of lokie and more...

of lokie and more...

Sunday, August 10, 2008

Topik 1 – Peristiwa Yang Tidak Dapat Saya Lupakan

Setiap daripada kita banyak peristiwa yang terkesan dalam diri hingga pada saat ini. Sesebuah peristiwa yang tidak diduga, peluang yang datang bergolek, seseorang yang hadir dalam kehidupan kita – mengubah hala tuju kehidupan anda. Pilihlah satu yang amat terkesan dalam diri anda dan perihalkan mengenainya.

Pencetus Kenangan

- Dapatkah anda ingati kembali akan masalah kehidupan yang pernah anda hadapi dan semua tindakan anda untuk menanganinya? Sering kali, penyelesaian masalah itu membantu anda mengubah haluan hidup anda.

- Adakah sesiapa yang istimewa dalam hidup anda dan banyak mempengaruhi keperibadian atau beliau ada mencari peluang untuk menjalin persahabatan dengan anda? Mengapakah insan ini istimewa dalam hidup anda?

- Adakah sebuah perceraian atau perkahwinan semula membawa kesan yang besar dalam kehidupan kamu? Perihalkan penyesuaian yang anda lalui dan lakukan. Apakah perkembangannya?


Tuliskan sebuah renungan dengan menggunakan tidak kurang daripada 150 patah perkataan dan hantarkannya kepada lokhmanharis@gmail.com selewat-lewatnya pada hari Khamis, 14hb Ogos 2008, jam 10 malam. Selamat mencuba!

No comments: