of lokie and more...

of lokie and more...

Monday, March 16, 2009

tentang cikgu cikgi?



Bercelotehlah sedikit sebanyak tentang peripentingnya seorang guru.

Syarat-syarat:

1. Tidak kurang daripada 150 patah perkataan
2. 3 syarat renungan mesti dituruti.
3. Ditaip dan dimuatnaikkan ke dalam ruang komen.
4. Mesti disiapkan sebelum 20 Mac 2009, 5 petang.

Selamat berceloteh...

18 comments:

Anonymous said...

Pada hemat saya, kepentingan guru ialah suatu yang sangat istimewa. Mereka telah menjadi tauladan dalam hidup kami. Jikalau mereka tidak wujud di dunia, kami tidak akan dapat menimba ilmu. Jikalau tiada seseorang guru di dunia, hampir remuklah pengetahuan para pelajar. Guru telah menolong kami dalam pelbagai gejala. Apabila kami kurang pasti dengan sesuatu subjek, guru yang akan mengambil masanya untuk menerangkan informasi dengan lebih tepat. Adakah mereka putus asa atau menyerah kalah? Adakah mereka merungut tentang kelelehan mereka? Tidak, mereka tetap akan menjelaskan tentang topik itu. Apabila kami mengalami tekanan dari segi peperiksaan atau kawan, siapakah yang akan sedar tentang hal-ehwal tersebut? Gurulah yang akan mengetahui tentang perkara itu dan menasihati kami demi kebaikkan kami. Apabila seseorang pelajar membuat perbuatan yang memburukkan, siapakah yang harus bertanggungjawab atas tindakannya? Gurulah yang harus menanggung segala hinaan atau ejekan yang akan dihulur dari mulut ibu bapa kerana tidak tahu mengawal disiplin kelas tersebut. Apabila kami mengharungi pelbagai masalah dalam hidup kami, guru yang akan mencuba sedaya upaya untuk menolong kami bagi menghadapi gejala itu. Guru yang telah melihat kelemahan dan kekuatan kami. Secara keseluruhan, saya rasa bahawa guru adalah salah satu orang yang mustahak dalam hidup kami kerana tanpa mereka, kami tidak akan menjadi orang yang berjaya dalam masa hadapan.

Anonymous said...

Selama sebelas tahun saya belajar di sekolah, definisi guru pada saya ialah seorang yang menyampaikan ilmu kepada orang lain. Pada pendapat saya, guru merupakan seorang insan yang amat penting dalam hidup seseorang. Ini kerana tanpa mereka, ramai orang mungkin tidak akan berjaya dalam hidup dan mereka tidak akan tahu bagaimana sesuatu itu berfungsi. Hampir semua orang memerlukan seorang guru untuk mendidik mereka dalam pelbagai subjek yang sangat relevan kepada kehidupan seharian kita.

Pernah sekali saya mengalami masalah pada sesuatu soalan dalam matapelajaran Sains. Dalam keadaan keliru, saya terus bertanya dengan guru Sains saya. Dia terus menerangkan dengan perlahan-lahan hingga saya memahami apa yang harus dilakukan untuk soalan itu. Bayangkan guru tidak ambil kisah dan tinggalkan muridnya dalam kekeliruan. Dengan itu, kehadiran guru dalam dunia ini amat penting.

Gurulah yang mencuba sedaya upaya mereka untuk mengajar murid-muridnya walaupun mereka akan kadangkala berasa geram jika anak muridnya tidak memahami apa yang diajarnya. Oleh itu, kita sebagai pelajar harus menghargai segala ilmu yang diperolehi oleh guru kami. Kita tidak sepatutunya bercakap yang buruk terhadap guru kami walaupun mereka berlaku kasar terhadap kami. Anggap guru sebagai seorang yang selalu berada bersama kami dalam masa yang susah.

