of lokie and more...

of lokie and more...

Tuesday, November 4, 2008

All the BEST!!!



Khas buat pelajar-pelajar 3HML, 4HML & 4E, Selamat Maju Jaya!!!
Jangan takut... Jangan Gentar... BERIKAN YG TERBAIK!!!

DRaMa aUTa



AUTA menggambarkan kemahuan manusia yang selalu tidak pernah merasa puas, inginkan apa yang tidak dapat dikecapi mereka dan juga sikap tidak tahu bersyukur dengan apa yang mereka miliki.

*ini bukanlah drama tamil atau hindustan tetapi drama melayu asli tau! Anda berminat? Sila tinggalkan nama anda di ruang komen.

Al-kisah...

apa itu AUTA?



Ada apa dengan AUTA?

19 December 2008
8pm
BLACKBOX THEATRE
TIX @ $15

Friday, October 31, 2008

GEMUK = GEMPAL = GEDEK = GEDEMPOL



Tahniah saya ucapkan kepada anda semua yang telah menyokong dan mengikut serta menonton drama GEMUK GIRLS. Saya ingin memuji anda semua atas kalakuan anda yang begitu membanggakan. Tertib dan sopan, anda semua memanglah ambassadors sekolah PRSS yang baik. SYABAS!!!

Tentang drama GEMUK GIRLS, saya memang terhibur dengan lakonan, taraf professionalisme dan kewibawaan para pelakon yang telah mendalami watak dengan begitu baik. Mereka seolah-olah wujud hanya untuk memegang watak itu.

Tentang drama GEMUK GIRLS, saya dapat perhatikan ada beberapa isu-isu dan mesej penting (samada tersurat atau tersirat) yang telah diketengahkan. Persoalan relevan... Apakan isu sebenar? Mengapakah ia diketengahkan? Apakah tujuan isu ini ditekankan? Siapakah (golongan manakah) yang telibat dalam isu ini? Adakah kaitan drama ini dengan realiti sebenar?

*jawablah…*

Tentang drama GEMUK GIRLS, pelbagai teknik drama yang telah digunakan. Antaranya ialah monologue, satire, soliloquy dan flashback. Tidak perlulah untuk anda membebankan diri dengan mengingati kesemua teknik ini. Yang lebih penting... anda telah memberikan tumpuan kepada props yang telah digunakan.

Setiap props yand digunakan memang ada maknanya. Gelaran Simbolism atau Simbolic Meaning (ataupun makna yang diberikan kepada sesuatu benda) memanglah ketara jika kita duduk dan memikirkan tentang ia.

*Simbolism = Perlambang benda untuk menimbulkan sesuatu makna
Contoh – bunga mawar melambangkan cinta, etc.

1. Mengapakah KARTINI memakai topi seperti itu? Mengapa dia tidak bertudung sahaja?
2. Mengapakah ayah Kartini menyuruhnya mengira hingga seratus? Mengapa seratus?
3. Mengapakah carpet hijau dibentang di merata pentas pada akhir drama?
Ia Melambangkan?
4. Mengapa video gambar semut dipilih di dalam salah satu babak?
Mengapa bukan anjing atau arnab?
5. Mengapa JULES (atau Juliana) mengenakan pakaian sopan menutup aurat pada akhir
drama? Sedangkan pada mulanya pakaiannya agak menjolok mata?
6. Apakah tujuan pengarah menggunakan papan-papan kayu yang boleh disorong dan
digerakkan? Melambangkan?

*jawablah…*

Tentang drama GEMUK GIRLS,apakah pandangan kamu? Suka? TIdak? Faham? Mengelirukan? Terhibur? Membosankan? Mahukah anda menonton drama atau pementasan seperti ini pada tahun hadapan? (Tuliskan renungan buat bahagian ini sebanyak 50 patah perkataan)

Para pelajar 2HML diminta menjawab soalan-soalan yang diajukan di atas dengan menggunakan kekreatifan anda. Jangan takut untuk menjawab kerana tiada jawapan yang betul ataupun salah di sini. Kesemuanya bergantung kepada pemerhatian dan pandangan setiap individu. Taipkan respons anda dan muatnaikkannya sebagai komen di blog ini.

