of lokie and more...

of lokie and more...

Wednesday, August 13, 2008

Sesucinya Nisfu Sya'ban...



Bonjour!!!

Nisfu Sya’ban.
Nama yang sering kali dikaitkan dengan Islam dan Ibadah. Memang tidap dapat dinafikan bahawa kedatangan Nisfu Sya’ban disambut dengan penuh keghairahan dan kesyukuran oleh umat Islam.

Apa ada sebenarnya dengan Nisfu Sya’ban?

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Jadi, maksudnya, perkara baik dan buruk yang telah anda lakukan telahpun dicatakan dan dihantarkan ke offis Allah. Semuanya telah ditetapkan dan tidak boleh diubahkan lagi. (The damage is done, mate! Time for no regrets!)

Kini, buku rekod baru telah disiapkan dan apa yang anda harus lakukan ialah buat perkara yang baik dan hindarkan diri daripada perkara yang buruk. Jangan NAUGHTY-NAUGHTY lagi ya? Nanti buku rekod yang bersih dan cantik itu akan menjadi kotor dan cacat.

Selaku umat Islam yang baik, mulakanlah jalan hidup yang baru dan perbaiki diri. Semaikanlah di dalam hati niat murni untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan berusahalah dengan gigih untuk mempertahankan diri daripada godaan Syaitan dan kuncu-kuncunya.

Jadilah seorang anak yang baik, pelajar yang lebih baik dan muslim yang cemerlang.

Semoga berjaya!

No comments: