Wednesday, September 10, 2008
Jeritan Sepi? TIDAK!!!
Hawa, seorang nenek tua, dihimpit keperitan hidup, diuji ketabahan dan keimanannya terpaksa mengharungi onak duri, ranjau kehidupan yang zalim ini. Puncanya, anak-anak yang jauh tersasar, terjerumus dalam sangkar kedaifan hidup, yang buta dan bebal akan pengertian pengorbanan dan keihsanan seorang insan berhati mulia yang bergelar ibu. Hidup tiada berkat, hidup tiada rahmat, hidup luput daripada segala kemanisan, dan keindahan. Azab... begitulah jalan hidup insan yang bergelumang dengan maksiat dan dosa... Hati nenek redam, menjerit tanpa suara... menjerit dalam sepi... Anak dusta sesal, meraung tanpa suara... meraung dalam sepi...
inilah kisah JERITAN SEPI...
Mengapa kita tertarik untuk menonton drama JERITAN SEPI?
Kerana...
Ianya membuka mata kita menonton gelagat ORANG KITA sendiri
buruk baik semuanya mencerminkan realiti kehidupan
bukan sahaja yang miskin dan merana tetapi juga yang kaya dan berpendidikan tinggi
semuanya dibelenggu masalah sama... seks di luar nikah... perjudian... kekeluargaan...
Adakah telah menjadi suatu trademark ataupun lambang ORANG KITA begitu bermasalah pada hari ini?
Fikirkanlah...
Ada di antara kita yang resah gelisah apabila menonton drama ini
Sudahkah terbuka pintu kesedaran?
Atau kita semakin lari dari realiti dengan menidakkan segala-gala yang dicerminkan?
Adakah kita telah menjadi Si Tanggang? Berdusta kepada ibu bapa?
Atau
Adakah kita rasa kita ini begitu canggih hingga pergaulan bebas dan perhubungan seks suatu perkara yang OK?
Fikirkanlah...
Baik atau buruk drama ini?
Dua parti berbeza wujud di kalangan ORANG KITA:
Yang pertama menyokong
Supaya ianya mencelikkan biji mata ORANG KITA yang selama ini CELIK tetapi BUTA!
Supaya dijadikan pedoman... dijadikan tauladan... diambil iktibar...
dibetulkan yang salah... dijernihkan yang keruh...
dikembalikan kesucian dan kemurnian ORANG KITA
Yang kedua mengkeji
Kononnya drama JERITAN SEPI BAK MEMBUKA PEKUNG DI DADA
Menonjolkan keaiban ORANG KITA terang-terangan tanpa segan silu
Membodohkan dan memalukan diri sendiri BAK MENCONTENG ARANG KE MUKA
atau MENCOLET NAJIS KE MUKA ORANG KITA?
Dengan adanya tayangan drama seperti ini di layar SURIA, kita menyediakan jalan untuk ORANG LAIN mengutuk, mengeji, mempersendakan dan memperkecilkan ORANG KITA
Kini, kalau ORANG LAIN memandang rendah terhadap ORANG KITA, siapakah yang boleh dipersalahkan?
Adakah ORANG KITA sendiri yang menggalakkan tanggapan negatif terhadap diri sendiri?
Paling penting, adakah patut KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA?
Fikirkanlah...
