of lokie and more...

of lokie and more...

Tuesday, September 29, 2009

Suara Si Anak Singapura...



Wahai anak didikku sekalian...

Inilah waktunya yang paling afdhal untuk anda merenung.

Fikirkanlah sedalam-dalamnya akan perkara-perkara berikut...

1. Apa itu kenegaraan?

2. Singapura boleh diibaratkan seperti…? Kerana...

3. Ikon Singapura yang paling menonjol? Kerana...

4. Apakah perasaan saya selaku warga negara Singapura? Mengapa?

Selamat mencuba!

8 comments:

izza said...

1. Kenegaraan bermakna orang-orang yang tinggal di suatu negara dengan harmoni dan bersatu padu.

2. Singapura boleh diibaratkan seperti BUNGA yang berwarna-warni kerana Singapura mempunyai pelbagai bangsa yang bersatu padu dan keharmonian itu sesuatu yang indah dan wangi bak bunga yang mekar.

3. Singapore Flyer kerana ia paling cantuk dan paling besar.

4. Begitu BANGGA kerana walaupun negara kami kecil, kami masih boleh maju sebagai sebuah negara yang demokratik. seperti CILI PADI!!!

azreena said...

1. semangat utuh, jiwa bangsa bangga akan negara

2. inilah SYURGA MAKANAN!!!

3. Makanan di Singapura memanglah tidak ada turut bandingnya. Rencam orang dibuatnya! Kepelbagaian memanglah memeningkan!

4. Amat Bangga sebagai seorang anak lahir Singapura. Sebuah pulau kecil yang tidak dikenali dunia kini jaguh di persada dunia. Canggih, Hebat, Dinamis... itulah Singapuraku!

Syafie said...

1. Patriotisme

2. Singapura memanglah ROJAK! campuran pelbagai bahan, antara yang moden dan lama.

3. Sikap berbudi bahasa kita yang dikagumi ramai orang dari seluruh dunia.

4. Bangga kerana Singapura ini begitu maju.

Rosziati said...

1. Kenegaraan = persamaan dan cinta kepada negara

2. Mungkin SARANG SEMUT! kerana warga negara Singapura bekerja seperti semut, sibuk dan gigih mengembangkan dan membangkitkan negara tercinta mereka, Singapura.

3. Taufiq Batisahlah idaman saya. Dia begitu menonjol kerana bukan sahaja pemenang Idola Singapura yang pertama tetapi dia telah mendendangkan lagu di hadapan khalayak ramai di merata asia. Inilah baru digelar anak Singapura yang membanggakan!

4. Bahagia dan begitu bangga! kerana walaupun kami kecil, kami dapat bersatu padu membangunkan negara.

Qamarul said...

1. kenegaraan bagi saya merupakan semangat sesama rakyat sebagai satu negara yuang harmoni.

2. SEMUT! kerana walaupun kecil ramai yang mengaguminya kerana sikap gigih dan rajin bekerjanya.

3. Mekanan kerana setiap pengunjung tertarik untuk menikmatinya.

4. Bangga kerana kita sudah begitu banyak mencapai kejayaan dan kini begitu terkenal.

@meera said...

1. bukti kenegaraan boleh dilihat sebagai adalah sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang untuk menunjukkan rasa cintanya kepada negaranya.

2. Singapura = PINTU kerana Singapuralah pintu peluang untuk warga negaranya dan orang luar. Masing-masing diberikan peluang untuk menonjolkan bakat tersendiri.

3. Merlion kerana rupanya menarik dan sejarah Singapura banyak melibatkannya.

4. Bangga atas kesejahteraan yang telah kami perolehi dan kecapi sekarang.

@meera said...

1. bukti kenegaraan boleh dilihat sebagai adalah sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang untuk menunjukkan rasa cintanya kepada negaranya.

2. Singapura = PINTU kerana Singapuralah pintu peluang untuk warga negaranya dan orang luar. Masing-masing diberikan peluang untuk menonjolkan bakat tersendiri.

3. Merlion kerana rupanya menarik dan sejarah Singapura banyak melibatkannya.

4. Bangga atas kesejahteraan yang telah kami perolehi dan kecapi sekarang.

aliah said...

1. semangat dan kebanggaan atas negara sendiri - patriotisme

2. seperti LABAH-LABAH kerana walaupun kecil dan kelihatan tidak berdaya, ianya bekerja keras untuk membina dan terus membina sarangnya yang begitu cantik.

3. Merlion kerana ia adalah satu ikon Singapura yang UNIK bagi negara Singapura.

4. Bangga kerana walaupun kecil dan terpaksa melalui pelbagai cabaran, Singapura akhirnya maju dan berjaya untuk mengharungi segala-galanya dengan tabah.