Secara tuntas, saya merasakan bahawa seorang guru itu memanglah amat penting dalam hidup kami kerana mereka merupakan salah satu orang yang membimbing kami mejadi insan yang berakal dan tahu membezakan apa yang baik dan buruk.

Khalishah Nadhirah Bte Abu Bakar

Anonymous said...

Guru boleh diibaratkan sebagai lampu penyuluh yang menerangi jalan kepada murid-murid yang terperangkap di dalam kegelapan. Cahayanya yang menerangi jalan dapat memberi panduan kepada murid-murid untuk menuju ke arah cita-cita yang ingin dikecapi. Tanpa tunjuk ajar mereka serta panduan mereka, murid-murid diibaratkan seperti anak ayam yang kehilangan ibu dalam mengharungi cabaran untuk masa depan.

Tanpa mereka, tidak akan adanya seorang doktor, juruterbang, jurubina mahupun seorang guru dan sebagainya dalam masyarakat kita kini.

Tardapat sesuatu ketika ,
apabila saya berada di darjah 6 . Malangnya, keputusan saya semakin merosot. Tetapi kehadiran seorang guru itu telah banyak mengubah hidup saya. Cikgu itu sering membantu saya dan memberi perangsang. Perkataan putus asa seperti tidak terlintas di fikirannya. Atas ikhtiar beliau , Saya telah pelajari erti kegigihan dan kesabaran dengan mendalam.

Guru sanggup mengorbankan masa, melayan kerenah murid-murid dan membina keyakinan diri kepada murid-murid supaya setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru dapat difahami sebanyak mungkin. Oleh itu , pada hemat saya ,
Tidak terkata, guru amatlah penting dalam hidup kita, demi membimbing kejayaan para murid-murid .

Anonymous said...

Guru adalah seorang yang diperlukan oleh setiap murid. Perjalanan pembelajaran seseorang murid tidak akan sempurna dan licin tanpa bimbingan seorang guru. Sebagaimana yang telah terungkap di dalam pepatah, belajar tanpa guru, ibaratkan berguru dengan syaitan. Tanpa segala penjelasan dan tunjuk ajar dari seorang guru akan sesatlah pemahaman seseorang murid itu.

Guru juga adalah pelita yang menerangi segala kerumitan. Segala persoalan yang menghujani minda seseorang murid akan menjadi jelas dan terjawab dengan penjelasan-penjelasan yang bernas. Dengan itu murid-murid tidak akan terkeluar dari landasan asal. Arah tuju akan menjadi terang dan jelas.

Pada suatu masa, saya pernah mengalami banyak masalah dalam memahami mata pelajaran Matematik. Semua keputusan saya tidak baik dan kurang memuaskan. Di sini, guru saya telah memberi saya kelas tambahan individu pada setiap hari selepas sekolah. Saya amat menghargai perbuatannya itu kerana ia dapat menolong pemahaman saya dan di juga telah mengambil masa untuk mengajar saya.

Keperibadian seorang guru, kejujurannya mengajar, keikhlasannya memikul tanggungjawab murni untuk mencapai matlamat suci iaitu menbentuk setiap murid dengan baik. Dia adalah seorang yang berkarisma untuk dijadikan teladan dan dia juga sering memberi nasihat-nasihat yang baik.

Saya pernah meminta nasihat daripada guru saya. Ketika itu, keputusan PSLE saya tidak begitu memuaskan dan saya tidak dapat memasuki sekolah yang telah saya pilih. Saya tidak dapat membuat pilihan dan meletakkan segala apa sekolah yang ibubapa saya katakana tanpa memikir akan arah saya sendiri. Selepas satu hari, saya berjumpa dengan guru saya dan memintannya nasihat tentang pemilihan ini. Dia memberi saya nasihat dan di sini saya berada di Sekolah Menegah Pasir Ris. Saya amat berterimakasih akan pertolongannya kerana tanpannya saya akan terdampar di sebuah sekolah yang tidak saya gemari. Ini juga mengajar saya untuk selalu membuat keputusan dengan teliti kerana ia boleh menukarkan jalan hidup kita.