* Bagi anda yang mungkin jiwanya gusar digodam kekejaman realiti, dijemputlah anda menghulurkan satu dua kata buat renungan ramai. Fikirkanlah tentang kekhilafan yang menjalar menutupi cahaya murni kemanusiaan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
Masyarakat kita sekarang perlu sedar bahawa ramai orang yang berbangsa Melayu sudah terjerumus ke dalam perkara-perkara yang sangat negatif. Dengan tayangan Jeritan Sepi di suria ini, drama yang ditunjukkan ini sangat relevan dengan apa yang berlaku di dalam kehidupan kami sekarang. Masalah yang diketengahkan ini merupakan sesuatu yang dapat mempengaruhi masyarakat kita. Tayangan ini juga dapat menjadikan iktibar terutama kepada generasi muda yang ramai terpengaruh kepada perkara-perkara negatif untuk menikmati hidup mereka. Masyarakat kita harus tahu apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak patut. Seks di luar nikah, perjudian, masalah kekeluargaan dan beberapa lagi masalah yang dihadapi masyarakat Melayu sekarang yang ditekankan di dalam drama itu harus diambil tahu oleh kami supaya kami sedar tentang hal-hal yang semakin berleluasa di kalangan orang-orang kami.
Khalishah 2E7
Pada hemat saya, drama yang ditayangkan di Suria ini memang untuk membuat Masyarakat Melayu/Islam kita sedar bahawa inilah masalah yang sedang berlaku. Masih lagi berlaku. Namun harap-harap ia tidak akan berterusan. Ramai yang berkata bahawa drama-drama sebegini adalah untuk mempengaruhi Masyarakat Melayu/Islam. Padahal, ia memang telah berlaku tanpa pengetahuan mereka itu. Motif sebenar drama ini adalah untuk membuka mata mereka yang masih lagi dalam gelap. Ia juga untuk mangsa-mangsa perkara negatif seperti seks di luar nikah, berjudi, berminum, keluarga yang berpecah-belah dan apa sahaja plot drama Jeritan Sepi itu. Masyarakat Melayu/Islam kita wajib membezakan antara yang buruk dan yang baik. Kita mesti bersama-sama hentikan semua masalah ini sebelum ia berleluasa. Ia juga amat memalukan, pada pendapat saya.
Pertama sekali jalan ceritanya mudah difahami dan dihayati. Dialog-dialognya begitu bersahaja dan para pelakon utamanya dapat membawakan watak masing-masing dengan begitu berkesan sekali. Selain itu yang paling penting sekali adalah mesej-mesej yang diketengahkan untuk renungan semua supaya dapat dijadikan pengajaran, tauladan dan sempadan. Kepincangan sebuah keluarga yang bertali arus berasal darpada perangai dan gaya hidup ibu-bapa yang kurang baik seperti berjudi, minum minuman keras, merokok dan pergaulan bebas sedikit sebanyak tanpa disedari akan mempengaruhi pembentukkan akhlak anak-anak yang negatif. Bak kata perpatah melayu, kalau bapaknya borek tentulah anaknya rintik dan di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Sebagai rumusan, saya tertarik dengan cerita Jeritan Sepi ini kerana keberanian penulis ceritanya memaparkan kisah masyarakat kita yang sebenar walaupun pahit dan susah diterima tetapi ia adalah sebuah kenyataan. Dengan terbentangnya cerita ini, mudah-mudahan masyarakat kita dapat merenung bersama-sama dan insaf betapa pentingnya nasib generasi akan datang agar dapat membentuk sebuah masyarakat yang lebih baik, gemilang dan terbilang.
Ini adalah hakikat yang kita tidak boleh lari daripadanya , perkara yang sememangnya berlaku pada masyarakat kita dalam mengharungi hidup seharian . Mengapa ia terjadi ? Mungkin kerana desakan hidup atau hanya mengikut hawa nafsu ? Walaubagaimanapun , ini adalah panduan hidup untuk kita jadikan sandaran memilih jalan yang lebih baik bak kata pepatah melayu " Yang baik jadikan tauladan , yang buruk jadikan sempadan " Bagi kita orang melayu yang beragama Islam , seharusnya mengikut panduan agama untuk mengelakkan diri tersasar dari landasan. Unsur-unsur negetive yang dipaparkan dalam kisah ini amat mengerunkan. Kami sebagai anak muda , seharusnya memumpuk kesedaran dari awal lagi sebelum hanyut lebih jauh hingga tidak dapat dikawal . Banyak pengaruh luar yang boleh merosakan pemikiran kita tetapi ini terletak pada penderian kita sama ada untuk memilih jalan yang betul .
Syabas atas kejayaan drama ini yang telah membuka hati masyarakat kita .
sYyyZZZ...zAnA ~ due;e;7 ~ ;S
JERITAN Sepi telah menarik perhatian saya dari mulanya episod pertama rancangan itu. Jalan ceritanya sungguh menyayat kalbu.
Kisah-kisah hidup yang terkandung di dalam rancangan ini memang sering dihadapi oleh masyarakat kita.
Ramai anak-anak Melayu kita semakin tersasar dari jalan hidup yang betul dan selalunya ibu bapa yang dipersalahkan kerana tidak mengambil berat tentang keadaan mereka. Disebabkan Si Ayah yang lalai menjalankan tanggungjawab, Si ibu terpaksa mencari kerja untuk menyara kehidupan.
Orang tua mereka yang menjadi mangsa setiap kali mereka berasa tertekan. Keperluan ibu bapa mereka tidak diendahkan. Usah sebut pula tentang keingin bermanja dengan anak-anak mereka yang sudah dewasa dan memiliki mahligai dan kerja sendiri.
Pada pendapat saya, drama-drama seperti Jeritan Spei menarik perhatian kami kerana inilah realiti dan inilah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh keluarga melayu Islam Singapura. Ibu bapa sudah tidak dapat kawal anak-anak mereka dan anak-anak mereka mudah dipengaruh oleh rakan-rakan mereka.
Drama ini boleh dijadikan suatu tauladan. Drama ini ada banyak makna yang tersirat dan kita tidak patut menjadi sperti begitu.
Kita patut malu akan perbuatan remaja-remaja melayu seperti skes luar nikah dan perkara yang dihina di sisi Islam. Ibubapa patut kawal dan menjaga anak mereka supaya mereka tidak akan terpengaruh dan hanyut.
Yang Benar,
Ahmad JOhan
Pada pendapat saya, drama ini benar-benar menggambarkan masalah-masalah yang masyarakat Melayu masa kini hadapi.Masalah seperti berjudi, mendurhaka ibubapa, berzina dan banyak lagi. Mungkin ada yang mengatakan bahawa drama ini memburukkan nama orang melayu dan memalukan masyarakat kami tetapi saya rasa bahawa jika drama-drama sebegini tidak ditayangkan di televisyen, ia tidak mungkin dapat membuka mata orang-orang kita. Masalah-masalah ini semakin berleluasa dan drama-drama sebiginilah yang dapat membantu masyarakat kami sedar akan akibat-akibatnya nanti. Kalau masalah-masalah ini tidak dapat diatasi, maka bangsa-bangsa lain akan pandang rendah terhadap bangsa kami.
Saya rasa orang melayu tidak perlu berasa malu untuk menunjukkan masalah-masalah yang kita hadapi seperti apa yang ditunjukkan di Jeritan Sepi. Ini adalah cara terbaik untuk menyedarkan masyarakat kami.
Qamarul 2e7
Jeritan sepi merupakan sebuah cerita yang menghayat hati orang ramai dan cerita ini senang untuk difahamkan.Jeritan sepi merupakan sebuah cerita yang banyak menceritakan tentang pelbagai masalah masalah kehidupan.
Pada pendapat saya, motif cerita ini adalah untuk membuat masyarakat melayu sedar dan membuka mata mereka bahawa telah ramai orang melayu yang telah terjerumus ke dalam perbuatan perbuatan negatif seperti seks luar nikah. Tayangan cerita ini harus dijadikan pengajaran untuk generasi muda supaya mereka tidak akan membuat pekara perkara seperti ini dan supaya tidak dipengaruhi.Saya juga rasa bahawa masalah masalah ini harus dihentikan secepat mungkin.
