjemput tetamu dan kita menyewa chalet sebagai ganti...sorry kawan2 kalau tidak boleh datan rumah saya...
SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM!
Saya minta maaf atas apa-apa kesalahan saya.
Budak-budak ni semua mata suitan betul! Hanya fikirkan tentang Collection sahaja ya? Ish ish ish... teruk betul!!!
Kan ada baiknya kalau kamu semua fikirkan tentang kawan-kawan kita yang kurang bernasib baik? Yang kini dihimpit kesusahan dan kemiskinan?
Post a Comment