Dengan itu, guru bukanlah hanya setakat seorang guru, tetapi guru adalah pendidik yang bertanggungjawab membentuk generasi yang lebih baik, cermelang dan gemilang. Segala tunjuk ajar serta didikan seseorang guru ke atas seseorang murid adalah benih yang mulia yang akan berkembang dan menghasilkan oranag- orang yang baik.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, guru merupakan seorang insan yang amat penting. Tanpa guru, pasti dunia ini akan huru-hara dan tidak tentu arah. Tiada sesiapa yang akan menjadi tiang bimbingan. Bagaimana dunia ini hendak maju jika tiada pembimbing?

Selalunya, guru akan dikaitkan dengan mata pelajaran di sekolah sahaja. Sebenarnya, guru bukan sahaja dapat menolong dari segi pelajaran tetapi dia dapat menolong apabila seseorang itu sedang mengalami kesukaran dari segi teman-teman ataupun apa sahaja.

Dahulu, saya merupakan seorang pelajar yang amat malas. Saya dipanggil oleh guru dan dia memberi saya beberapa kata-kata nasihat untuk memperbaikkan diri saya. Kata-katanya itu telah mengubah cara pemikiran saya. Jika tidak ditegur olehnya, pasti saya tetap akan menjadi seorang yang malas.

Saya rasa bahawa kita perlu berterima kasih dengan adanya guru-guru dalam hidup kita. Mereka yang tidak memikirkan begitu perlulah mengubahkan perspektif mereka kerana guru merupakan teman kita yang dapat menolong kita dalam pelbagai perkara.

Tanpa mereka, hidup ini akan menjadi kosong.

Anonymous said...

Guru. Adakalanya perkataan itu membuat murid berasa gementar kerana guru mereka seorang yang garang. Ia juga boleh membuat seorang murid itu ketawa kerana guru mereka itu seorang yang kelakar. Walau apa pun, guru itu, pada saya, ialah seorang yang boleh membuat saya gemar belajar dengan apa segala teknik, yang boleh membuat saya terpaku kepada pengajarannya. Bukan itu sahaja, guru itu mesti boleh melaksanakan tugas beliau dengan kemahiran yang sepatutnya ada pada seorang guru. Mereka tidak boleh hadir ke sekolah dengan bersahaja dan beranggapan bahawa mereka hanya perlu lakukan apa yang telah diterterakan di atas sekeping kertas.

Guru harus tabah dan sabar melalui segala dugaan dan saya pasti guru juga berasa amat marah dan kadangkala geram terhadap anak murid mereka. Oleh itu, kami s haruslah menghargai segala usaha dan penat lelah seorang guru. Saya juga berpendapat bahawa seorang guru itu haruslah jujur dalam penyampaiannya itu. Ini kerana saya fikir seorang murid itu dapat rasakan jika guru mereka itu tidak mesra dan mengajar setakat melakukan tugas tanpa keikhlasan. Guru juga diibaratkan sebagai sahabat yang akan sentiasa bersama seseorang murid untuk memberi petunjuk, pengajaran, kebijaksanaan, hiburan dan apa sahaja yang boleh membuat seorang pelajar itu maju ke hadapan dan meluaskan lagi potensi mereka.

Ada suatu ketika, saya telah mendapat markah yang teruk dalam peperiksaan akhir tahun Matematik saya, guru telah mendakap saya, sambil air mata saya terus jatuh membasahi bajunya. Beliau terus mengatakan bahawa beliau boleh lihat potensi saya dalam mata pelajaran ini dan saya cuma perlu ada keyakinan diri dan percaya bahawa saya boleh capai kecemerlangan. Hingga kini, saya telah menjadikan kata-katanya itu sebagai garis panduan.

