of lokie and more...

of lokie and more...

Monday, March 30, 2009

TOWKAY AWANG?





Towkay wayang dan Awang Belanga telahpun ditonton.
Ada yang begitu ghairah, ada yang kurang.
Namun, apakah yang telah anda raih daripada pengalaman ini?
Ceritakanlah sedikit!

Awang Belanga menggelikan hati
Syarat renungan mesti dipatuhi!

Selamat merenung...

13 comments:

Ahmad Johan said...

AYUUUUUU!!! Nama ini sering dilaung di Victoria Concert Hall.

Towkay wayang mempunyai jalan cerita yang amat baik, tetapi kurang memuaskan jikalau dibandingkan dengan Awang Belanga,Bingkisan Lama yang diadakan di Institut Millenia. Saya jangkakan Towkay Wayang lebih "up" sikit daripada Awang Belanga, oleh kerana ia diadakan di tempat yang prestig dan ramai artis-artis diundang. Yang paling tidak memuaskan hati adalah penghabisan Towkay Wayang, yang boleh dianggapkan sebagai terlalu 'abrupt' dan terbiar. Saya berpendapat bahawa pementasan Towkay Wayang tidak sekelakar Awang Belanga, yang berjaya gelikan hati kami. Namun, dari pementasan Towkay Wayang, saya dapat pelajari ertinya dan akibatnya jikalau terlalu kerjakan impian hingga lupakan asal usul kami sesuatu yang sering dihadapi oleh remaja0remaja zaman kini.

Pada pendapat saya, Awang Belanga, Bingkisan Lama lebih baik dari Towkay Wayang dari segi pementasan dan jalan ceritanya. Watak Awang Belanga tahu mementaskan cerita mereka dengan baik, berbanding dengan watak-watak Towkay wayang, yang lebih "emosional". Pada pendapat saya, Awang Belanga sewajarnya dipentaskan di Victoria Concert Hall, oleh kerana ia lebih gah daripada Towkay Wayang. Jikalau Awang Belanga Diadakan di Victoria Concert Hall, tentu ramai orang akan hadir, oleh kerana ceritanya "power" dari segi watak, ke jalan cerita dan sebagianya. Yang tentu, Awang Belanga adalah pementasan yang mesti ditonton dan seharusnya diadakan di tempat yang lebih 'prestig'.

Siti Nurhasyimah. said...

Awang Belanga Bingkisan Lama, suatu pementasan yang menggabungkan cerita lama dengan isu terkini. Ia bukan sekadar suatu persembahan yang mencuit hati, malah ia juga ada menyisipkan unsur-unsur moral seperti jangan menipu. Meskipun ia adalah suatu persembahan yang secara kecil-kecilan, saya berpendapat bahawa ia patut diwar-warkan oleh kerana bakat dan berkebolehan yang telah ditunjuk oleh para pelajar Milennia Institute. Saya amat tertarik dengan cara pementasan Awang Belanga kerana ia berlainan daripada persembahan teater yang lain.Kebelakangan ini, saya juga menonton Towkay Wayang di Victoria Theatre, suatu lakonan muzikal yang dibintangi Marina Yusoff dan Sani Hussein. Walaupun ia adakan di tempat yang gah dan ramai artis-artis terkenal juga turut menghadiri, saya berpendapat bahawa Towkay Wayang tidak setanding dengan Awang Belanga. Pada pendapat saya, jalan cerita Towkay Wayang tidak utuh, dibandingkan dengan Awang Belanga. Tambahan pula, jalan ceritanya senang untuk dijangkakan dan juga, penghabisan Towkay Wayang sungguh mendadak. Sebagai satu produksi yang arif dalam industri seni, Towkay Wayang amat mengecewakan. Ini telah menunjukkan kepada saya bahawa tidak semestinya sesuatu persembahan yang membintangi artis-artis popular dan diheboh-hebohkan oleh media massa, adalah suatu persembahan yang baik. Malah, yang penting, adalah bakat dan keperbolehan pelakon-pelakon dan pekerja pentas. Syabas kepada mereka yang telah menjayakan Awang Belanga kerana seandainya, mereka telah memupukkan semangat orang lain untuk memberikan yang terbaik kerana Awang Belanga telah membuktikan bahawa sesuatu persembahan yang secara kecil-kecilan dan tidak begitu diketahui juga dapat menghasilkan persembahan yang bermutu tinggi.