Wednesday, October 29, 2008

Mission MONTEL-lification 2008!



BONJOUR!

PRSS
6.30pm
Bestest GARB

*************

Friday, October 24, 2008

the HOUSE OF JAMzz... (jamiyah)

Orang tua-tua kata... gambar meluahkan seribu kata, mengisahkan pelbagai cerita.


Rombongan PRSS datang bertandang


Abang-abang & Kakak-kakak Jambuz!


GUCCI's LATEST in house models! That's HOT!


Kisah 3 orang MAK DARA!


GETAI 2008? Bulan HANTU dah habiskan?


Nak panggil kakak atau AUNTIE?


Auntie PUSPA & Abang BOX!


DUIT DUIT di mana kau DUIT? 1500 DIRHAM?!


Harta Karun? SAtu untuk kau... Satu untuk aku!


ORANG KUAT PRSS- yang paling CUTE lagi MENGANCAM!!!

AL-KISAH...

Thursday, October 23, 2008

berAMAL MESRA?



Alhamdulillah ku lafazkan…

Untuk pengalaman yang telah ku raih pada hari ini. Perjalanan ke Jamiyah Children’s Home memanglah dipenuhi rahmat dan disinari pancaran baraqah.

Berbekalkan niat yang murni untuk bersedekah dan beramal mesra serta memenuhi keinginan yang mendalam untuk mengenali kanak-kanak yang kurang bernasib baik, rombongan Sekolah Menengah Pasir Ris telahpun meluangkan masa dan tenaga untuk berinteraksi dengan adik-adik Darul Ma’wa. Walaupun mungkin sumbang suara yang menyanyi, walaupun mungkin banyak ketidaksempurnaan aturcara dan kekurangan di dalam diri kami, yang pentingnya kami telah melakukannya dengan hati yang begitu ikhlas. Terhibur aku terasa sewaktu bersama adik-adik comel. Beruntung , aku sungguh.

Namun, hiba aku terasa sewaktu mengorak langkah pulang meninggalkan adik-adik yang begitu comel manja. Walaupun hanya sejenak dalam hidupku aku bersama mereka, namun kemanisan pengalaman ini telahpun meninggalkan kesan yang amat mendalam di dalam jiwaku.

Semoga Allah (swt) memberkati hidup adik-adik comel ini…

Semoga Allah (swt) membalas niat murni pelajarku sekalian yang telah membanting tulang empat kerat untuk mengumpulkan dana dan bersusah-payah menjayakan acara ini...


*Yeyeh!!! Satu lagi projek yang berjaya dijalankan buat tahun 2008!!! Semoga ianya akan diadakan lagi pada tahun hadapan & semoga lebih banyak lagi projek-projek yang lebih menarik yang dapat direalisasikan.
GEMPAQ MELAYU!!!*

Tuesday, October 21, 2008

... MENGGEMUKKAN???



YOOHOOOO!!!

Wahai pelajarku sekalian... Surat pengumuman untuk GEMUK GIRLS telahpun dicetak tetapi masih belum sempat diedarkan kerana kita belum lagi berkesempatan untuk berjumpa. Maklumlah, peperiksaan baru sahaja berlalu dan pelbagai aktiviti dan rancangan sedang dijalankan dan ini menidakbolehkan kita bersua muka. Namun, gusar jangan kerana insyaallah ianya akan disampaikan kepada anda semua tidak lama lagi. Buat masa ini, sila siapkan duit sejumlah 10 dolar untuk tiket. Sila maklum bahawa semua pelajar Menengah 2 & 3HML DIWAJIBKAN menghadiri pementasan ini kerana tugasan cuti sekolah Disember berkait rapat dengan plot dan jalan cerita drama ini.

Munculnya, 30 Oktober...

Kita akan berkumpul di perkarangan SEKOLAH MENENGAH PASIR RIS pada jam 6.30 petang dan akan menaiki bas sekolah ke BLACKBOX THEATRE di Perpustakaan Marine Parade.

Mesti pakai baju seragam sekolah ke?