Semua ilmu yang diajar guru boleh dikatakan tidak ternilai. Oleh itu, kami harus mengizinkan seorang guru itu untuk berada di dalam hidup kami ini. Kami harus memberikan guru itu peluang untuk menolong kami dan kami tidak boleh bersikap sombong. Terimalah segalanya yang diberi seorang guru. Daripada itu, kami boleh menjadi seorang insan yang berilmu, berpengalaman dan berkeperibadian luhur.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, guru mainkan peranan yang amat penting, terutama sekali dalam hidup seorang murid, lagi-lagi murid yang perlukan kasih sayang. Guru, sama ada terpaksa ataupun tidak, harus mengambil tanggung jawab tentang murid-muridnya. Guru sepatutnya manusia yang sangat disayangi dan dihormati, oleh kerana mereka bertekad untuk mengajar kami, walaupun kami agak sukar untuk diajar dan degil. Guru-guru punyai katabahan, untuk mengharungi cabaran menangani kelas yang mempunyai murid-murid yang begitu mencabarkan. Saya harus menghormati ataupun "salute" guru yang tabah dan sanggup mengharungi cabaran, demi untuk mengajar. Jarang kami ternamapk guru yang sanggup mengulangi apa yang telah diajarkan. Selalu kami terdengar guru dikutuk dan dicaci oleh ibubapa, oleh kerana anak mereka tidak melulusi peperiksaan. Pada pendapat saya, guru zaman kini tidak dihormati, sama ada oleh murid-murid ataupun ibubapa. Guru boleh dianggap sebagai tempat mengadu untuk murid, lagi-lagi jikalau murid itu perlukan seseorang. Guru adalah orang yang akan tahu tentang kekuatan dan kelemahan kami. Guru mainkan peranan yang begitu penting, lagi-lagi dalam hidup seseorang murid yang kurang kasih sayang Ibubapa. Guru selalu berada di sana, lebih-lebih lagi jikalau kami perlukan pertolongan dan bimbingannya.

Terima Kasih, Guru-guru, kerana membimbing hidup saya dan menjadi rakan apabila saya perlukan kamu.

Ahmad Johan
3e5

Anonymous said...

Pada pendapat saya,guru-guru memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kami semua.Dari kecil hingga ke besar,segala ilmu diajar oleh guru-guru.Dari sekolah rendah hingga ke sekolah memnengah,kami dididik dan diauh oleh para guru.Mereka yang melihat potensi kami kerana merekalebih mengenal kita.Jikalau kita rasa keliru mengenai sesuatu subjek,kita dapat bertanyakan soalan-soalan kepada para guru,tetapi bukan soalan mengenai subjek-subjek sahaja yang boleh ditanyakan.soalan yang agak peribadi kepada kami dan ingin dikongsikan boleh juga dibicarakan bersama guru.Guru-guru seperti rakan-rakan kami.Mereka sentiasa di sisi kami bila kami memerlukan mereka.Mereka tidak akan membiarkan kami membuat sesuatu yang kurang elok malahan mereka akan mencarikan jalan penyelasaiannya kepada kami.Guru juga harus bertanggungjawab atas murid-murid mereka.Kadang-kala,mereka menaerima hinaan dan teguran oleh para ibu bapa murid-murid,mereka tetap tabah dan mencuba sedaya upaya untuk memperbaikannya.Secara keseluruhan,saya merasakan bahawa peranan seorang guru itu amat penting kerana mereka yang mendidik kita dan menemani kita sepanjang zaman persekolahan.Merekalah yang menanamkan segala ilmu dan pendidikan-pendikan yang bermoral.Tanpa mereka,siapalah kita?

Anonymous said...

Guru adalah orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu. Dari pengalaman , saya rasa definisi itu tidak mencukupi. Pada hemat saya, guru adalah orang yang penuh dedikasi dalam mendidik murid-muridnya dari segi ilmu pengetahuan, moral dan pengajaran-pegajaran kehidupan. Tanpa guru, kemungkinan besar seseorang itu menjadi hilang pedoman sehingga memberikan tafsiran ilmu yang salah. Sebab itulah guru main peranan yang penting dalam kehidupan kita. Lagipun, ia adalah tanggugnjawab seorang guru untuk membimbing pelajar yang tidak faham dan tidak tahu, supaya tahu dan faham.

Terdapat sesuatu masa ketika seorang guru yang garang telah menjadi guru kelas darjah saya. Pada masa itu juga, saya bercampur dengan pergaulan yang tidak baik dan ini menyebabkan keputusan ujian-ujian saya merosot. Guru saya memarahi dan menasihati saya kerana saya, sebagai ketua darjah tidak menunjukkan imej yang baik. Dia juga mengadakan kelas tambahan untuk saya seorang. Nasihatnya membuat saya sedar dan akhirnya, bukan sahaja saya mendapat keputusan yang memuaskan, tetapi saya telah menjadi seorang yang lebih baik dibandingkan dengan dulu. Ini menunjukkan bahawa guru bukan sekadar mengajar kita, malah mereka juga khuathir dan mengambil berat tentang murid-murid mereka.

Secara kesuluruhan, guru bukanlah hanya setakat seorang guru yang mengorbankan masa mereka untuk mendidik murid-muridnya, tetapi merekalah yang membentuk diri kita untuk menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan. Tanpa mereka, kita tidak akan berada di mana kita berada sekarang. Dengan ini, saya rasa guru harus diberikan penghormatan yang tertinggi.

Anonymous said...

Pada pendapat saya,guru-guru memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kami semua.Dari kecil hingga ke besar,segala ilmu diajar oleh guru-guru.Dari sekolah rendah hingga ke sekolah memnengah,kami dididik dan diauh oleh para guru.Mereka yang melihat potensi kami kerana merekalebih mengenal kita.Jikalau kita rasa keliru mengenai sesuatu subjek,kita dapat bertanyakan soalan-soalan kepada para guru,tetapi bukan soalan mengenai subjek-subjek sahaja yang boleh ditanyakan.soalan yang agak peribadi kepada kami dan ingin dikongsikan boleh juga dibicarakan bersama guru.Guru-guru seperti rakan-rakan kami.Mereka sentiasa di sisi kami bila kami memerlukan mereka.Mereka tidak akan membiarkan kami membuat sesuatu yang kurang elok malahan mereka akan mencarikan jalan penyelasaiannya kepada kami.Guru juga harus bertanggungjawab atas murid-murid mereka.Kadang-kala,mereka menaerima hinaan dan teguran oleh para ibu bapa murid-murid,mereka tetap tabah dan mencuba sedaya upaya untuk memperbaikannya.Semasa saya di sekolah rendah dahulu,saya pernah berada di kedudukan yang terbawah di dalam kelas.Saya berasa amat malu dan tidak ingin lagi ke sekolah.Namun,guru saya memberikan kata-kata nasihat dan berjanji untuk membantu saya dalam subjek-subjek yang saya lemah dalam.Setiap hari selepas sekolah,dia akan menemani saya untuk mengulangkaji apa yang telah dipelajari di sekolah.Dia selalu memastikan yang saya benar-benar memahami mengenai pelajaran yang diajar.Tanpa disedari,keputusan saya begitu cemerlang.Ia memang tidak diduga.Saya amat bersyukur kerana mempunyai seorang guru yang begitu baik dan bertanggungjawab sebegitu.
Secara keseluruhan,saya merasakan bahawa peranan seorang guru itu amat penting kerana mereka yang mendidik kita dan menemani kita sepanjang zaman persekolahan.Merekalah yang menanamkan segala ilmu dan pendidikan-pendikan yang bermoral dalam diri kita.Tanpa mereka,siapalah kita?

Anonymous said...

yang komen yang pertama dihantarkan itu belum lengkap.Komen yang kedua yang lengkap.maaf (:

Anonymous said...

Cikgu? Hai, memang lah penting! Tiada cikgu bermakna tiada pendidikan. Tanpa pendidikan, bagaimana anak-anak kecil akan maju? Bertambah lagi, masyarakat kami kini sedang megalami globalisasi, dan ini agak mencabar untuk murid-murid dan juga orang-orang dewasa kerana ia mencuba bakat dan keupayaan kami untuk menjadi lebih mahir dalam sesuatu berbandingkan orang-orang di negara lain. Cikgu adalah salah satu sumber yang penting untuk kami mendapat maklumat dan memahami hal-ehwal negara yang rumit adanya. Tanpa mereka, bagaimanakah kami akan mengatasi masalah-masalah yang terkini? Kami mungkin akan ketinggalan zaman. Bukan itu saja. Cikgu juga mendidik dan membentuk pemikiran dan perangai kami. Sebagai contoh, seseorang mungkin tidak kisah tentang pelajarannya. Tetapi, dengan dorong cikgunya, seseorang mungkin berasa bahawa pelajaran penting untuk masa depan supaya hidupnya tidak menderita.

Ciri-ciri seorang cikgu kadang kala sangat mengagumkan. Mereka mempunyai kesabaran, ketabahan dan semangat yang kukuh. Sabar terhadap murid-murid nakal ataupun susah untuk faham sesuatu. Sabar juga terhadap ibubapa yang ada harapan tinggi terhadapnya. Tabah supaya seorang murid memahami sesuatu subjek/perkara walau bagaimana lama pun, dengan penuh semangat.

Cikgu, adalah insan yang mulia bagi setiap manusia.

Anonymous said...

Guru memang seoang pekerja yang penting di dunia ini! Guru sekolah, mengaji, madrasah mahupun para ibu bapa dan orang-orang tua (ataupun golongan yang ada paling banyak pengalaman hidup) yang bukan sahaja menjadikan kita orang yang lebih pandai tetapi memperbaiki mentaliti serta rohani kita! Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan mereka, kita tidak akan berubah untuk menjadi seorang insan yang lebih cemerlang dalam segi ilmu dan akhlak! Jika teman kita mengajar subjek kita yang paling lemah, mereka juga digelar 'guru'! Kalau adik atau saudara yang lebih muda daripada kita menegur kesilapan kita, mereka juga guru!

Istilah 'guru' ini memang luas! Kadang kala makna yang tercatat di dalam kamus kita tidak mencukupi! Dari kecil ibu saya selalu menggalakkan saya untuk menjadi seorang guru apabila sudah dewasa! Beiau mengatakan ia satu perkerjaan yang mulia kerana kita berbakti kepada masyarakat! Bagi saya hampir semua guru menginginkan yang terbaik buat anak muridnya! Mereka menurunkan ilmu atau nasihat supaya anak murid mereka dapat memperbaiki cara kehidupan mereka! Guru juga tempat sesetengah anak murid mengadu nasib! Ini kiranya guru juga berkelakuan seperti para kaunselor!

Sebagai tanda penghargaan, kita mesti sentiasa mengormati dan menyanyangi guru atau "guru-guru" yang di rumah kerana pengorbanan serta kasih mereka memang tidak ternilai! TERIMA KASIH Cikgu Haris, keluargaku serta ustazah-ustazahku!~

Anonymous said...

Pada pendapat saya, guru memanglah penting dalam kehidupan.Setelah sekian lama bersekolah,saya rasa tanpa guru kami pelajar aku hilang dari segi pelajaran.Merekalah insan yang menyinari kehidupan kami dengan ilmu-ilmu yang berguna untuk masa depan kami.Bak kata pepatah,guru merupakan cahaya yang menyinari kehidupan kami.

Pernah saya tidak begitu faham dengan satu soalan dan guru ini cuba sedaya upaya untuk mengajar walaupun sudah berulang kali.Ini dapat membuka mata saya dan tahu betapa tabah dan sabar seorang guru itu.