Akhir sekali, saya rasa bahawa semua rakyat melayu harus menonton cerita ini kerana ia telah menceritakan pelbagai masalah yang semakin berleluasa dan supaya kami sedar tentang perkara ini.
Siti Nur'Aliah 2E7
Cerita Jeritan Sepi sepatutnya dijadikan sebagai satu iktibar buat semua kerana ia menggambarkan masalah-masalah,yang semakin berleluasa,yang dihadapi oleh masyarakat Melayu. Ia memaparkan cara hidup sesetengah masyarakat Melayu yang tersasar dari jalan hidup yang betul. Dengan gaya hidup yang dilalui oleh kebanyakkan masyarakat Melayu kita hari ini, ia tidak mustahil jikalau kita terjebak dalam situasi yang sama.Kini, ia bukan hanya remaja sahaja yang melakukan perkara-perkara seperti minum minuman keras, seks luar nikah, derkhaka terhadap ibu bapa dan sebagainya. Malangnya, orang-orang dewasa seperti ibu bapa juga melakukannya. Apa telah jadi ?
Pada hemat saya, tayangan ini merupakan pembuka mata kerana ia sangat relevan dengan apa yang sedang berlaku di masarakat melayu kini. Walaupun ada yang katakan bahawa tayangan ini menunjukkan keaiban orang-orang Melayu terang-terangan tanpa segan silu dan menconteng arang ke muka kita, saya berpendapat sebaliknya. Kita sepatutnya belajar daripada kesilapan kita dan cuba untuk memperbaiki situasi dengan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Drama ini telah berjaya untuk menarik rakyat Singapura untuk menontonnya, lebih-lebih lagi Orang Melayu. Pelbagai perkara telah dicerminkan seperti orang yang berbangsa melayu yang terlalu bebas dan terpengaruh dengan adat orang barat. Orang Melayu kita sepatutnya beradat dan berbudi bahasa. Malah, tayangan ini telah menggambarkan beberapa pandangan negatif terhadap orang Melayu seperti seks luar nikah, berjudi dan minum arak.
Walaupun terdapat orang yang mengatakan bahawa drama ini hanya memalukan nama Melayu sahaja, pasti terdapat beberapa orang yang mungkin menjadikan drama ini sebagai sesuatu perkara yang akan membuat mereka insaf dan mahu pulang ke pangkal jalan kerana cara penghidupan mereka agak sama dengan apa yang ditayangkan. Mereka akan berasa malu bak kata pepatah, siapa yang makan lada, dia akan rasa pedas.
Oleh itu, saya rasakan bahawa memang elok jika terdapat drama-drama seperti ini. InsyaAllah, mereka yang tersasar akan kembali ke pangkal jalan.
Khairi Yahya Bin Mohd Sani
2E7
Semenjak Jeritan Sepi ditayangkan, saya akui bahawa saya telah mendengar pelbagai pendapat tentang drama tersebut. Ada di kalangan masyarakat kita yang mengatakan bahawa drama itu adalah semata-mata untuk memajukan industri seni di Singapura. Ada juga yang mengatakan drama itu ditanyangkan untuk dijadikan sebagai suatu tauladan. Isu-isu yang telah diketengahkan adalah seks luar nikah, berjudi, keluarga yang berpecah-belah dan sebagainya. Bukan sahaja isu-isu seperti ini dapat kami toton di kaca televisyen, namun masalah-masalah ini telah menjadi suatu isu yang tidak asing lagi antara masyarakat kita. Memang terdapat banyak artikel yang menceritakan tentang masalah yang berleluasa dan kini dihadapi oleh masyrakat melayu sendiri. Mugkin, waktu ibu bapa kami masih muda, masyarakat melayu tidak dibebani oleh masalah-masalah sebegini. Namun kini, masalah-masalah tersebut telah menjadi suatu kebiasaan antara belia-belia sekarang. Adakah ini semua kerana remaja-remaja kini tidak cukup dididik ? ataupun mungkin ia adalah suatu perkara yang belia pada masa kini rasakan 'cool' ? Memang banyak yang kami dapat pertanyakan dan renungkan.