Alahai... tolonglah jangan!!! Anggaplah ini sebagai suatu peluang untuk anda menggayakan dan memperagakan apa sahaja yang diingini. NAMUN BEGITU... kitakan Orang TIMUR, ada ADAB dan ADAT. Jadi, terpulanglah kepada kebijaksanaan anda untuk mempertimbangkan pakaian mana yang paling sesuai dipakai. Kalau menjolokkan mata, senang sahaja... saya akan menyediakan khidmat dandanan saya sendiri ( wah wah wah... ada bakat terpendam nampaknya?!!) dan akan menyarungkan telekung ke tubuh anda...

Jumpa nanti di sekolah!!!

Sunday, October 19, 2008

That i would be good...



That I would be good even if I did nothing
That I would be good even if I got the thumbs down
That I would be good if I got and stayed sick
That I would be good even if I gained ten pounds

That I would be fine even if I went bankrupt
That I would be good if I lost my hair and my youth
That I would be great if I was no longer queen
That I would be grand if I was not all knowing

That I would be loved even when I numb myself
That I would be good even when I am overwhelmed
That I would be loved even when I was fuming
That I would be good even if I was clingy
That I wouuld be good even if I lost sanity

That I would be good whether with or without you

Lagu ini ku tujukan khas buat buah hatiku sekalian...
Berhentilah sejenak untuk merenung dan mendalami seni kata lagu yang amat bermakna ini...

Monday, October 13, 2008

lama menghilang? Kini kembali...



Jeng jeng jeng... Sempat bergaya bersama Baby Hadif...
CHOMEL kan? ooohh... SUNGGUH!

Sunday, October 5, 2008

kenangan lebaran...

Ketibaan dan kehadiranmu membawa erti
kepada kesyukuran dan kebahagiaan...

Syukur kupanjatkan,
Doa ku pohonkan
Semoga kemanisan rahmat membelai diri...
Membelai jiwa insan murni...
Semoga Ahmad Hadif
Membesar di bawah lindungah Illahi...
Dibelai mesra dengan curahan kasih sayang yang tiada turut bandingnya...

Insyallah...


We welcome you, darling Hadif!!!


Mummy cradling dear love...


Daddy beaming with pride...


Tok girl gushing over the lil bundle of joy...


Tok boy and his prized trophy...


Uncle Lokie goes mad with ecstacy!!!

Tiada kenangan yang lebih indah selain kenangan di aidilfitri...

WE LOVE YOU, DARLING HADIF!!!!

Saturday, September 20, 2008




Salam sejahtera wahai peminatku sekalian!!!

Nampak-nampaknya, adik-adik semua kelihatan riang gembira menghitung hari menjelangnya suatu acara yang begitu gah sekali. Tersenyum-senyum ghairah ya adik-adik apabila terkenang akan kemunculan musim ini? Saya cukup faham dan mengerti apa yang dirasakan semua. Memang tidak salahnya merasakan sedemikian kerana pada suatu masa dahulu, saya juga seperti adik-adik sekalian. Macam tak sabar! EXCITED!

Dalam adik-adik sibuk mempersiapkan diri untuk hari yang ditunggu-tunggukan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari, meminta ampun dan maaf jika ada sebarang kesilapan dan kekurangan pada diri saya dalam saya mengendalikan kelas.

Selamat menjalani IBADAH PUASA & SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN!!!

Bukankah itu musim yang adik-adik tunggukan? SELAMAT MAJU JAYA!!!

LETIH!!! PENAT!!! TAK LARAT!!!



Kini tibalah masanya untuk adik-adik sekalian memberi hamba peluang untuk beristirehat. Maklumlah, sudah letih tubuh badan ini mengajar dan menghiburkan semua.

Di bawah ini ada terdapat beberapa perkataan yang seringkali mengelirukan semua.
Beleklah ejaannya dan carilah maksudnya supaya adik-adik tidak lagi terperangkap dalam kekhilafan.

Beransur vs Berunsur
Menimba vs Menimbang
Mengimbangi
Mempertimbangkan
Menentang vs Membentang
Menginap vs Menghinggap
Meraih vs Merai
Menebas vs Mengebas
Mengimbas
Toko vs Tokoh
Tapa vs Terpa
Pesak vs Pasak
Digoda vs Dinoda

Kalau anda bijak bistari,
Telek perkataan dengan teliti!!!

Sunday, September 14, 2008

GEMPAQ raya di Suria!






YOK BUAT KUIH RAYA YOK!!!

Kami adik-adik comel ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada MUMMY, DADDY dan semua ahli keluarga yang tersayang. Ucapan khas juga kami tujukan kepada kawan-kawan dan guru-guru dari Sekolah Menengah Pasir Ris terutama sekali buat Cikgu LOKHMAN HARIS.

Kalau kami NAUGHTY minta maaf ya?

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR & BATIN!!!

* Beginilah bunyinya ucapan yang telah digubah...
Kalau ada rezeki, dapatlah kita kelihatan JAMBU di Layar Suria...

Saturday, September 13, 2008

Di bawah bulan purnama

Assalamualaikum Anakbuah sekalian...

Sekali lagi pertemuan kita berjalan dengan lancar. Walaupun niat di hati untuk bermidautmnfestival, kita telah mencapai lebih daripada itu. Bersama-sama, kita telah mengecapi kemanisan dan kemeriahan beriftar dan merasai kesyahduan solat berjemaah. Saya cukup senang kerana semua begitu taat menunaikan ibadah puasa dan solat, tanpa dipaksa. Saya cukup bangga kerana ada yang di dalam keadaan darurat tidak segan silu untuk sanggup menyarungkan kain batik demi menutup aurat buat menyempurnakan solat. Inilah semangat yang ingin kita lihat. Syabas!

Mungkin ada baiknya kalau disyorkan agar Majlis Iftar diadakan tahun hadapan untuk pelajar-pelajar Melayu Islam. Bukan sekadar menjamu selera di perkarangan sekolah yang diinginkan, tetapi beramah mesra dengan adik-adik yang kurang bernasib baik di rumah-rumah tumpangan. Biarlah kita meraih kemenangan dengan berkongsi keceriaan dan kebahagiaan di bulan Ramadan yang mulia. Saya pasti pengalaman yang bakal dilalui akan lebih mewarnai kenangan hidup semua. Setuju tak semua?
Semoga impian ini akan dapat dijadikan suatu realiti.

Tentang malam tadi...

Tidak mengapa kalau kuih bulan tidak sesedap yang disangkakan...
Tidak mengapa kalau tanglung dan bunga api tidak dapat dinyalakan...
Tidak mengapa kalau aturcara tidak sehebat disangkakan...
Yang paling penting, kita dapat beramai-ramai berinteraksi dan merapatkan silaturrahim sesama bangsa dan agama.
Itulah yang paling penting...

Inilah antara wajah-wajah insan yang mengukir kenangan manis di Iftar 2008.
Buat tatapan semua...





W'salam.

Thursday, September 11, 2008

KUIH BULAN?



Kuih Bulan kini telah menjelma kembali!!!

Dengan berbesar hati, saya selaku wakil pihak SEKOLAH MENENGAH PASIR RIS ingin mengundang ANAKBUAHKU semua untuk ikut serta di dalam acara MID AUTUMN FESTIVAL yang akan diadakan di perkarangan SEKOLAH MENENGAH PASIR RIS pada 12HB SEPTEMBER 2008, jam 7 MALAM. Bagi yang berpuasa, jangan gusar. Anda boleh membawa bekal makanan sendiri ataupun boleh menjamu selera dengan juadah yang akan disajikan nanti.

Ingin BERSOLAT?
Ruang khas akan disediakan bagi mengerjakan ibadah solat maghrib.
Gusar jangan...

YOK MAKAN KUIH BULAN, YOK!!!

Wednesday, September 10, 2008

Jeritan Sepi? TIDAK!!!



Hawa, seorang nenek tua, dihimpit keperitan hidup, diuji ketabahan dan keimanannya terpaksa mengharungi onak duri, ranjau kehidupan yang zalim ini. Puncanya, anak-anak yang jauh tersasar, terjerumus dalam sangkar kedaifan hidup, yang buta dan bebal akan pengertian pengorbanan dan keihsanan seorang insan berhati mulia yang bergelar ibu. Hidup tiada berkat, hidup tiada rahmat, hidup luput daripada segala kemanisan, dan keindahan. Azab... begitulah jalan hidup insan yang bergelumang dengan maksiat dan dosa... Hati nenek redam, menjerit tanpa suara... menjerit dalam sepi... Anak dusta sesal, meraung tanpa suara... meraung dalam sepi...

inilah kisah JERITAN SEPI...


Mengapa kita tertarik untuk menonton drama JERITAN SEPI?

Kerana...
Ianya membuka mata kita menonton gelagat ORANG KITA sendiri
buruk baik semuanya mencerminkan realiti kehidupan
bukan sahaja yang miskin dan merana tetapi juga yang kaya dan berpendidikan tinggi
semuanya dibelenggu masalah sama... seks di luar nikah... perjudian... kekeluargaan...
Adakah telah menjadi suatu trademark ataupun lambang ORANG KITA begitu bermasalah pada hari ini?

Fikirkanlah...

Ada di antara kita yang resah gelisah apabila menonton drama ini
Sudahkah terbuka pintu kesedaran?
Atau kita semakin lari dari realiti dengan menidakkan segala-gala yang dicerminkan?
Adakah kita telah menjadi Si Tanggang? Berdusta kepada ibu bapa?
Atau
Adakah kita rasa kita ini begitu canggih hingga pergaulan bebas dan perhubungan seks suatu perkara yang OK?

Fikirkanlah...

Baik atau buruk drama ini?

Dua parti berbeza wujud di kalangan ORANG KITA:

Yang pertama menyokong
Supaya ianya mencelikkan biji mata ORANG KITA yang selama ini CELIK tetapi BUTA!
Supaya dijadikan pedoman... dijadikan tauladan... diambil iktibar...
dibetulkan yang salah... dijernihkan yang keruh...
dikembalikan kesucian dan kemurnian ORANG KITA

Yang kedua mengkeji
Kononnya drama JERITAN SEPI BAK MEMBUKA PEKUNG DI DADA
Menonjolkan keaiban ORANG KITA terang-terangan tanpa segan silu
Membodohkan dan memalukan diri sendiri BAK MENCONTENG ARANG KE MUKA
atau MENCOLET NAJIS KE MUKA ORANG KITA?

Dengan adanya tayangan drama seperti ini di layar SURIA, kita menyediakan jalan untuk ORANG LAIN mengutuk, mengeji, mempersendakan dan memperkecilkan ORANG KITA
Kini, kalau ORANG LAIN memandang rendah terhadap ORANG KITA, siapakah yang boleh dipersalahkan?
Adakah ORANG KITA sendiri yang menggalakkan tanggapan negatif terhadap diri sendiri?
Paling penting, adakah patut KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA?

Fikirkanlah...

* Bagi anda yang mungkin jiwanya gusar digodam kekejaman realiti, dijemputlah anda menghulurkan satu dua kata buat renungan ramai. Fikirkanlah tentang kekhilafan yang menjalar menutupi cahaya murni kemanusiaan...

Tuesday, September 9, 2008



Wahai peminatku sekalian... Salam sejahtera ku ucapkan!

Anda telahpun diberikan keratan akhbar mengenai Kaum Adam Berdandan. Banyak yang telah diperkatakan di dalam artikel itu di antaranya, stigma yang menyelubungi kaum Adam yang berdandan dan juga perkara-perkara yang dilakukan oleh kaum Adam apabila bersolek dan berdandan.

Perspektif yang berbeza mengenainya juga turut dibentangkan. Sudah menjadi suatu lumrah kehidupan bagi setiap insan untuk membentuk tanggapan sendiri. Oleh itu, pelbagai perspektif boleh diambilkira mengenai tajuk ini. Anda sudah tentu tidak dikecualikan. Kini, anda dijemput menuliskan sebuah renungan untuk mengekspresikan diri, meluahkan perasaan dan fikiran anda. Gunakanlah peluang ini untuk memuntahkan segala-galanya yang telah anda pendam selama ini.

Pencetus idea:
1) Patutkah kaum Adam digalakkan berdandan atau menjaga keterampilan diri?
2) Adakah garisan halus yang memisahkan / membezakan dandanan dan penjagaan/ kebersihan diri? Jika ya, bagaimanakah membezakannya?\
3) Tanggapan masyarakat?
4) Adakah anda mengenali seseorang/ mempunyai contoh untuk dikongsi sama?
5) Tahukah anda tentang Mertosexual / Metrosexuality?
6)Adakah Metrosexual / Metrosexuality ini suatu phenomena yang baru tercetus kebelakangan ini ataupun anda rasa ianya sudah wujud sejak zaman lalu?
7) Kalau pasangan anda seorang metrosexual, adakah anda selesa dengan caranya itu?

Fikirkanlah...
Tuliskanlah...

* renungan anda mestilah sekurang-kurangnya 150 patah perkataan dan memenuhi syarat-syarat sah renungan iaitu mesti ada pendapat (pespkektif), pengajaran, pengalaman dan perkara-perkara yang sewaktu dengan apa yang telah dikatakan.

Selamat berbuka...

Tuesday, September 2, 2008

Project M












Wooohooo!!!

Satu lagi project berjaya dihasilkan oleh pelajarku yang tersayang!!!

Tahniahku ucapkan khas buat pelajar 2HML 2008 kerana mampu membuat muffin yang begitu menggiurkan. Tahniah juga kuucapkan kerana berjaya menghapuskan segala nafsu dan keinginan untuk menjamah muffin itu tadi.

Selamat beristirehat, selamat berbuka puasa dan selamat menjamu selera!

Bismillah...

Sunday, August 31, 2008

le premier septembre...



inilah detik permulaan hidupku...

semoga selamat segala-galanya...

insyaalah...

Bon fete!

yok ber-MODEL yok!!!



Seperti yang dikatakan oleh anak kecil comel di atas, anda perlu membawa pakaian tradisional anda yang paling cantik ke kelas pada hari Selasa nanti. Bagi yang dara jelita, bawalah baju kurung / kebaya lengkap dengan selendang/ tudung (jika mahu). Bagi si teruna, bawalah baju kurung dan samping / songkok.

NAK BUAT APA?

Kita akan bergaya dan bergambar lah... apa lagi?

Jangan tidak tidak ya? MEsti Bawa!

*Sebagai peringatan... Kelas tambahan akan diadakan pada hari SELASA & RABU, 2/3 hb Sept pada jam 9-11 pagi di MT RM 1.

Jangan lambat. Jangan tidak datang.

Jumpa nanti!

Akhlan Wasahlan... ya Ramadhan!



Bonjour semua!!!

Ingin hamba ukirkan kuntuman senyuman indah, susunkan ungkapan kata dan lahirkan rasa keghairahan dan kegembiraan demi menyambut kedatangan bulan suci dan mulia, Bulan Ramadhan.

Semoga Ramadhan ini akan mendekatkan diri kita kepada Islam, Iman dan Ihsan. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat beribadah. Jangan puasa yok yok ya? Nanti Allah murka!

Mengapa kena puasa?
1. Dapat pahala
2. Dapat rasa kemanisan Ramadhan
3. Dapat rampingkan badan (tak perlu beli slimming products!)
4. Dapat kumpul fulus (boleh beli ticket GEMUK GIRLS!)

JADI... TUNGGU APA LAGI? YOK PUASA YOK!!!

Wednesday, August 27, 2008

PANAS!!! PANAS!!! PANAS!!!



Wahai peminatku sekalian, janganlah gusar kerana kini akan diumumkan perkara yang telah lama dinanti-nantikan.

JENG JENG JENG...

KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH SEPTEMBRE akan diadakan pada
2hb & 3hb SEPTEMBRE (Selasa / Rabu), 9-11 pagi, MT RM 1 / HOMEC RM 1.

Mesti Datang supaya anda tidak terkilan...