Khalishah Nadhirah said...

Syabas! Saya ingin memuji pementasan Awang Belanga Bingkisan Lama yang diadakan di Millenia Institute pada 28 Mac 2009. Pada pendapat saya, pementasan ini merupakan sesuatu projek yang amat baik sekali. Ia terdiri daripada barisan pelakon yang mapan dari pelajar-pelajar Millenia Institute itu sendiri dan pemuzik yang membentukkan kumpulan gamelan untuk berjenis-jenis bunyi yang dikehendaki dalam pementasan itu.

Saya amat kagum dengan cara mereka mempersembahkan pementasan ini kerana ia merupakan sesuatu yang lain daripada yang lain. Salah satu contoh ialah mereka merubah set mereka sebagai sebahagian daripada jalan cerita mereka. Mereka juga menggunakan nama-nama watak yang sungguh unik dan pastinya mencuit hati seperti Nagaro Itchi. Inilah yang menarik perhatian saya untuk terus menonton persembahan ini hingga akhir dan tidak berasa begitu jemu.

Ciri kelakar yang ada pada pementasan ini tidak henti-henti menggelikan hati para penonton dari mula hingga ke akhir pementasan. Saya sendiri akui bahawa saya tidak henti berketawa semasa pementasan itu dipersembahkan.

Mesej yang disampaikan di dalam pementasan ini amat jelas kerana watak utamanya akan meringkaskan apa yang ingin ditayangkan pada setiap akhirnya sesuatu babak. Ia turut menyertakan beberapa pengajaran untuk menasihati setiap individu dalam kerja seharian mereka. Saya mempelajari supaya jangan menipu kerana ia tidak mendatangkan apa-apa faedah dan jangan mudah putus asa dalam hidup.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang menjayakan pementasan Awang Belanga Bingkisan Lama ini. Penat lelah dan kerja keras para pelajar Millenia Institute harus dihargai kerana merekalah yang menjadikan pementasan ini sesuatu yang sukses. Tahniah!

Khalishah

N A B I L!!! said...

Awang Belanga Bingkisan Lama,sebuah pementasan yang cukup menghiburkan dan mecuit hati dan pada masa yang sama menggabungkan isu isu semasa dengan cerita-cerita dongeng .Memang bererti jalan ceritanya dengan watak-watak yang begitu kuat perwatakannya membuatkan setiap daripada mereka penting bagi jalan ceritanya.Watak Awang Belanga yang membantu seorang pelajar yang mau membunuh diri kerana gagal dalam peperiksaanya dengan menceritakan kepada beliau sebuah cerita yang ada kena-mengena dengan kegagalan.Pementasan ini juga berjaya menarik perhatian para penonton dengan memberikan mereka gelaran dan mengajak mereka untuk menyanyi.Walaupun penontonnya terdapat ramai di antara mereka merupakan pelajar-pelajar,ini tidak bermakna mereka tidak memahami apa yang sebenarnya ingin disampaikan dalam pementasan itu.Walaupun perjalanan yang jauh untuk ke Millenia Institut,sekolah di mana pementasan itu diadakan,memang tidak sia-sia.Saya benar-benar puas hati dan cukup bangga remaja melayu dapat malakukan sebuah pementasan yng cukup hebat sebegini.Tahniah saya ucapkan kepada mereka.
Pementasan Towkay Wayang pula tidak begitu memuaskan hati saya.Saya merasakan walaupun tarian dan nyanyian yang cukup menarik dan menghiburkan dan juga barisan para pelakon terkenal seperti Marina Yusof dan Sani Hussein,jalan ceritanya terlalu pendek dan saya menjangkakan bahawa ada "Twist" di dalam jalan ceritanya,namaun ia merupakan sebuah cerita yang terlalu mudah untuk menjangkakan penghabisannya.Mungkin mereka lebih menumpukan perhatian mereka kepada tarian dan nyayian mereka yang cukup menghiburkan dan baik.Namun begitu,tidak sia-sia kami ke sana kerana dapat bertegur sapa bersama artis-artis seperti Najib Ali,Suhami Yusof dan Fiza O.

Secara keseluruhan,saya merasakan bahawa pementasan Awang Belanga Bingkisan Lama lebih hebat dan baik jika dibandingkan dengan pementasan Towkay Wayang.Saya juga mengharapkan bahawa pementasan Awang Belanga Binngkisan Lama dapat dipentaskan lagi dan mungkin dapat diadakan di Victoria Concert Hall supaya orang ramai tahu bahawa terdapatnya remaja-remaja melayu daripada Millenia Institut yang cukup berbakat dan dapat mementaskan sebuah pementasan yang cukup hebat.

Athirasari Diyana Muhd Z said...

Tahniah kepada cerita Awang Belanga! Pementasan yang menggelikan hati para penonton telahpun dikenalkan sebagai cerita yang paling menarik untuk saya. Jalan cerita yang lengkap dan lancar menyebabkan cerita itu mengagumkan sekali. Awang Belanga telah mengimbaskan kembali cerita-cerita tradisional lama dan mereka cerita-cerita tersebut dengan memberikan sedikit corak nada yang melucukan. Selain daripada itu, Awang Belanga juga telah menyisipkan pelbagai moral dalam cerita tradisional seperti jangan membohong, jangan memutus asa dan jangan jadi terlalu naïf. Apa yang saya boleh menjaminkan ialah Awang Belanga sebuah pementasan yang sentiasa menghiburkan dan para penonton tidak akan berhenti ketawa. Pada pendapat saya, saya rasa bahawa pelakon pelakon Awang Belanga telah memaparkan watak-watak mereka dengan begitu hebat sekali. Saya terpegun dengan kemahiran dan bakat pelakon-pelakon tersebut. Walaupun mereka hanya sekadar para pelajar Millenia Institut, dengan cara mereka mementaskan watak mereka, ini mencerminkan diri mereka sebagai pelakon yang amat profesional. Tambahan pula, walaupun pementasan ini kecil, ia telah membuat saya mempunyai tanggapan yang baik terhadap Awang Belanga kerana keghairahan pementasan itu wujud dan oleh itulah, Awang Belanga sangat berkualiti tinggi. Saya yakin bahawa jikalau Awang Belanga dipamerkan dan ditayangkan di sebuah tempat yang besar, ia akan berjaya dan ramai penonton mesti akan berminat dengan pementasan tersebut.

Yazsar said...

Mereka kata pementasan Awang Belanga itu baik? Saya kata, ia memang hebat sekali! Setelah menonton, lagu-lagu dan nama-nama menarik mereka tetap berlaung-laung di telinga. Syabas kepada mereka, kerana berjaya menggabungkan kisah lama dengan sedikit perubahan dalam jalan ceritanya itu. Bertambah baik lagi, mereka menggunakan alat pementasan yang mudah digunakan dan serba guna. Tidak seperti pementasan yang biasa, mereka bertukar set dengan tidak memerlu mematikan lampu atau mengelapkan pentas. Secara keseluruhan, jalan cerita pementasan ini dibahagikan kepada 4 bahagian. Salah satu bahagian ialah bertanggungjawab. Kisah tentang bertanggungjawab pada mulanya menceritakan seorang pemuda yang membuang anak kucingnya. Tiba-tiba, dia tertolong dan menjumpa seorang pemuda yang berbangsa Arab yang telah lama terperangkap belakang sebuah batu. Kemudian dia mula menceritakan sebuah kisah tentang tanggungjawab yang panjang berjela. Namun, ia tetap menghiburkan kerana pementasan itu sangat lucu sehingga ada kalanya mereka berlakon secara spontan kerana tersasar dari jalan cerita skrip!
Saya amat kagum terhadap pelakon-pelakon Awang Belanga kerana kebanyakkannya pandai membuat lawak. Dari seorang nenek tua sehingga seekor ikan tembakul. Mereka juga pandai berlakon dan mereka juga serba boleh. Adanya yang berwatak hantu lucu, nenek tua, anak kecil dan semua di antara mereka pandai membuat lawak.
Memang tidak rugi menonton pementasan ini yang lebih elok daripada cerita wayang popular kerana ia dihasilkan dari anak-anak Melayu tempatan.

ZAKIAH said...

Pertama sekali saya harus berterima ksih atas peluang yang diberi untuk menghadiri kedua pementasan ini minggu lepas. Semestinya, saya amat puas hati menonton kedua pementasan.

