Topik 2 – Sebuah Hobi Yang Bermakna Bagi Diri Saya
Hobi yang anda minati menyerlahkan tentang diri anda. Anda mengorbankan banyak masa dan kegiatan itu merupakan sesuatu yang anda senangi dalam kehidupan harian anda. Hal ini juga menunjukkan kecenderungan dan ruang yang anda pilih untuk merehatkan diri. Anda mungkin menyisihkan masa-masa senggang anda untuk menjalankan hobi tersebut. Perihalkanlah mengenainya.
Pencetus Kenangan
- Bagaimanakah anda menceburkan diri dalam hobi itu? Bila, dan pada usia berapakah anda memulainya? Mengapakah anda seronok melakukannya?
- Bagaimanakah anda menambah pengetahuan dalam hobi anda itu? Anda menyertai sebuah kelab atau persatuan? Perlukah anda menjalani sebarang latihan khusus? Adakah anda melanggani bahan-bahan yang diterbitkan mengenai hobi anda itu? Pernahkah anda menyumbang sebarang artikel untuk penerbitan tersebut?
- Adakah hobi anda itu memerlukan sebarang peralatan yang khas? Adakah hobi anda itu memerlukan peruntukan wang yang banyak?
- Pernahkah anda diminta berucap mengenai hobi anda pada sebarang kumpulan sasaran? Pernahkah hasil hobi anda itu dipamerkan untuk tontonan khalayak ramai?
- Pernahkah anda menerima sebarang anugerah atau pengiktirafan berhubung dengan hobi anda itu? Pernahkah ada sebarang bahan yang ditulis dan dicetak yang menampilkan anda dan hobi anda?
- Pernahkah anda menikmati sebarang ganjaran wang dan meraih pendapatan daripada hobi anda itu? Jika tidak dalam tempoh terdekat, mungkinkah pada masa hadapan?
- Sering kali sesebuah hobi berkembang menjadi sebuah kerjaya yang serius. Adakah hobi anda yang pada asalnya itu berkembang dan menjadi sebuah perusahaan yang besar?
- Adakah anda dapat menjalin ramai sahabat dengan melakukan hobi anda itu? Mahukah anda melihat anak-anak anda melakukan aktiviti hobi yang serupa?
Adakah hobi anda ini dapat dilakukan pada usia yang lebih lanjut? Mahukan anda meneruskan hobi itu setelah anda bersara kerak?
* Tuliskan sebuah renungan mengenai tajuk di atas dengan menggunakan tidak kurang daripada 150 patah perkataan. Gunakan soalan-soalan yang disertakan sebagai pencetus idea.
No comments:
Post a Comment