Jangan lupa beritahu Mummy dan Daddy ya?
* Sila maklum bahawa surat kepada ibu bapa tidak akan dicetakkan kerana saya ingin menyokong KEMPEN GO GREEN!!! Faham faham sahajalah... setiap kertas yg digunakan akan tentu membunuh lebih banyak lagi pokok-pokok dan menjahanamkan alam yg kita cintai ini. Sekiranya ada kemusykilan sila hubungi CG HARIS di 90671200.

Terima kasih.

Tuesday, August 26, 2008

Semalam... Tugasan semalam...



Topik 2 – Sebuah Hobi Yang Bermakna Bagi Diri Saya

Hobi yang anda minati menyerlahkan tentang diri anda. Anda mengorbankan banyak masa dan kegiatan itu merupakan sesuatu yang anda senangi dalam kehidupan harian anda. Hal ini juga menunjukkan kecenderungan dan ruang yang anda pilih untuk merehatkan diri. Anda mungkin menyisihkan masa-masa senggang anda untuk menjalankan hobi tersebut. Perihalkanlah mengenainya.

Pencetus Kenangan

- Bagaimanakah anda menceburkan diri dalam hobi itu? Bila, dan pada usia berapakah anda memulainya? Mengapakah anda seronok melakukannya?

- Bagaimanakah anda menambah pengetahuan dalam hobi anda itu? Anda menyertai sebuah kelab atau persatuan? Perlukah anda menjalani sebarang latihan khusus? Adakah anda melanggani bahan-bahan yang diterbitkan mengenai hobi anda itu? Pernahkah anda menyumbang sebarang artikel untuk penerbitan tersebut?

- Adakah hobi anda itu memerlukan sebarang peralatan yang khas? Adakah hobi anda itu memerlukan peruntukan wang yang banyak?

- Pernahkah anda diminta berucap mengenai hobi anda pada sebarang kumpulan sasaran? Pernahkah hasil hobi anda itu dipamerkan untuk tontonan khalayak ramai?

- Pernahkah anda menerima sebarang anugerah atau pengiktirafan berhubung dengan hobi anda itu? Pernahkah ada sebarang bahan yang ditulis dan dicetak yang menampilkan anda dan hobi anda?

- Pernahkah anda menikmati sebarang ganjaran wang dan meraih pendapatan daripada hobi anda itu? Jika tidak dalam tempoh terdekat, mungkinkah pada masa hadapan?

- Sering kali sesebuah hobi berkembang menjadi sebuah kerjaya yang serius. Adakah hobi anda yang pada asalnya itu berkembang dan menjadi sebuah perusahaan yang besar?

- Adakah anda dapat menjalin ramai sahabat dengan melakukan hobi anda itu? Mahukah anda melihat anak-anak anda melakukan aktiviti hobi yang serupa?

Adakah hobi anda ini dapat dilakukan pada usia yang lebih lanjut? Mahukan anda meneruskan hobi itu setelah anda bersara kerak?


* Tuliskan sebuah renungan mengenai tajuk di atas dengan menggunakan tidak kurang daripada 150 patah perkataan. Gunakan soalan-soalan yang disertakan sebagai pencetus idea.

GEMUK GIRLS 2008

Et voila! Je vous presente un spectacle 2008!

Jeng.. jeng.. jeng...





Wahai darlingzku sekalian... kita akan menonton pementasan ini... yeay!
Jadi, mulai hari ini, tugas anda adalah untuk mengumpul fulus secukupnya supaya mampu membeli tiket pementasan. TAK PERGI RUGI TAU...

Wednesday, August 20, 2008

Projek Mem-BROWNIE

Demi pengorbanan untuk si kecil yang ku sayangi dan ku simpati...

Wujudlah Projek Mem-BROWNIE!!!

Jeng jeng jeng...

Inilah antara babak-babak yang boleh dipaparkan buat tatapan ramai...


Gempaq di dapur


Mak Bedah, Pe'ah & Petum di dapur? Kecoh!!!


BROWNIE BELLOz...


Tuan Tanah beraksi...

Jangan lupa untuk terus membeli brownies kami ya?