Bagi pementasan Towkay Wayang, saya amat ghairah sekali akan jalan ceritanya. Dalam perhatian saya, para pelakon telah menghiaskan diri masing-masing dengan baik sekali. Hias di pentas juga amat mengkagumkan dan sesuai bagi situasi. Selain daripada itu, tarian serta nyanyian yang dipersembahkan agak memuaskan. Namun, jalan cerita Towkay Wayang tidak begitu menarik dan saya mampu meneka apa yang akan terjadi pada akhir cerita. Saya mengharapkan bahawa Towkay Wayang dapat mempersembahkan sebuah pementasan yang mempunyai jalan cerita yang membuat penonton tertanya-tanya. Namun begitu, penghayatan watak-watak amat mengkagumkan sekali!

Aaaaaaaaaawang Beeeelange! Sungguh syiok sekali! Susah untuk melupakan pementasannya! Permulaannya sudah dapat menangkap perhatian dan minat penonton. Walaupun pementasan mereka selama dua jam, penonton tidak hilang perhatian kerana setiap babak mampu dipersembahkan dengan baik sekali serta menyerapkan pelbagai aksi yang menggelikan hati sekali. Selain daripada itu, para pelakon mampu berinteraksi dengan para penonton dan ini membuat suasana lebih meriah sekali. Lagu yang dinyanyikan amat 'addictive' sekali hingga terngiang-ngiang di kepala!!! Segala para pembantu dan para pelakon telah menunjukkan bahawa tidak mustahil untuk mempersembahkan sebuah pementasan yang begitu menarik dan memuaskan sekali! Power betul, fuuh!

Dengan itu, SYABAS bagi kedua pihak kerana pementasan yang amat baik sekali. I like!

ALIFAHHH ~ said...

SYABAS!
Tidak terkata, permentasan Awang Belanga ini merupakan sesuatu yang amat hebat dah seronok jika dibandingkan dengan permentasan yang telah saya saksikan sebelum ini. Permentasan Awang Belanga sungguh unik dan kreatif sekali dengan lakonan para murid yang berbakat, tukaran set dan juga peralatan yang digunakan. Para penonton juga kelihatan khusyuk sekali menonton ini. Bukan itu sahaja, malah permentasan ini berjaya untuk menyisipkan erti tanggungjawab, hormat kepada orang tua dan bekerja keras demi mengecap kejayaan dalam hidup. Saya akui, sebelum menyaksikan permentasan ini, saya tidak mengenal pasti akan cerita-cerita dongeng Melayu. Saya juga tidak mengetahui watak-watak Melayu seperti Mat Jenin dan rakan-rakannya. Tetapi Awang Belanga telah berjaya membuka minda saya dan memberi peluang kepada remaja kini, seperti saya untuk mempelajari dengan mendalam tentang cerita-cerita dongeng sebegini. Saya juga dapat belajar untuk menghayati dan sekaligus menghargai cerita dongeng serta budaya Melayu kita yang kini sering ditelan arus permodenan.
Oleh itu, tahniah kepada Awang Belanga atas permentasan yang bukan sahaja hebat dah gah , tetapi juga atas ikthiar-ikthiar para pelajar dan guru dari MI untuk melestarikan budaya Melayu kita ini !

KHAIRI OH KHAIRI said...

Ciki ciki ciki ciki, ciki ciki ciki ciki, TAK MAU KENCING!

Pasti sesiapa yang menyaksikan pementasan Awang Belanga, Bingkisan Lama akan dapat mengingat semula lagu itu. Memang berbaloi jika dapat pergi menonton pementasan yang mencuitkan hati ini. Memang tidak rugi! Pelakon-pelakon telah berjaya untuk menjalankan watak-watak mereka dengan baik. Saya amat kagum dengan tenaga mereka di atas pentas dari segi menggunakan suara yang bukan suara asal. Saya juga amat kagum dengan bagaimana mereka dapat menyampaikan skrip secara spontan dan telah membabitkan penonton-penonton juga. Walaupun pementasan ini teramatlah kelakar, terdapat juga pengajarannya seperti tanggung-jawab dan sebagainya.

Saya tidak sangka bahawa Awang Belanga, Bingkisan Lama adalah sehebat ini. Sebuah pementasan itu tidaklah memerlukan pelakon-pelakon yang terkenal untuk berjalan dengan baik. Lihat sahajalah pelakon-pelakon dari Millenia Institut ini. Mereka berjaya untuk menarik perhatian penonton.