Selain itu,guru juga main peranan yang besar dalam pembangunan seseorang murid itu.Lagi dalam zaman yang moden ini,semue ibubapa bekerja dan guru diberi tanggungjawab untuk pembangunan murid itu.

Guru juga dapat membetulkan pelajar-pelajar yang hanyut.Saya pernah memerhatikan seorang guru yang meneguh setiap kali seorang pelajar itu membuat kesilapan,walaupun dia telah mengulangnya berapa kali, guru itu tetap menasihatinya. Kini pelajar itu sudah pulang ke pangkal jalan dan dia sangat ber terima kasih kepada gurunya.Ini dengan jelas menunjukkan seorang guru memnglah mein peranan dalam pembangunan seorang murid itu.

Secara tuntas,memnglah ternyata guru itu penting dalam kehidupan seseorang itu.Merekalah yang dapat membentuk anak murid mereka untuk menjadi seorang yang berguna di masa yang akan datang.

Anonymous said...

Guru.
Guru ibaratkan kitab suci Al-Quran yang menghala kita ke jalan hidup yang benar. Guru ibaratkan ibu dan bapa kita yang memarahi kita jika kita melakukan sesuatu yang salah. Tanpa guru,maka tidak akan wujudnya menteri,doktor,peguam dan lain-lain lagi. Dunia ini bermula dari hati seorang guru yang tidak mengerti maksud penat hanya untuk kejayaan murid-muridnya. Guru juga adalah tempat kita mengadu dan mengongsi masalah kita. Beliau boleh dianggap seperti seorang teman ataupun sebuah diari.

Tetapi sayang seribu kali sayang,kanak-kanak sekarang menganggap guru mereka seperti seorang hamba. Kata guru dibantah. Muka guru diludahi dan tubuh guru disakiti. Yang lebih membimbangkan lagi,adalah ibu bapa mereka tidak percaya kata guru. Malah guru disalahkan kerana tidak mendidik anak mereka dengan betul. Inilah balasan yang ditunjuk oleh murid-murid dan ibu bapa mereka Terdapat juga murid-murid yang telah berjaya tetapi apabila tamat sahaja sekolah,jasa guru dilupakan. Tiada seungkap terima kasih pun diucapkan kepada guru.Inilah manusia yang sama seperti kacang lupakan kulit.

Dengan itu nasihat saya kepada murid-murid sekalian adalah hormatilah guru anda dan dengarlah nasihat beliau. Jangan pernah lupa jasa guru. Bak kata pepatah, Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.

Anonymous said...

Menjadi seorang guru itu adalah sesuatu yang dapat dibanggakan. Ia kerana guru bukan sahaja bekerja untuk mendidik pelajar-pelajarnya tetapi ada banyak yang dapat seoarang guru itu lakukan.

Salah satu contoh adalah guru dapat menyerapkan sifat-sifat baik dalam seorang pelajar seperti memberikan nasihat kepada mereka bagi membentuk seorang pelajar supaya menjadi insan yang berguna.

Pada pendapat saya, guru-guru di dunia ini amatlah penting sekali kerana tanpa mereka, tiada orang di dunia ini mungkin akan berilmu.
Tanpa mereka, mungkin manusia sekarang mungkin tidak akan beradab kerana tugas seorang guru adalah untuk menbentuk akhlak murid-muridnya.

Dari pengalaman saya sendiri, seorang guru itu boleh juga menjadi teman baik bagi murid-murid. Apabila berada di darjah 5 dahulu, saya amat rapat sekali dengan guru bahasa Melayu saya. Dia bagaikan sudah menjadi seorang teman rapat saya di sekolah. Banyak masalah boleh saya kongsi dengannya dan pelbagai acara menarik telah disambut bersamanya.