Rakyat Melayu di Singapura kadang-kala tidak sangka bahawa apa yang ditunjukkan di kaca televisyen itu sama seperti sikap mereka. Seperti drama ini, Jeritan Sepi. Memang wujud pekara-pekara sebergini dan dari pandangan orang lain, kelakuan ini harus dihentikan. Rakyat Singapura, terutama sekali orang Melayu, mudah hanyut dan mereka juga dipengaruh dari drama-drama seperti ini. Yang ada pula, pekara negatif ini memang biasa untuk mereka yang sudah lama hanyut kerana mereka terpengaruh dengan kelakuan keluarga mereka sendiri. Seperti pepatah peribahasa, "Bapa borek, anak rintik".
adakah mereka sedar bahawa pekara ini dilakukan oleh bangsa mereka sendiri? Pekara-pekara seperti seks luar nikah, seks rambang, minum arak dan berjudi. Mereka tidak sedar yang kelakuan negatif ini boleh mempengaruhi generasi yang akan datang dan jika pekara ini berlaku, ia akan memberi kesan yang dalam dan juga menunjukkan cara kehidupan orang melayu sebagai keseluruhan.
Muhammad Yassar Bin Zainal
2E7
Cerita Jeritan Sepi ini sebenarnya bagi saya,sebuah mesej untuk kaum-kaum melayu,yng kini sudah 'hanyut'.KAUM KAMI kini yang semakin menjadi-jadi,dan adakah perkara-perkara buruk ini menjadi lambang orang melayu kita? Dari cerita jeritan sepi,saya rasa mungkin segelintir daripada orang melayu kami akan membuka mata kepada kejadian zaman sekarang,dan apa telah menjadi kepada orang melayu kita.Ibu bapa zaman sekarang banyak terlalu bebaskan anank-anak mereka.Kebebasan juga ada batasannya.Cerita Jeritan Sepi ini juga 'portray' tingkah laku orang-orang melayu kita,zaman sekarang.Bukan kalangan remaja sahaja.Orang-orang dewasa,ibu bapa juga semakin menjadi-jadi ,perangai mereka.Berjudi.Gaulan bebas antara kaum Adam dan Hawa.Minum minuman keras.Adakah ini revolusi baru orang melayu yang kami inginkan?
Kini, masyarakat kita menghadapi banyak masalah yang telah berleluasa terutama di kalangan Islam. Ada yang berjudi, ada yang meminum arak, seks luar nikah dan sebagainya lagi. Untuk mempamerkan segala masalah ini, jeritan sepi telah ditayangkan supaya boleh ditonton oleh semua umat Islam. Ada yang berkata bahawa perlakonan ini ialah pengaruhan buat umat Islam tetapi mereka benar silap. Perlakonan ini bukan hanya untuk hiburan atau pengaruhan tetapi untuk menunjukkan bahawa perkara-perkara ini ialah realiti yang masih berlaku pada zaman sekarang. Drama tersebut juga ditayangkan buat sesiapa yang menghadapi perkara yang sama serta mereka mahu menyampaikan sebuah perutusan supaya insaf sebelum terlambat. Pada pendapat saya, tayangan jeritan sepi memang drama yang patut ditontoni supaya kami, sebagai seorang muslimah atau muslimin sedar bahawa kita tidak dibenarkan terjerumus dalam hal-hal tersebut.
Athira 2E7
Jeritan Sepi. Sebuah cerita yang telah menarik perhatian saya dan juga ramai orang-orang Melayu. Cerita ini telah berjaya memaparkan isu-isu yang sering kita dengar dalam masyarakat kita, kini.
Saya rasa bahawa cerita ini baik kalau ditontoni ramai kerana disebalik masalah-masalah yang ditunjukkan, tersirat banyak pengajaran untuk kami semua, terutama kali, orang Melayu Singapura.
Ia dapat menyedarkan orang kita tentang masalah-masalah yang dihadapi ramai keluarga Melayu di Singapura. Dengan kesedaran itu, mungkin keluarga-keluarga Melayukini dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan masalah-masalah ini. Amin.
Saya rasa, kami memang tidak boleh menafikan bahawa perkara seperti apa ditayangkan di drama Jeritan Sepi benar-benar berlaku pada hari ini kepada keluarga islam. Kalangan orang melayu sekarang semakin 'hanyut'. Itulah kerana tayang Jeritan Sepi disediakan untuk orang seperti kami untuk menonton tetapi, bukan sahaja duduk di kerusi dan merenung kepada kaca televisyen, ada juga mesej yang tersirat. Pada pendapat saya, mesejnya ialah KAMI HARUS MENGAMBIL TAHU KAMI SENDIRI BERBUAT SEPERTI ITU. Jadi, ada yang orang akan berkata " Saya berasa kasihan terhadap hawa kerana anaknya tidak menghiraukannya " Saya mengaku bahawa kadang-kala, saya berkelakuan seperti itu terhadap orang tua saya dan juga nenek saya. Namun aku sedari bahawa perpatah 'hargailah apa yang kami ada sebelum ia diambil dari diri kami' amat benar.
Saya rasa matlamat drama ini sangat senang. Ambil yang jernih buang yang keruh, kamu bukan terlambat untuk
mempercayai dan tidak terlambat untuk berubah diri sendiri.
Amin.
Saya rasa bahawa cerita jeritan sepi ini bagus untuk ditonton kerana masyarakat melayu dapat membuka mata mereka dan sedari bahawa masalah ini sering berlaku di dalam kehidupan kita. Cerita ini dapat membuka mata penonton terutama sekali kaum remaja. Ramai diantara kaum remaja zaman sekarang sudah hanyut dah sering melakukan perkara yang negetive seperti sex di luar nikah, berminum, perjudian and banyak-banyak lagi hal-hal yang telah ditayangkan di cerita ini. Cerita ini juga menayangkan bagaimana kaum melayu sekarang berkelakuan terhadap orang tua mereka. Saya rasa semua harus menonton cerita ini supaya kaum melayu dapat melihat bertapa sakitnye hati orang tua kita jika kami bersikap negetif kerana jeritan sepi menunjukkan banyak emosi. Memang bagus yang suria telah menayangkan cerita ini supaya dapat membuka mata kaum melayu dan mereka akan cuba mengelakkan diri daripada kelakuan yang kurang baik. Saya berpendapat bahawa suria harus menayangkan lebih cerita seperti ini yang penuh dengan pelajaran.
Masyarakat melayu sekarang dipandang rendah oleh masyarakat-masyarakat lain.
Jeritan Sepi. Sebuah cerita yang mengisahkan masalah-masalah yang dihadapi oleh bangsa kita. Malah ia juga menjadi sebuah 'pembuka mata' kepada kita. Masalah yang diketengahkan adalah benar seperti seks luar nikah,merokok dan kes keluarga yang telah hilang kasih sayang di antara mereka. Cerita ini juga dapat dijadikan tauladan kepada kita.
Cerita ini harus dinobatkan sebagai drama terbaik.Terdapat banyak makna yang tersirat di dalamnya.Ibu bapa harus menggalakkan anak mereka untuk menontonnya. Saya rasa tujuan ia dimainkan di Suria adalah untuk menghantar mesej kepada kita.
Jadi,saksikanlah Jeritan Sepi. Hanya di Suria. Pukul 9.30(kalau tak salah) dan minggu ini adalah episod terakhir! Mungkin anda akan kesal kerana tidak dapat menontonnya. Tetapi jangan sedih,anda boleh menontonnya di TVMobile.
Syafie
Post a Comment