Secara tuntas, saya memang bangga kerana pelakonnya adalah anak Melayu tempatan kita sendiri dan apa yang telah menarik saya lagi ialah jalan cerita ini berasal daripada salah satu persembahan untuk GPA 2007 (Maaf jika salah tahun). Saya berharap bahawa pementasan untuk GPA sekolah kita pada tahun ini akan dibesar-besarkan seperti Awang Belanga, Bingkisan Lama untuk menjadi pementasan yang lengkap! Insya Allah.

QAN said...

AWANG BELANGA BINGIKISAN LAMA dan TOWKAY WAYANG. Ini merupakan dua pementasan yang telah saya tonton. Pada pendapat saya towkay wayang tidak setanding dengan awang belanga bingkisan lama kerana jalan cerita yang sangat menarik dan mengelikan hati manakala towkay wayang lebih kepada kesedihan.

Kebaikan towkay wayang ialah artis-artis yang hebat yang berlakon dan ramai juga artis-artis tempatan dijemput untuk menontonnya.Props-props yang digunakan juga hebat-hebat.Walaubagaimanapun, penutup cerita itu sangat mendadak dan ini merupakan salah satu kelemahan pementasan itu.

Namun,pada pendapat saya, pementasan awang belanga bingkisan lama tidak mempunyai sembarang kelemahan. Ini merupakan pementasan yang terbaik yang pernah saya tonton. Saya rasakan pementasan ini boleh pergi jauh walaupun pelakon-pelakon merupakan pelajar-pelajar. Mungkin pementasan ini boleh diadakan di tempat-tempat yang lebih gah seperti di Victoria Theatre seperti mana dilakukan oleh pementasan towkay wayang.Jika towkay wayang boleh dipentaskan disana,mengapah tidak pementasan awang belenga kerana pada pendapat saya, pementasan ini lebih menarik untuk ditonton daripada towkay wayang.

Secara tuntas, saya harap pementasan awang belanga bingkisan lama ini akan pergi jauh. Bukan untuk mengutuk towkay wayang tetapi saya rasa awang belanga bingkisan lama merupakan pementasan yang lebih baik dan terbaik yang pernah saya tonton.

Azreena Ali said...

Awang Belanga Bingkisan lama memang satu pementasan yang boleh saya katakan begitu menarik dan hebat sekali! Boleh juga saya sisipkan bahawa Awang Belanga pementasan yang paling saya gemari antara yang lain-lain yang telah saya tontoni. Semuanya daripada Millenia Institute yang telah menjayakan pementasan ini memang handal dan begitu berbakat sekali. Ini boleh dilihat melalui kemantapan setiap watak, skrip yang menarik dan juga pemuzik.

Awang Belanga amat menghiburkan dalam semua aspek. Saya katakan ini kerana, daripada mula hingga akhir, perhatian saya terhadap pementasan tidak goyah sekalipun. Hingga kini, babak-babak kelakar, lagu-lagu dan nama-nama watak masih lagi terukir dalam fikiran saya. Saya dan rakan-rakan pecah perut ketawa. Otot muka saya sakit kerana tidak boleh berhenti ketawa!

Bukan itu sahaja, pementasan Awang Belanga bukan setakat membuat penonton terhibur. Setiap cerita ada pengajaran di sebaliknya. Pengajarannya itu menonjol sekali kerana pada akhir setiap cerita, pelakon-pelakon utama telah mengemukakan moral kepada cerita tersebut. Konsep pementasan juga amat baik. Ia membuat pementasan itu teratur tanpa membuatnya terlalu canggung. Pedomannya juga ada kena mengena dengan setiap murid.

Saya mahu mengucapkan tahniah kepada MI atas pementasan yang memang amat ‘fuyoh!’ ini. Sesiapa yang tidak menonton Awang Belanga memanglah rugi!

Towkay Wayang pula yang diadakan di Victoria Theatre satu musical yang ‘colourful’. Ini kerana props, kostum dan pelakon semuanya membuat penonton tertarik. Penghayatan watak juga hebat dan boleh saya katakan memang begitu berdrama. Lagu kegemaran saya ialah lagu yang rancak di mana ramai pelakon berdansa sambil menyanyikannya. Ia membuatkan suasana seperti di Broadway.