Dengan ini, seorang guru itu penting bagi mengisi kekosongan seorang pelajar yang mungkin tidak dapat berkawan. Guru-guru boleh mengubah hidup seorang murid itu dengan sikapnya yang penuh motivasi.

Guru juga adalah pembimbing kita supaya kita tidak terpengaruh dari anasir-anasir yang jahat. Mereka bertanggungjawab untuk mendidik kita untuk berdikari.

Guru penting bagi saya.

Anonymous said...

Pada pendapat saya , seorang guru itu adalah seorang manusia yang amat penting dan istimewa dalam hidup kami semua . Guru itu bukan sahaja terdapat di sekolah , tetapi bnyk lagi tempat . Guru ini , mengibaratkn cahaya yang menyinari jalan hidup kami yang gelap ini . Mereka tempat kami menimba ilmu , berkawan , dan kadang-kala juga berkongsi masalah . Daripada pandangan saya , tugas guru bukan sahaja untuk mengajar , tetapi juga untuk berkawan , bergurau , menceriakn lagi suasana , dan macam-macam lagi . Guru juga merupakan seorang pelajar , kerana mereka harus belajar daripada persalahan mereka , dan cuba memperbaiki kelas , ataupun diri mereka . Secara terus-terang , saya rasa saya pasti sudah hanyut tanpa guru yang telah menghala saya ke pangkal jalan yang benar . Saya rasa amat marah apabila saya mendengar murid-murid yang bersifat biadap terhadap guru mereka , kerana guru itu sudah bertungkus-lumus mendidik seorang murid itu , dan adakah itu balasan yang guru itu harus mendapati ? Saya juga rasa amat kecewa apabila ibu bapa kadang-kala membela anak mereka yang telah bersalah , daripada mendapati hukuman yang tertentu . Sudah terserlah perbezaannya antara ibu bapa zaman dahulu , dan zaman sekarang . Mungkin inilah sebab utama berlakunya gejala-gejala sosial zaman sekarang , seperti seks luar nikah , hisap rokok apabila bawah umur , dan macam-macam lagi . Pelajaran yang boleh dipelajari daripada ibu bapa adalah , ibu bapa harus lebih tegas , dan bersikap lebih berdisiplin untuk manaikkan lagi moral anak-anak mereka , dan mereka juga harus menerima hukuman-hukuman yang telah diutuskan oleh guru , kerana perbuatan anak mereka yang salah .

Anonymous said...

Guru.

Guru itu penting untuk mendidik seorang murid. Guru itu penting untuk menjawab segala pertanyaan murid. Guru itu penting untuk membantu seorang murid dalam kesusahan. Guru itu penting utuk memberi nasihat kepada murid yang sedang buntu. Guru itu penting untuk membimbing seorang murid kepada arah tujuan yang betul. Guru itu penting untuk membentuk mentaliti murid yang masih mentah. Guru itu penting untuk menunjuk muridnya, mana yang betul dan mana yang salah. Guru itu penting dalam pembesaran muridnya. Beliaulah yang menjadi contoh kepada murid muridnya. Beliaulah yang menjadi suatu inspirasi kepada murid-muridnya. Caranya mengajar, gayanya berkata-kata, caranya menasihat, gayanya membantu. Semuanya sempurna. Pernah sekali aku hampir berputus asa untuk meneruskan pengajaranku, tetapi beliaulah yang berada di sampingku dan memberi nasihat yang bernas. Beliaulah satu-satunya sebab aku masih berpegang kuat. Segala ilmu yang beliau berikan, memang tidak dapat aku bayar kembali dengan apa pun. Segala jasanya kepada ku, memang tidak dapat aku beli dimana-mana. Nilai wang pun, tidak setaraf dengan apa yang telah beliau korbankan untukku. Bangunan 'Eifel' pon tidak setinggi mana, Ikan paus juga tidak sebesar mana jika dibandingkan dengan segala pedoman yang teah beliau berikan. Memang besar pengorbanan beliau. Guru tetap menjadi ikonku.