Secara tuntas, saya rasakan bahawa Awang Belanga Bingkisan Lama lebih hebat jika dibandingkan dengan Towkay Wayang. Saya harap bahawa pementasan Awang Belanga dapat dihebohkan lagi kerana saya percaya bahawa ia boleh diperkembangkan lagi atau ia boleh pergi lebih jauh daripada statusnya kini. Walau apa pun, syabas saya ucapkan kepada kedua-dua pementasan.

DANIAL ! said...

Towkay Wayang . Awang Belanga Bingkisan Lama . Dua pementasan yang agak menarik dan menakjubkan . Tetapi mana satu yang lebih menarik ? Padfa pendapat saya , Awang Belanga merupakan sebuah pementasan yang jauh beza , daripada Towkay Wayang . Towkay Wayang merupakan sebuah pementasan yang agak sirius , dan saya lebih gemar pementasan yang lebih kelakar , yang kurang sedih , yang ceria , dan yang membuat saya tertawa sepanjang masa saya menontonnya , seperti pementasan Awang Belanga , yang saya rasa mugkin setanding dengan Towkay Wayang , tetapi , ini tidak bermaksud Towkay Wayang tidak bagus , cuma , saya , sebagai seorang remaja , yang masih belum cukup matang , lebih gemari pementasan-pementasan yang lebih menarik , kelakar , dan ceria , seperti Awang Belanga . Awang Belanga Bingkisan Lama , merupakan sebuah pementasan yang agak unik dan berwibawa , dan saya rasa bahawa ia juga , boleh dipentaskan di 'Victria Theatre' , dan ini juga boleh mempamerkan semangat , dan ketekunan remaja melayu kami . Saya amat gembira dan berterima kasih dengan pengalaman ini , kerana saya dapat bergembira , dan juga belajar sesuatu , dan saya telah belajar bahawa , 'Tidak tentu sesuatu perkara yang tidak berjenama ataupun besar , tidak bagus ' . Saya harap pihak penganjur Awang Belanga Bingkisan Lama akan membuat suatu lagi pementasan di sebuah tempat yang lebih diketahui awam , seperti 'Victoria Theatre' , kerana saya pasti , orang ramai , akan tertawa , dan berseronok sambil pelajari beberapa perkara , ataupun pengajaran yang amat penting dalam hidup kami . Sekian , terima kasih .

[S Y A Z A N A] said...

Saya harus akur bahawa kedua-dua pementasan memang memuaskan hati! Towkay Wayang merupakan cerita yang menyentuhkan kalbu dan serius manakala Awang Belanga bagaikan hiburan yang membuat menonton tidak kering gusi!

Towkay wayang mempunyai jalan cerita yang mudah difahami dan bunyi latarnya telah menjadikan pementasan itu lebih menarik. Watak Abang Dol pula sungguh lucu! Pelakon cilik yang memegang watak Ayu (kecil) memang berbakat kerana tangisan dan rintihannya telah membuatkan dua teman karib saya menitiskan air mata! Selain berkesempatan berjumpa dengan beberapa artis tempatan, kami juga telah dihiburkan dengan lagu-lagu yang kebudak-budakan dalam cerita ini yang membuat kami ingin turut berjoget!

Awang Belanga? Saya sangat mengagumi pelajar-pelajar MI yang telibat dalam pementasan yang sangat baik ini! Mereka membuat saya dan sudah tentu, penonton-penoton yang lain, ketawa entah berapa kali! Pelakon lelaki yang memegang watak yang sering pengsan itu dan pelakon yang memegang watak ikan tembakul yang ditangkap telah membuat saya menangis kerana ketawa terbahak-bahak! Saya amat tertarik pada lirik serta rentak lagu mereka! Pelakon-pelakon Awang Belanga kelihatan bersuka hati meskipun berlakon di depan khalayak ramai memang menggetarkan. Tambahan pula, mereka masih seorang pelajar! Mereka telah melibatkan para penonton dalam pementasan mereka, membuatkan suasana dalam dewan tertutup itu lebih heboh! Mereka telah menggabungkan kisah-kisah pada zaman dulu seperti Mat Jenin dan Batu Belang Batu Bertangkup dan saya rasa ini cukup kreatif! Jadi syabas pelajar-pelajar MI!